Kenapa kita perlu baca Quran dalam bahasa Arab meskipun kita tak memahaminya....
Ini adalah sebuah cerita yang indah.
Ada seorang lelaki Muslim yang telah tua 👴 tinggal di sebuah ladang di pinggiran sebuah bukit bersama seorang cucu lelakinya yang masih belum baligh 👦. Setiap pagi selepas solat subuh 🌄 datuk ini akan duduk di meja dapurnya sambil membaca Al-Qur'an 📖. Cucunya yang gemar meniru perbuatan datuknya dalam banyak perkara juga membaca Al-Qur'an yang telah dihadiahkan dan diajar kepadanya. Suatu hari si cucu bertanya, "Atok! Adik cuba baca Qur'an macam Atok tapi Adik tak faham dan apa yang adik tak faham Adik cepat lupa. Adik lupa sebaik saja tutup buku Qur'an ni. Apa gunanya baca Qur'an macam tu? "
Datuknya tanpa menjawab sepatah pun soalan cucunya itu bangun dengan perlahan untuk mencapai sebuah bakul rotan yang terkait rapi 👜, guna untuk menyimpan arang dapur. "Nah, ambil bakul arang ni ke sungai dan bawa balik air sebakul ke sini."
Cucunya segera ke anak sungai berhampiran dan menceduk air sungai dengan bakul arang tersebut. Malangnya semua air cedokan tadi meresap keluar 💦 sebaik dia sampai ke rumah. Datuknya tertawa 😄 dan berkata, "Adik kena cepat sikit lain kali," dan menyuruhnya kembali ke sungai untuk cubaan kedua. Kali ini si cucu berlari laju 🏃, tetapi bakulnya kosong juga tanpa air sebaik dia sampai ke rumah. Dengan termengah-mengah, dia memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil 😰 untuk bawa air dengan bakul dan dia terus pergi untuk mengambil baldi. Datuknya berkata, "Atok tak nak air dalam baldi, Atok nak dalam bakul ni juga. Adik belum usaha sedaya upaya lagi," dan dia pun bergegas ke pintu untuk melihat cucu kesayangannya mencuba sekali lagi.
Tatkala ini, cucunya sudah dapat merasakan bahawa itu adalah pekerjaan yang sia sia 😡, tetapi dia masih mahu membuktikan kepada datuknya, walau dia berlari sekencang mana pun, airnya pasti meresap keluar dan bakulnya tetap kosong sebaik dia sampai ke rumah. Dia pun mencedok air sungai dan berlari sekuat hatinya, tetapi sebaik dia sampai di hadapan datuknya bakulnya sudah kosong tanpa air. Dengan termengah-mengah dia berkata, "Tengok ni Tok, apa gunanya!?"
"Oh Adik ingat tak berguna ya?". Datuknya berkata lagi, "Tengok bakul tu."
Cucunya melihat pada bakul dan buat pertama kalinya dia perasan bahawa bakulnya nampak kelainan. Bakul tersebut sudah bertukar dari bakul arang yang hitam kotor kepada sebuah bakul yang bersih, luar dan dalam.
"Cu, itulah yang terjadi bila kita baca Qur'an. Kita mungkin tak faham dan tak ingat apa yang kita baca, tapi bila kita baca, kita akan dibersihkan, luar dan dalam. Itu adalah urusan Allah dalam mengatur kehidupan kita."
Cucunya terkebil-kebil menganguk. Hebat kisah ini.
Kalau ceritanya membuat anda juga terkesan maka kongsilah dengan kawan /sahabat / saudara-mara.
Rmh yg sentiasa ada org mbca quran malaikat kenal dan mendoakan rahmat dari allah..
Sekurang nya sorg hamba Allah umat Nabi saw..seumur hidup 3x khatam mbaca quran...atau 30x dan yg paling baik 3 hari sekali khatam mbca quran..
Fikir2...renung2...
.
Perkongsiian ustaz Zainal abidin.
Perkongsiian ustaz Zainal abidin.
Sharing is caring 😊
membaca dan tadabbur Al-Quran ibadah yg tinggi nilainya..
ReplyDeletebenar tu...tq nohas.
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum wr.wb Kak Paridah Ishak.... Iya benar kak. Walaupun tidak tahu maknanya, kita perlu juga membaca al-Quran kerana banyak manfaat yang diperolehi dengan membacanya. Tambah lagi takan faham makna akan lebih menambah iman kita kerana kita tahu apa yang Allah SWT telah sampaikan kepada kita. Kini banyak kitab al-Quran terjemahan, maka tidak ada alasan untuk kita sekadar tahun baca bahasa Arab sahaja. Salam manis di bulan mubarak dari Sarikei, Sarawak. :)
ReplyDeletewsalam fatimah...tidak susah hendak faham makna alquran kini justeru boleh didapati melalui kitab alquran terjemahan...hanya perlu sedikit usha...setelah memahami maksudnya kita boleh membaca dgn yakin walau xfhm maksud perkataan arab satu persatu...salam ramadan dik fatimah.
ReplyDeleteApalagi sekarang ni quran tafsir dah banyak disana-sini. Harga pun rasanya lebih dari mampu. Kalau rasa nak mentadabbur selepas membacanya pun mudah dah sekarang ni. Tak mampu juga online pun ada dah. ALahai zaman serba canggih ni bergantung pada diri sendiri aje mahu atau tak mahu kan PI.
ReplyDeleteya amat banyak kemudahan untuk memahami alquran kini...perlu ada sedikit usaha saja...tq kakzakie.
ReplyDeleteKisah yang cukup membuat hati kita terkesan...
ReplyDeletebetul tu tiada alasan utk xmengaji alquran kan....tq zumal.
ReplyDeleteMembaca al Quran buat hati jadi tenang....
ReplyDeleteya betul tu terasa hlg terbang semua masalah...tq fidah.
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa PI
ReplyDeletetq sue...
ReplyDeletePerkongsian yg sgt baik ni kak.. subhanallah. T kasih.. semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin
ReplyDeleteinsyaAllah khir khalid semoga bermenafaat...tq
ReplyDeleteMulakan dengan sepuluh ayat setiap hari, in shaa Allah.
ReplyDeleteLagipun tak susah mana, dlm phone pun dh bole save Al w
Quran, cuma nakkan istiqomah tu yg berat.