Monday, 29 June 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-3 RESEPI SAHUR PALING RINGKAS.

ASSALAMIALAIKUM...

Untuk bersahur tidaklah perlu hidangan penuh semeja. Bagi PI cukup demgan 3 butir tamar, segelas susu, sepinggan nasi panas bersama telor asin, ikan goreng , sambal belacan dan ulaman. Memang membuka selera di awal pagi. Kalau ada semua tu kejaplah perut menahan kelaparan puasa seharian.

Resepinya tentulah teramat mudah. Ramai yang tahu menyediakannya. Buah tamar boleh saja dibeli untuk stok sepanjang masa berpuasa Ramadan. Telor asin boleh dibuat sendiri terlebih awal sebelum puasa.

Caranya belilah... telor itik/ayam sebanyak diperlukan.
2.  Bersihkan telor tersebut dengan membasuhnya.
3.  masak air garam sebeg pelastik kecil yang biasa dijual di kedai tu.
4.  Sejukan air garam isi dalam bekas pelastik dan masukan telor.
5.  Apabila telor yang direndam telah timbul ke permukaan maknanya telor asin sudah cukup masin dan boleh direbus.


Maka bolehlah bersahur dengan nasi telor asin rebus, tamar, segelas susu, sambal belacan, ikan goreng dan ulam. Mudahnyalah...tak perlu resepi apa-apa.

Tapi perlu juga mengikuti tajuk yang diberi agar tak lari maksudnya kan. Jadi PI pilih resepi bagaimana nak buat sambal belacan yang sedap untuk digabungkan bersama hidangan yang amat ringkas tika sahur.

Sambal air asam penyet-penyet.

Bahan-bahannya.

5 biji cili api.
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
dan garam secukup rasa.

Caranya

Patah-patahkan cili api, campur semua bahan dengan sedikit air. Penyet-penyetkan cili api supaya kepedasannya terasa. Hmm silakanlah santap.

Heh..heh..Apalah PI ni tayang resepi sambal belacan jer....Dah itu saja rezeki yg ada pun untuk bersahur. Syukur Alhamdulillah....




18 comments:

  1. Wah, nanti boleh la buat telur asin sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah zumal ikut cara yg kak beri tu...tq

      Delete
  2. Assalamualaikum kak,
    Selamat bersahur dengan resepi yang ringkas tu...tetapi walaupun ringkas kecur juga air liur mengenang ulam dan sambal belacan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz..xyah nak beradun sgt cara mkn utk sahur ni kan...ada sambal ikan asin berselera kita mkn nasi...tq abuikhwan.

      Delete
  3. boleh juga di coba menu makanan ini :)

    ReplyDelete
  4. mak mertua saya pun sellau buat telun asin ..kalau balik kampung dia bagi la kami bawak balik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..best kan xyah nak dibeli tq diana.

      Delete
  5. Arwah mak saya selalu buat telur masin dulu.....tetiba teringat...huk..huk..
    Thanks for cara2 nak buat telur masin tu..tak pernah buat sendiri, tapi rasa macam nak cuba.
    Kalau bersahur, makan yang simple2 lagi best rasanya...

    ReplyDelete
  6. yeke...di bulan ramadan ni hati kita sebak mengenangkan insan2 yg kita syg tapi tlh meninggalkan kita...
    cubalah buat telor asin sendiri fidah..x susah pun tq.

    ReplyDelete
  7. TQ sbb sharing cara buat telur asin. Cuma kat tempat SB agak sukar jumpa org jual telur itik fresh

    ReplyDelete
  8. wc sue...tiada telor itek boleh gunakan telor ayam...pilihlah yg agak besar...tq.

    ReplyDelete
  9. tak dinafikan kak PI memang sedap menu seperti ini.

    adakala saya memilih makan dengan budu

    ReplyDelete
  10. yella sedap tu membuka selera...tq arz moha.

    ReplyDelete
  11. Ok sgt tu kak.. sedap tu. Sahur klu hidangan berat2 sgt pun tak syoklah.. :D

    ReplyDelete
  12. simple ker masakan utk sahur kan...tq khir khalid.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist