ASSALAMUALAIKUM...
Yang membezakan puasa hamba-hamba-Nya yang Islam dengan yang lain-lain itu adalah kerana sahurnya. Kalau tidak bersahur pun sah puasanya. Biasalah kadang kita terlalu kepenatan sehingga deringan jam pun tidak mampu mengejutkan tidur yang sangat jenera. nyenyak amat. Elok melambatkan waktu makan sahur sehingga akhir waktunya
Kenangan PI bersahur suatu waktu dulu tika zaman gelap gelita kerana tiada bekalan eletrik yang dialirkan ke kawasan pertempatan felda begitu nenyentuh rasa. Mengelilingi cahaya pelita menghadap hidangan yang amat sederhana. hanya nasi berserta lauk sejenis saja berserta tamar sudah memadai.
Menjengah keluar rumah masih gelap gelita tapi tidak kelihatan cahaya pelita yang menerangi rumah jiran sebelah. Pastinya mereka sekeluarga belum bangun untuk bersahur. Selamba saja bergegas ke rumah sahabat PI itu menepuk dinding rumahnya sambil menyeru namanya untuk mengingatkannya dan keluargaya segera bangun bersahur.
Kalau di kampung bolehlah buat begitu kan sebab kita saling kenal mengenali tapi kalau di bandar jangan nak memandai-mandai. Privasi jiran-jiran kita perlu dijaga sebaiknya.Menghormati dan mengasehi jiran adalah perkara yang sangat dituntut agama sebab mereka adalah saudara terdekat kita.
Redha di dalam rumah tangga
-
Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumahtangga ialah REDHA
Tak semua benda akan berlaku ikut kehendak & KPI kita, walaupun kita ketua
keluar...
2 hours ago
kenangan manis yg mengusik jiwa,kan...kalau lah boleh diulang semula peristiwa tu...
ReplyDeleteHari nie pun Zumal terlewat juga akak, Hehe ^-^
ReplyDeleteDekat taman perumahan ai, atok sedara memainkan peranan.. jeritan beliau akan kedengaran ketika waktu sahut,, mengejut jiran2 berhampiran termasuklah cucu sedaranya ni.. hehehe..
ReplyDeleteHuhu.. memang dulu dan kini berbeza.. bandar dan luar bandar juga berbeza..
ReplyDeleteAda waktu bersahur buatkan kita sayu mengenang waktu dulu2 kan.. nostalgia..
ReplyDelete