Wednesday, 18 December 2013

HARUMNYA BAU INI....DARIPADA MANA DATANGNYA?

ASSALAMUALAIKUM...

DIPETIK DARIPADA CATATAN FB TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN...


INI kisah benar yang saya sendiri alami pada 14 Februari 2002.Saya dapat khabar seniman Datuk Mahmud June nazak di hospital, saya dan teman bergegas ke lokasi.Tapi kami terus ke rumah setelah diberitahu bahawa beliau akan dibawa pulang ke rumah.

Kami menunggu hampir satu jam dan ambulan membawa masuk Pak Mahmud yang ketika itu masih dengan bantuan pernafasan, wayar wayar berselirat di badannya. Saya ketika itu duduk betul-betul di tepi pintu masuk rumah arwah, menyaksikan segala persiapan yang dilakukan oleh pihak hospital untuk melepaskan alat bantuan pernafasan dan satu persatu wayar yang berselirat di badan beliau.

Ketika itulah,tiba-tiba melintas di hidung saya berbondong-bondong bau yang sangat wangi.Masya Allah, wanginya seperti setaman bunga melur yang sedang kembang di pagi hari mencucuk cucuk ke deria bau saya.Saya mencari-cari, mana datangnya bunga melur ini? Àpakah memang ditanam di rumahnya? Tidak ada langsung.

Dan bau itu hanya sekali sahaja berhembus di depan saya, seperti sekilas dan pergi memasuki ruang dalam rumahnya, tempat sekujur tubuh arwah ditempatkan. Allahuakbar! Beberapa saat selepas itu, seniman itu pergi menghadap Illahi, nafasnya berakhir. 

Bila saya temubual jiran jirannya, arwah adalah guru mengaji al-Quran untuk anak-anak di kampungnya. Jadi, jangan kita hina kerja sebagai anak seni semudahnya.Banyak juga nilai baik yang mereka bawa, bakti mereka kepada dunia.Bau harum itu, masih saya bawa sampai ke saat ini. 

Mengenang Arwah Pak Mahmud June- al Fatihah untuk arwah dan untuk arwah seniwati Azean Irdawaty, serta semua muslimim dan muslimah yang dikasihi Allah. 

SALAM TAKZIAH...INNALILLAH...ALFATIHAH...

32 comments:

  1. Alfatihah...semoga rohnya ditempat bersama orang2 yg beriman..

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.. semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bermal soleh..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah . itulah tanda-tanda dari husnul khotimah. Semoga mendapatkan syafaat nabi. amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...in sya Allah..terima kasih Farizal Mukhdar sudi singgah laman kak.

      Delete
  4. Subhanalla....moga mereka semua aman damai di sana. Alfatihah

    ReplyDelete
  5. amin...insya Allah...hadiah n foa2 kita mengiringi pemergian mrk ke sana. terima kasih Mak Wardah sudi singgah laman kak.

    ReplyDelete
  6. Bukan kita untuk menilai amalan dan menentukan nasib seseorang...Hanya Allah yg Maha mengetahui. Semoga arwah berada bersama orang2 beriman. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  7. benar sekali bukan hak kita menyatakan hukum begitu begini tntg amalan seseorang hamba...sama2lah kita mendoakan ketenangan n kbghigian, kedamaian Allahyarham muslimin/muslimat di sana...tq BM.

    ReplyDelete
  8. salam singgah. dengar berita semalam baru tahu yang arwah azean tanggung penyakitnya selama 8 tahun. masyaAllah besar sungguh ujiannya. semoga arwah ditempatkan Allah dikalangan orang yang beriman. ameeeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ujian Allah itu berbeza-beza kepada hamba2nya...terima kasih Umi Nazrah sudi singgah blog kak.

      Delete
  9. semoga mereka ditempatkan di syurgaNya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih doanya...amin....tq Dwi Alfina.

      Delete
  10. salam persahabatan blogger dari indonesia. Kunjungan diblog saya ditunggu.

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan terima kasih sudi singgah blog kak....tq Ikerenki.

    ReplyDelete
  12. bunga melur malam2 mmg kuat bau dia.. tu yg kadang2 boleh naik seram tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HARUM MELUR MENYEGARKAN....KALAU TERAA SERAM TU MESTI ADA PUTRI2 HALUS SDG MEMETIKNYA...BERINGAT-INGATLAH YA...JGN BERANI SGT...GURAU JER PHA IS TQ...

      Delete
  13. Subhanallah... semuga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...

    ReplyDelete
  14. semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIN2 DOANYA...IN SYA ALLAH...TQ aku penghibur.

      Delete
  15. AMIN...IN SYA ALLAH....TQ ACIK IDAH.

    ReplyDelete
  16. Semoga amal ibadahnya di terima di sisi Allah, aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2...doanya in sya Allah...terima kasih Yobert Parai.

      Delete
  17. subhanallah, semoga almarhum mendapat tempat terbaik disisinya

    ReplyDelete
  18. amin2...doanya in sya Allah...terima kasih Abdul Kholiq Hasan.

    ReplyDelete
  19. alfatihah utk semua yg telah pergi mendahului kita yer kak !

    ReplyDelete
  20. ya alfatihah utk muslimin/muslimat mudah2an Allah mengasehani n melapangkan mrk di sana....tq Kesuma angsana.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist