Monday 6 January 2014

KISAH LEMBU-LEMBU DI FELDA...

ASSALAMUALAIKUM...

KULIM 5 Jan. - Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak.

Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Su Song memberitahu, kejadian itu disedari seorang penternak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas mendapati empat ekor haiwannya hilang.

"Penternak itu kemudian membuat laporan polis dan meminta bantuan rakan-rakannya untuk mencari," katanya di sini hari ini.

Su Song berkata, tidak lama kemudian, rakan mangsa berjaya mengesan kereta tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan berdekatan Plaza Tol Lunas di Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE).

"Menyedari diekori, suspek yang berusia sekitar 20-an memecut laju. Bagaimanapun, kereta itu mengalami kerosakan dan terpaksa ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Siam, Lunas, kira-kira 15 kilometer dari tempat lembu itu dilaporkan dicuri," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang menjumpai kereta itu kira-kira pukul 7 pagi memaklumkan kepada polis.
Tambahnya, polis percaya suspek menggunakan laluan Sungai Lembu ke Kampung Mengkuang sebelum memasuki BKE.

"Kita sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

pic ehsan The star.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140106/je_03/Cubaan-curi-empat-lembu-gagal#ixzz2pZL9w8nd
© Utusan Melayu (M) Bhd 


PETIKAN BERITA DIATAS HANYA HENDAK MENJELASKAN LAGI TENTANG KISAH KECURIAN/KEHILANGAN LEMBU-LEMBU YANG BANYAK DITERNAK DI KAWASAN PERLADANGAN FELDA OLEH PENEROKA-PENEROKA YANG RAJIN  MENJALANKAN BISNIS TANI INI.

JUMLAH LEMBU YANG DIMILIKI PENERNAK-PENTERNAK KADANG MELEBEHI 100 EKOR. ADA KANDANG-KANDANGNYA YANG DISEDIAKAN PENTERNAK UNTUK LEMBU-LEMBUNYA TAPI LEMBU-LEMBU YANG JENIS TIDAK SUKA DIKAWAL DAN DIKANDANG AKAN BERUSAHA MELOLOSKAN DIRI BERKELIARAN DI MANA SAJA. JANGAN SANGKA MAKHLUK KEJADIAN ALLAH INI TIDAK TAHU BERFIKIR. LEMBU TENTULAH BERFIKIR SECARA LEMBU DAN SESUAI DENGAN HABITAT LEMBU.

DI JALAN-JALAN UTAMA YANG MEMBARISKAN KAWASAN PERLADANGAN SAWIT/GETAH DAN PERKAMPUNGAN  FELDA AKAN KELIHATAN KEPADA KITA BANYAKNYA LEMBU-LEMBU YANG BERJALAN DI TENGAH JALAN MENGGANGGU KELANCARAN KENDERAAN YANG LALU LALANG. 
DAN ADA YANG KEMALANGAN DISEBABKAN LEMBU YANG TIBA-TIBA MUNCUL MELANGGAR KENDERAAN YANG SEDANG MELAJU.

MUNGKIN DISEBABKAN LEMBU-LEMBU INI DIDAPATI BERKELIARAN SEOLAH TIDAK BERTUAN MEMUDAHKAN MEREKA YANG BERNIAT JAHAT MENCURINYA. KATA BAPA SAUDARA PI YANG SERING KEHILANGAN LEMBU-LEMBU YANG DITERNAKNYA, PENCURI-PENCURI INI MENGGUNAKAN LORI UNTUK   MENGANGKUT LEMBU-LEMBU CURIAN MEREKA. BUKAN GUNA KERETA LAGI YANG CUMA DAPAT ISI DUA TIGA EKOR LEMBU SAJA SEPERTI BERITA DIATAS. 

BAPA SAUDARA PI KINI TIDAK MAHU LAGI MENTERNAK LEMBU LANTARAN KECEWA TERPAKSA BERSAING DENGAN PENCURI-PENCURI LEMBU YANG MENGAMBIL PELUANG MENDAPATKAN KEUNTUNGAN SEGERA DENGAN MENCURI TERNAKAN ORANG PANTANG TERLEPA SEDIKIT....

12 comments:

  1. kesian lembu2 ni...acu kite plak sumbat pencuri2 ni mcm mn dia buat kt lembu2 ni

    ReplyDelete
  2. yela annies mmg kesian kan kat lembu2 tu...tq Khairin annies.

    ReplyDelete
  3. itulah sis..mcm mana la boleh sumbat dlm satu kreta sampai 3 ekor..aiiii kalau nama pencuri mcm cara bleh buat..just ksian kat lembu tu je... mcm mana la nak bnafas...

    ReplyDelete
  4. ada jer idea dia orang ni nak buat kerja2 yg menyalahi undang2 n menyiksa lembu2 yg tentunya akan terkorban juga sudahnya, disembelih n dijual dagingnya di pasaran...yg xtahu tentu terbeli daging lembu curian yg xsempurna cara sembelihannya....tq

    ReplyDelete
  5. kasihan lembu tu disumbat macam tu je.. agaknya kecurian lembu dan binatang ternakan oleh manusia yang macam ni juga kot..

    ReplyDelete
  6. berfikir diluar kotaklah tu kot..rasanya lembu tu lbh baik drpd pencuri lembu yg hilang peri kemanusiaannya...tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  7. takde lori, kereta pun berguna..kalau dah akal pencuri, mcm ni lah jadinya...lawak antarabangsa betul..

    kesian kat tuanpunya lembu, senang2 je angkot, nak membela punyalah susah..

    ReplyDelete
  8. betul tu nohas..yg nk membelanya bukan main susah lagi...kena siapkan makanannya, jaga kesihatannya...asyik berulang alik ke kandang memperhati kemasylhatan ternakannya si pencuri pula suka hati depa main angkut saja....tq nohas.

    ReplyDelete
  9. macam2 boleh jadi skrg ni...yg hairan tu kuat si pencuri ni angkat lembu tu masuk dlm kereta..

    ReplyDelete
  10. yelah sarah heran betul...rasanya bukan kerja sorang tu...zaman la mana ada badang lagi kan...tq Sarah Talib.

    ReplyDelete
  11. niat tak menghalalkan cara . Allah tak izin . subhanallah . sepupu saya seorg guru tapi menternak lembu lbh krg 50 ekor . masa bln ramadhan lepas , org nak curi lembunya lbh krg pukul 3 pagi . klu blh satu kandang mrk nak ambil guna lori . mrk ni jenis nak untung atas angin jer .

    ReplyDelete
  12. ya bukan senang nak menjaga n menternak lembu ni, perlu berkorban masa tenaga, harga lembu pula memang tinggi di pasaran n pencuri2 ni sesuka hatisaja nak merembat ternakan org. itu yg buat penternak tawar hati nak melakukan usahanya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist