Wednesday, 10 June 2015

HMM TERTANGKAP JUGA SUDAHNYA PENODA KESUCIAN ALAM SEMESTA...

ASSALAMUALAIKUM...

KOMEN SEORANG PENULIS SABAH SAHABAT PI INI WAJAR KITA FIKIRKAN WALAU KITA RASAKAN HANYA IMIGINASI...HANYA ALLAH SWT MAHA TAHU APA SAJA RAHSIA KEJADIAN-NYA.

Selamat pagi semua. Akhirnya tertangkap juga pelancung pelampau itu! Imbas kembali perbuatan mereka - bencana dalam adalah kekuasaan Tuhan.
Kinabalu adalah gunung suci Dan keramat bagi suku kamu KDM, kalau ramai tak percaya pada kepercayaan ini, tidak boleh disalahkan, tetapi GUNUNG KINABALU itu lambang yang Ada di Bendera Sabah. Mahu kah kita melihat maruah kita dicemar Dan dihina ??? Kalau kita buat begitu di negara mereka, bagaimana? Siapa mereka yang datang ke negeri kita yang dengan bebas menghina Dan mengutuk menteri kita,? Biarlah mereka bayar sogit tu, adat tetap adat.

TATI SITAIM.

SALAMTAKZIAH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT GEMPA DAN YANG TERKORBAN DALAM TRAGEDI TERSEBUT DAN KITA IRINGKAN DOA AGAR MEREKA YANG TELAH KEMBALI KE SISI-NYA BEROLEH RAHMAT DAN PERLINDUNGAN-NYA BERSAMA PARA SOLEHIN YANG DIKASEHI.

BOLEH JUGA MENYUMBANG DERMA KEPADA WARIS-WARISNYA MELALUI TABUNG SKMM YANG TELAH DIAKTIFKAN.

Caranya adalah dengan menulis perkataan “GEMPA” diikuti dengan ruang, kemudian jumlah wang yang ingin didermakan dan dihantar ke nombor 13999.
“Orang ramai boleh menderma jumlah RM1, to RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40 atau RM50


Read more: http://bm.therakyatpost.com

17 comments:

  1. baguslah begitu, dah ditangkap - berkelakuan tidak bermoral di negara orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..terlalu berani mendepani risiko tu...tq nohas.

      Delete
  2. Semua tu boleh di kategorikan sebagai org sakit jiwa... dah elok berbaju nak telanjang... tak ada segan silu lagi... mcm tak ada apa-apa telanjang di khalayak dan dlm kumpulan tu ada adik beradik, sorang lelaki dan sorang perempuan... tak ada hormat langsung bila masuk ke 'rumah' orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai org sakit jiwa kat dunia ni kan sweetie...masuk ke tempat perlulh dengan adab sopannya kan...tq sweetie.

      Delete
  3. Kenapalah nak buat di negara orang. Buatlah di negara sendiri takde lah orang nak tangkap ke nak marah ke nak kena denda ke. Ni memang saje cari penyakit membawa musibah ke negara orang lain. Semuga kita dijauhkan hendaknya dari bencana alam seperti gempa bumi. Tapi Allah lebeh mengetahui apa juga yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Mungkin satu peringatan pada kita yang lupa ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn notie...moga selepas ini tiada lagi tindakan yg melampaui batas gitu..setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya yg tersembunyi...tq notie.

      Delete
  4. Bukan saja adat agama pun melarang melakukan benda yang tak baik tambah lagi ditempat orang.

    Semoga menjadi pengajaran buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu...semoga dijadikan sempadan n pengajaran tika berada di tempat asing jgn bawa resam diri yg xbaik....tq zaitun.

      Delete
  5. Sudahlah berkelakuan tidak baik, menyusahkan orang lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..org lain turut terkena musibah yg xsepatutnya kan fidah...tq

      Delete
  6. Walaupun tak percaya, tapi kena hormati kepercayaan bangsa lain.
    Susah bagi dorang ni faham, maklumlah dah terlalu bebas sangat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah gee..berada di tempat org mesti ikut resam org tempatan..nak bebas sgt hiduplah dlm negara sendiri...xpayah nk jln2 tempat org lain...tq gee.

      Delete
  7. Perbuatan yg hina lagi menghinakan.. walau apa pun, kita perlu menghormati kepercayaan serta adat org lain.. itulah adab yg mencorak tamadun bangsa dlm kehidupan msykt berbilang kaum ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benartu...perlu saling mengormati budaya org lain lbh2 lagi berada di tempat orang..jgn bertindak sesuka hati saja kan...tq khir khalid.

      Delete
  8. Assalamualaikum kak,
    Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah SWT memberikan peringatan dengan menunjukkan kekuasaan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa diberikan keampunan daripada keburukan dan kehinaan...

    ReplyDelete
  9. wsalam dik ustaz..benartu peringatan drpd Allah kpd hamba2-Nya yg lelka n alpa sentiasa Allah itu Maha melihat setiap perbuatan balasan tunai akan diberikan...tq abuikhwan.

    ReplyDelete
  10. patut belajar dulu tu sebelum berada di rantauan kan diana...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist