Tuesday, 3 December 2013

GINCU PUNCA KEGAGALAN JANTUNG?

Soalan: SALAM doktor. Saya pernah terbaca satu artikel tentang bahaya gincu. Artikel tersebut mengatakan gincu antara punca kegagalan jantung. Benarkah gincu berbahaya kepada wanita? Apakah sebenarnya punca penyakit jantung?
Salmah, Johor.
                                                 pic google...

Jawapan
Saya kurang pasti dengan kenyataan tersebut. Apa yang saya tahu, isu gincu berkaitan kandungan plumbum dalam produk berkenaan. Semakin tinggi kandungan plumbum, semakin tinggi risiko mendapat kanser.

Saya juga pernah terbaca artikel yang dimaksudkan. Artikel ini hanya satu eksperimen terpencil yang dilakukan oleh para penyelidik Jabatan Kesihatan Awam di Universiti California-Berkeley berkenaan kandungan kimia di dalam gincu.

 Penyelidik melakukan kajian terhadap tikus dan mendapati tikus yang terdedah kepada bahan kimia itu mengalami gangguan otak sekali gus membawa kepada kegagalan jantung dan fungsi otot.

Bagaimanapun kajian tersebut tidak menceritakan dengan terperinci tatacara kajian sebenarnya yang telah dilakukan ke atas tikus-tikus tersebut. Kita tidak boleh membuat sesuatu kesimpulan yang muktamad berkenaan sesuatu perkara jika kurang jelas. Perkara ini perlu dikaji dengan terperinci.

Punca penyakit jantung
Penyebab penyakit jantung pada umumnya adalah akibat gaya hidup yang kurang sihat. Stigma masyarakat mengenai penyakit jantung hanya menyerang golongan lelaki harus diperbetulkan kerana wanita juga berisiko mendapat penyakit yang menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia itu. Ramai kurang menyedarinya kerana ia tidak memberi isyarat awal dan sukar dikesan. Sebenarnya risiko mendapat penyakit ini sama sahaja di antara lelaki dan wanita.

Wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung tetapi hanya lambat sedikit berbanding lelaki. Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki kerana mereka dilindungi aras hormon estrogen yang tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelak daripada diserang penyakit itu.

Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik lelaki atau wanita. Namun faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung adalah diabetes mellitus yang menjadi 'ibu' kepada penyakit kardiovaskular. Punca utama penyakit jantung dalam kalangan wanita adalah usia seseorang wanita itu. Wanita yang telah menopaus berisiko lebih tinggi mengalami sakit jantung berbanding wanita muda. Punca lain adalah aras kolesterol berlebihan, tekanan darah tinggi, merokok, gaya hidup di bawah tekanan tinggi, lemak badan berlebihan dan mempunyai ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter. Punca lain meningkatkan risiko sakit jantung adalah kurang bersenam, kencing manis atau sejarah keluarga dengan masalah jantung.

Serangan penyakit jantung di antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.
Wanita lebih berwaspada terhadap kanser payudara dan kanser serviks hingga kurang mengambil berat tentang kesihatan jantung walhal punca kematian akibat penyakit jantung 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding akibat kanser di kalangan wanita.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131201/kn_01/Gincu-punca-kegagalan-jantung#ixzz2mQIIKeDr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 comments:

  1. tq share infornyer kak !

    ReplyDelete
  2. terima kasih perkongsian yg bermakna...saya ni kadang pakai gincu. tpi p kerja x pakai pun...bagus juga tu ya orang yg malas nk bersolek ni..

    ReplyDelete
  3. kalau badan sihat bibir akan merah berseri xperlu nk bergincu....tq Sarah Talib.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Paridah…. :D
    Idah datang jalan-jalan BW… selamat berkenalan…

    Takut juga ekk.. nak cantik pun susah yerr... ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam idah...tq jln2 singgah blog kak slmt brkenaln..

      Delete
  5. Replies
    1. cantik asli xyah nk brgincu yer...tq nohas

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. aiza jarang pakai gincu (sebab selalu terlupa).. pada pendapat aiza, berkenaan penyakit jantung tu gaya hidup dan pemakanan memainkan peranan penting.. kesibukan membataskan kita untuk bersenam secara berkala.. pemakanan pula banyak mengambil makanan segera dan siap diproses tidak elok untuk kesihatan jantung kita.. selain daripada kurang serat, ianya tinggi dengan kolestrol yang semestinya membahayakan kesihatan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah aiza bnyk lg unsur lain yg mempengaruhi tahap kesihatan kita bkn stakat plumbum dlm gincu saja, apa-apapun kena hati2 jaga ksshtn seblum sakit...tq Mizz Aiza.

      Delete
  8. takutnya baca
    sy beli gincu sebatang pakai selama setahun ;)
    pakai pun masa nak pegi keje..lepas sarapan dah hilang .hihi

    ReplyDelete
  9. bersolek nk cntik x salah tp jgn brlbhan...tq irfa.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist