MASIH BERPELUANG LAGI UNTUK MENATAPI PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU YANG INDAH BERSENI DAN AMAT JARANG UNTUK DITEMUKAN KINI...TERIMA KASIH PAK ENGKU SUDI LAGI MENGONGSI KARYA DI KARYAKU....KALI INI PI TIDAK AKAN EDIT APA-APA UNTUK TAMBAHKAN KEKEMASANNYA....BIAR ASLI RUPANYA...BIMBANG HILANG KALAU ADA DAYA TARIKANNYA.
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU
SUDAH DIMASAK LABU DAN KUNDUR,
BUAT KENDURI ANAK PENGHULU,
BUAH DIDAPAT DI KEBUN HULU;
TERASA SESAK BERUNDUR-UNDUR,
HENDAK LARI RASAKAN MALU,
HENDAK MENGHAMBAT TIDAK LALU.
BUAT KENDURI ANAK PENGHULU,
BUAH DIDAPAT DI KEBUN HULU;
TERASA SESAK BERUNDUR-UNDUR,
HENDAK LARI RASAKAN MALU,
HENDAK MENGHAMBAT TIDAK LALU.
Perbidalan: Sesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak
menghambat tak lalu.
Maksudnya: Perihal orang yang tidak dapat melawan seseorang tetapi
kerana malunya dilawanya juga.
menghambat tak lalu.
Maksudnya: Perihal orang yang tidak dapat melawan seseorang tetapi
kerana malunya dilawanya juga.
BERBILANG-BILANG POKOK JELATANG,
DAHAN DITUTUH BERCABANG TIGA,
LALU DIHELA BAWA KE TEPIAN;
KENAPA MALANG SERING MENDATANG,
SUDAHLAH JATUH DITIMPA TANGGA,
BERBUKIT PULA DI BALIK PENDAKIAN.
DAHAN DITUTUH BERCABANG TIGA,
LALU DIHELA BAWA KE TEPIAN;
KENAPA MALANG SERING MENDATANG,
SUDAHLAH JATUH DITIMPA TANGGA,
BERBUKIT PULA DI BALIK PENDAKIAN.
Perbidalan: 1) Sudah jatuh ditimpa tangga.
Maksudnya: 1) Kesusahan yang datang berturut-turut.
Perbidalan: 2) Berbukit di balik pendakian
Maksudnya: 2) Lepas kesusahan mendapat lagi kesusahan.
Maksudnya: 1) Kesusahan yang datang berturut-turut.
Perbidalan: 2) Berbukit di balik pendakian
Maksudnya: 2) Lepas kesusahan mendapat lagi kesusahan.
DI HUJUNG BENDANG DUDUK MEMANCING,
MEMANCING SEPAT SEDARI PAGI;
TERSESAK UNDANG PADA YANG RUNCING,
TIDAK DAPAT BERTENGGANG LAGI.
MEMANCING SEPAT SEDARI PAGI;
TERSESAK UNDANG PADA YANG RUNCING,
TIDAK DAPAT BERTENGGANG LAGI.
Perbidalan: Tersesak undang kepada yang runcing, tak dapat bertenggang lagi.
Maksudnya; Habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi.
Maksudnya; Habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi.
JERAM DI HULU BERBATU-BATAN,
TEMPAT MANDIAN GADIS TERUNA;
SESAL DAHULU ADALAH PENDAPATAN,
SESAK KEMUDIAN TIADA BERGUNA.
TEMPAT MANDIAN GADIS TERUNA;
SESAL DAHULU ADALAH PENDAPATAN,
SESAK KEMUDIAN TIADA BERGUNA.
Perbidalan: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Maksudnya: Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis.
Maksudnya: Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis.
DAUN MERIMBA BUAHNYA JARANG,
LIMAU PURUT SETANGKAI ENAM;
DIJEMBA-JEMBA BAGAI BERSIANG,
DIHELA SURUT BAGAI BERTANAM.
LIMAU PURUT SETANGKAI ENAM;
DIJEMBA-JEMBA BAGAI BERSIANG,
DIHELA SURUT BAGAI BERTANAM.
Perbidalan: Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam.
Maksudnya: Mengatur sesuatu (pekerjaan dan lain-lain) supaya berhasik baik.
Maksudnya: Mengatur sesuatu (pekerjaan dan lain-lain) supaya berhasik baik.
PIUH-PIUH TINGGI MENJULANG,
POHOK SAKAT DI DAHAN TINGGI;
NAN JAUH TIADA TERJELANG,
NAN DEKAT TAK TERTANDANGI.
POHOK SAKAT DI DAHAN TINGGI;
NAN JAUH TIADA TERJELANG,
NAN DEKAT TAK TERTANDANGI.
Perbidalan: Nan jauh tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi.
Maksudnya: Tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yang jauh walaupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan dan lain-lain lagi).
Maksudnya: Tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yang jauh walaupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan dan lain-lain lagi).
BUAH PAUH KULIT DISIAT,
PISANG SESIKAT DALAM TEMBOKOR;
KENAPA JAUH MENYALAK KUAT
BILA DEKAT MENCAWAT EKOR.
PISANG SESIKAT DALAM TEMBOKOR;
KENAPA JAUH MENYALAK KUAT
BILA DEKAT MENCAWAT EKOR.
Perbidalan: Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.
Maksudnya: Orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja.
Maksudnya: Orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja.
SIRIH KADUK TUMBUH MENGHIJAU,
KANAN DAN KIRI SI POKOK JIRAK;
KALAU DUDUK MERAUT RANJAU,
KALAU BERDIRI MENGINTAI JARAK.
KANAN DAN KIRI SI POKOK JIRAK;
KALAU DUDUK MERAUT RANJAU,
KALAU BERDIRI MENGINTAI JARAK.
Perbidalan: Duduk meraut ranjau, berdiri mengintai jarak.
Maksudnya: Dalam setiap pekerjaan harus diingati faedah akan diri sendiri.
Maksudnya: Dalam setiap pekerjaan harus diingati faedah akan diri sendiri.
BAWANG DIMAYANG BUAT PERENCAH,
LETAK MASUK KE DALAM BOKOR;
KERANA SAYANG GARAM SECECAH,
HABIS BUSUK KERBAU SEEKOR.
LETAK MASUK KE DALAM BOKOR;
KERANA SAYANG GARAM SECECAH,
HABIS BUSUK KERBAU SEEKOR.
Perbidalan: Sayang garam sececah busuk kerbau seekor.
Maksudnya: Kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak.
Maksudnya: Kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak.
KE ARAH SUNGAI TERBANGNYA MERBUK,
TERBANG MENGHALA KE POHON TANJUNG;
GEDANG SEBAGAI DILAMBUK-LAMBUK,
TINGGINYA PULA SEBAGAI DIJUNJUNG.
TERBANG MENGHALA KE POHON TANJUNG;
GEDANG SEBAGAI DILAMBUK-LAMBUK,
TINGGINYA PULA SEBAGAI DIJUNJUNG.
Perbidalan: Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung
Maksudnya: Membanggakan diri kerana kelebihan yang tidak ada.
Maksudnya: Membanggakan diri kerana kelebihan yang tidak ada.
DI TEPI KALI POKOK PULASAN,
SEBATANG LURUS LEBAT BUAHNYA;
IBARAT TALI DI DALAM BUNGKUSAN,
DIGEREK TIKUS APA GUNANYA.
SEBATANG LURUS LEBAT BUAHNYA;
IBARAT TALI DI DALAM BUNGKUSAN,
DIGEREK TIKUS APA GUNANYA.
Perbidalan: Tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya.
Maksudnya: Seorang perempuan dalam pingitan telah melakukan
perbuatan salah dengan diam-diam.
Maksudnya: Seorang perempuan dalam pingitan telah melakukan
perbuatan salah dengan diam-diam.
TARIAN MAKYUNG JUGA RANDAI,
SUDAH MENJADI SENI TERBILANG;
ORANG BERGAYUNG SAMA PANDAI
SAMA BAK KUNDI DI ATAS DULANG.
SUDAH MENJADI SENI TERBILANG;
ORANG BERGAYUNG SAMA PANDAI
SAMA BAK KUNDI DI ATAS DULANG.
Perbidalan: Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.
Maksudnya: Sama arif dan bijaksana.
Maksudnya: Sama arif dan bijaksana.
POKOK LAKUM DI TEPI TEBING,
TENGKOK BIAWAK TUMBUHNYA JARANG;
IKUT HUKUM MEMIAT DAGING,
SAKIT DI AWAK SAKIT DI ORANG.
TENGKOK BIAWAK TUMBUHNYA JARANG;
IKUT HUKUM MEMIAT DAGING,
SAKIT DI AWAK SAKIT DI ORANG.
Perbidalan: Ikut hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang.
Maksudnya: Hendaklah berlaku adil apabila melakukan sesuatu perintah.
Maksudnya: Hendaklah berlaku adil apabila melakukan sesuatu perintah.
PERGI KE KOTA PANGLIMA AGUNG,
BERKUDA BENDI JALAN BERSESAK;
BAIKLAH KITA BERJAGUNG-JAGUNG,
SEMENTARA PADI BELUM MASAK.
BERKUDA BENDI JALAN BERSESAK;
BAIKLAH KITA BERJAGUNG-JAGUNG,
SEMENTARA PADI BELUM MASAK.
Perbidalan: Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
Maksudnya: Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang
baik pun boleh dipakai dahulu.
Maksudnya: Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang
baik pun boleh dipakai dahulu.
Alhamdulillah koleksi2 pantun Pak Engku kembali lagi ya Kak.. boleh buat koleksi:)
ReplyDeleteya atie kak koleksikan di blog ni n sesapa yg berminat boleh rujuk...tq atie
Deletewah.. tampaknya senang berpantun yia... boleh nih saya copy buat status facebook, hehehe....
ReplyDeletesilakan setakat hendak berkongsi tu....tq comtell cell.
DeletePantun bidalan Pak Engku memangnya ada nilai dan identitinya yang tersendiri...
ReplyDeleteAlhamdulillah...koleksinya masih boleh di publish untuk bacaan kita semua.
betul tu fidah jarang ada yg miliki skill bersastera lama yg indah n tahu mengenainya n kita tambah sedikit pengetahuan tentang warisan sastera budaya lama...tq fidah.
DeleteSaya tujukan beberapa pantun di atas khas buat PM kesayangan kita.. Eh..
ReplyDeleteheh..heh..pandai juga gee membaca maksud tersirat ya...tapi setakat berkarya kita xmenyentuh sensetiviti sesiapa...tq gee.
Deletehehe..sapee pak engku tu..
ReplyDeletepak engku seorang pesara guru yg gemar berkarya sastera....tq Jie
DeleteMendalam maksud disebalik kata2 penulisan Pak Engku ni kan kak..
ReplyDeleteyelah khir khalid pantun-pantun perbidalan sarat dgn kiasan itulah cara budaya lema xberterus terang dgn maksud sebenarnya tapi perlu belajar memahami maksudnya....tq
DeletePantun 6 kerat..payah nak buat :)
ReplyDeleteyela sue susah juga nk mereka pantun 6 kerat ni...tq.
ReplyDelete