ASSALAMUALAIKUM.
Merealitikan
impian.
PIC GOOGLE UNTUK HIASAN..
Subjek untuk
peperiksaan STP (Sijil Tinggi Persekolahan) yang ditetapkan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk aliran sastera adalah Sastera, Bahasa Melayu, Sejarah,
Ekonomi, Pengajian Am dan Geografi.
Untuk melayakannya
ke universiti dia perlu lulus dengan cemerlang mendapat 3 principal dan 1
subsidiari. Maka untuk memudahkannya agar tidak menyusahkannya mengingat
terlalu banyak fakta akademik dia hanya mengambil 4 subjek saja. Iaitu Bahasa
Melayu 1 dan 2, Ekonomi, Geografi dan Pengajian am.
Subjek Bahasa Melayu mengandungi Bahasa Melayu
1 dan 2. Bahasa Melayu 2 merangkumi subjek sastera. Bahasa Melayu 1
mengkhususkan tentang Karangan, Ringkasan Kefahaman, Tata Bahasa dan terjemahan
English ke Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu 2
yang menekankan pengajian sastera pula mengambil teks Hang Tuah, novel Ranjau
Sepanjang Jalan dan pengkajian sejarah sastera Malaysia dan Indonesia.
Mempelajari subjek
ini memang tidak pernah menjemukannya. Asyik dan ralit mengkaji watak Jeha dan
Lahuma yang dilukiskan penulisnya sasterawan Shahnon Ahmad di dalam novel
Ranjau Sepanjang Jalan dengan sangat bersahaja namun sinis dan kritis tentang
permasalahan insan-insan malang di desa yang mundur dan terpinggir.
Subjek sastera ini
menenangkan jiwanya yang kacau kerana terpaksa mengingati fakta, formula,
angka-angka statistik dan graf-graf yang mendatar dan menegak di dalam subjek
Ekonomi dan Pengajian am. Namun terpaksa dirinya tidak mengangapnya sangat
merumiti mindanya demi merealisasikan impiannya.
Tentu akan
bertambah pening kepalanya jikalau menambahya dengan subjek Sejarah yang
memerlukan ketepatan pada setiap fakta yang dikemukakan. Memadailah dengan
sekadar 4 subjek utama yang kini sangat menuntut keupayaan mindanya.
Lagipun dengan
mengambil cuma empat subjek, dia boleh menjimatkan kos yuran peperiksaan, kos
yuran pembelajaran juga kos untuk membeli buku-buku dan bahan-bahan rujukan.
Disamping dapat
memberi fokus pembelajaran kepada subjek yang diambilnya. Membuat sesuatu yang
mudah namun memberikan hasil yang berbaloi tentulah seronok dilakukan.
Mudah-mudahan apa yang diharapkannya akan menjadi kenyataan.
Dia memilih subjek
yang diyakini akan lulus dengan cemerlang dan akan melayakannya ke menara
gading kelak. Memang dia memberi syarat kepada kedua ibu-bapanya bahawa dia
hanya akan berkahwin sekiranya dia telah habis belajar.
Kata persetujuan
telah dicapai di antara kedua belah pihak setelah rundingan tidak formal
dibuat. Mereka merestui keputusan Aisyah untuk menyambung pelajarannya sehingga
takat mana yang mampu dicapainya.
Demi hendak
bertolak ansur dengannya juga memberinya masa untuk meredakan gejolak rasanya
yang gawat kerana dipaksa menuruti keputusan yang bukan kemahuannya mungkin
itulah jalan penyelesaian terbaik. Dan Syamsi terpaksa merelakan tunangan yang
amat dicintainya itu berjauhan jarak dan masa dengannya..
Jarak dan masa
yang memisahkan mereka tidak akan melunturkan cintanya kepada gadis itu yang
semakin mendalam di hatinya hari berganti hari. Dia mengambil sikap membebaskan
kenari yang disayangi daripada
sangkarnya untuk meneroka alam luas ke mana saja semahunya. Bukan mengurungnya.
Dan berharap kenari kesayangan akan pulang ke
sangkarnya setelah jemu berterbangan dan rindu akan sangkar yang
ditinggalkannya. Moga-moga begitulah hendaknya.
Namun Aisyah
bukanlah kenari yang berminda burung!
“Ini ada surat
regista (register) untukmu. Tadi posmen bagi ko nek di gerai. Nak bagi komu di
rumah mutakdo…” Maimunah menghulurkan surat berdaftar yang diterimanya pagi
tadi kepada cucunya.
“Kitakan gi
kija…,” sahutnya sambil lewa.
“Sapo yang kirim
tu? Dari makmu ko? Tiap bulan nek tengok mudapat surat regista…(register)”
“Bukan dari mak.
Tapi dari Syamsi…,” jawabnya jujur. Tanpa berhasrat menyelindungkan
kebenarannya.
“Syamsi? Sapo tu?”
Sahutnya dibayangi bauran prasangka yang meragukan. Telahannya mungkin cucunya
itu sudah membuat perhubungan dengan lelaki ajnabi yang tidak diketahuinya. ‘
Tak boleh dibiarkan ni…’
“Nek ni buat lupa
pulak dia. Kan saya dah royak kat nek
tentang tunang saya yang namanya Syamsi tu…”
“Oh…aku ingat sapolah
duk selalu kirim surat regista ko mu…”
“Sapo lagi,
dialah…”
“Baik juga budak
hok jadi tunangmu tu ya. Rajin kirim surat regista komu. Yang nek tahu orang
kirim surat guna regista ni sebab nak kirim pitih. Untungmu ada orang kirim
duit komu. Aku ni takda sapa nak kirim…,” katanya bermaksud mengenenkan cucunya
itu.
“Isyh nek ni tak
payah dok mengarut gitu. Pitih nek tu dah bertimbun. Nanti bila saya dapat gaji
saya bagi pitih ko nek macam selalu. Tak payah dok harap pitih kiriman orang ko
kita.” Tersenyum Maimunah mendengarkan ungkapan kata-kata yang menyenangkan
hatinya. Aisyah amat arif akan perangai neneknya sejak dia mengenali neneknya
yang gemar menerima pemberian orang namun lokek membalas kembali
‘Aku ni tak
pernahku harapkan Syamsi mengirimkan aku wang untuk perbelanjaan aku di sini.
Dah orang nak bagi aku terima saja. Apa nak kata lagi. Perbelanjaan untuk
menampung pengajianku di sini sehingga ke hari peperiksaan yang ditentukan
memang banyak juga. Tidak tertampung dengan
gajiku yang kecil setakat 200 ringgit itu.
Daripada sejumlah
yang sedikit itu terpaksa diketepikan pula untuk diberi kepada nenek untuk
mengambil hatinya agar tidak berkerut mukanya lantaran terpaksa menumpangkan
aku hidup bersamanya. Pandai-pandailah aku nak hidup. Kiriman wang daripada
Syamsi setiap bulan melegakan sedikit bebanan masalah kewangan yangku tanggung
ini.
Aku tidak pernah
minta pun. Sudah rezekiku gamaknya untuk mendapat wang daripada bakal suamiku.
Apakah itu bermakna aku reda menerimanya seikhlas hatiku? Masih berat hatiku
untuk mengistiharkan Syamsi adalah calon suami terpilih untukku. Belum terbuka
hatiku ini untuk mencintainya walau sekelumit rasa.
Yang sangat aku
cinta, yang sangat aku rindu adalah Faizal. Kata-kata indah itu hanya miliknya
lewat surat-suratku kepadanya yang tidak pernah jemuku tulis. Kudoakan
kesihatannya agar pulih dari sakit jantungnya dalam setiap munajatku kala
bersolat dinihari.
Dan aku tidak
mendoakan apa-apa secara khusus untuk tunangku yang kini sedang memikul senjata
di perbatasan negara berjuang untuk mempertahankan nusa dan bangsa demi tugas
yang digalasnya sebagai perajurit. Kecuali doaku secara umum untuk
kemasylahatan ibu bapaku, kaum kerabatku, jiran-jiranku, kenalan handai
taulanku dan Muslimin dan Muslimat sejagat. Doaku itu telah merangkum
kesemuanya ke dalamnya termasuk Syamsi seorang hamba Allah yang Muslimin.
Dan kepada Syamsi aku hanya menulis hambar dan
tawar sekadar mengucapkan terima kasih kerana wang yang dikirimnya kepadaku.
Aku telah menolak cinta dan kasih sayangnya yang dihulur untukku. Tetapi
huluran wang ringgitnyaku sambut demi melunaskan setiap impianku.
Nampaknya aku
hanya mengeksploitasi keluhuran hati budinya yang tulus terhadapku. Bersalahkah aku? Buruk sangatkah perilakuku
itu? Siapalah aku untuk menjustifikasi diriku sendiri. Ah! Bukankah dia itu
tunangan yang bakal menjadi suamiku; aku berhak juga menerima wang ringgit
pemberiannya. Demikian pula yang bermain difikiranku.
Tetapi aku tidak
pernah lupa untuk membalas setiap surat kirimannya kepadaku. Tahu juga aku
berbudi bahasa. Orang memberi kita menerima, orang berbudi kita berbahasa.
Pandai pula aku mengimplementasikan pepatah Melayu itu sesuai dengan
citarasaku.
Sesekali benakku
ini mengatakan sungguh malang kedua-dua lelaki yang mencintaiku ini. Seorang
telah banyak berkorban segala-galanya untukku daripada semenjak aku masih gadis
kecil tetapi langsung tidak mengetahui status aku kini yang sangat dicintai
itu.
Seorang lagi
sedang berusaha hendak merebut hatiku dengan kasih sayangnya berserta wang ringgit
yang sering dikirimkannya untukku tika aku sangat memerlukannya. Sedangkan
hatiku ini tidak mungkin berpaling kepadanya.
Sampai bilakah aku
akan bergelut dalam situasi sebegini?’