EH..BANJIR BUKAN UNTUK DINYANYILAH. BANJIR MUSIBAH YANG TAK DIINGINI KERANA DATANGNYA MENYEBABKAN KEROSAKAN, KEMUSNAHAN HARTA BENDA DAN KADANGKALA KEHILANGAN NYAWA.
'
DAN TENGKUJUH BERMUSIM LAGI TANPA PERNAH BERSELANG TAHUN. NEGERI-NEGERI YANG SERING DILANDA BANJIR SEPERTI PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN, JOHOR KINI MULAI DINAIKI AIR SETELAH HUJAN SEHARIAN SEJAK SEMALAM.
MEMANDANG HUJAN YANG TURUN TIDAK BERHENTI, SEKEJAP LEBAT SEKEJAP RENYAI AMAT MERISAUKAN. BIMBANG SANGAT AIR MENDADAK NAIK DAN TIDAK SEMPAT BERSEDIA APA-APA UNTUK MENYELAMAT DIRI, HARTA BENDA ATAU DOKUMEN PENTING.
PIC WALL FB TOK PERAK...TQ
SEBELUM PERNAH MENGALAMI BANJIR PI PERNAH BERKATA KEPADA SEORANG RAKAN YANG SAMA-SAMA MENGIKUTI KURSUS PENULISAN DPMP DI TEMERLOH, INGIN SEKALI MERASAI BANJIR. BELIAU MEMARAHI PI MEMASANG NIAT BEGITU, "AWAK TAK TAHU BETAPA SUSAHNYA KAMI MENGHADAPI BANJIR BESAR PADA 70 DULU. AIR NAIK SAMPAI KE BUMBUNG DAN KAMI AYAM, ITEK, KAMBING PUN NAIK KE BUMBUNG MENUNGGU BANTUAN PENYELAMAT. SEGALA APA YANG ADA DALAM RUMAH HABIS HANYUT...NASIBLAH UMUR PANJANG NAK SELAMAT, BOLEH BERJUMPA DENGAN AWAK HARI INI SEBAB TAK HANYUT DALAM BANJIR TU..."
pic mokca ariana
DAHSYAT SUNGGUH PENGALAMAN RAKAN ITU MENGHADAPI BANJIR YANG MELANDA KAMPUNGNYA PULAU TAWAR YANG TERLETAK DI TEBING SUNGAI PAHANG ITU. MEMBUAT PI TERDIAM DAN TIDAK BERANI BERCAKAP TENTANG ITU LAGI.
pic mokcha ariana
2007 TIKA PI SEDANG BERKURSUS PENULISAN DBP DI KL, SEORANG JIRAN MENELEFON MEMBERITAHU RUMAH PI DAN YANG LAIN DINAIKI AIR AKIBAT HUJAN LEBAT YANG MEMBAWA LUMPUR DAN SEGALA SAMPAH SARAP MENERJAH KAWASAN KAMPUNG HINGGA MENYEBABKAN TEMBOK PAGAR BERSIMEN TINGGI PUN RUNTUH.
PI TIDAK DAPAT SEGERA PULANG MEMBERSIHKAN RUMAH DARIPADA LUMPUR DAN KOTORAN MENYEBABKAN BANYAK PERABOT, MESIN BASUH, PETI AIS HABIS ROSAK DAN TERPAKSA DIBUANG TERMASUK BUKU-BUKU YANG TERISI DI DALAMNYA.
SEMENJAK PERISTIWA ITU SETIAP KALI HUJAN TURUN DENGAN LEBAT HATI MENJADI BIMBANG DAN TIDAK SENANG DUDUK KERNA MEMANG PASTI TERPAKSA HADAPI BANJIR LAGI. HAMPIR PULUHAN TAHUN TINGGAL DI SINI, TIDAK PERNAH BANJIR PUN. MUNGKINKAH DISEBABKAN TSUNAMI 2004 MENYEBABKAN PERUBAHAN IKLIM DI RANTAU SINI MENJADIKAN HUJAN MENCURAH TERLALU LEBAT SEHINGGAKAN TEMPAT YANG SELAMA INI TIDAK DIJANGKA AKAN BANJIR BERLAKU SEBALIKNYA.
SUBHANALLAH...HANYA ALLAH YANG MAHA TAHU APA JUA RAHSIANYA DAN KITA DOAKAN NEGARA KITA TERHINDAR DARIPADA BENCANA YANG TIDAK DIINGINI....AMIN!
baru saja minggu lepas aiza ke kuantan pahang.. takziah kepada semua mangsa banjir dan doa semoga mereka dalam keadaan yang selamat..
ReplyDeleteKuantan tu tanahnya landai rata pbla hujan lebat sedikit air sungainya melimpah ke tebing terus bnjir...in sya Allah mudah2an slmt semua yg di sana....tq Mizz Aiza.
ReplyDeleteKoi prnh juge hampir terlibat menjadi mangsa banjir sekitar tahun 1970an. Rumah kampong koi termasuk dikawasan tanah tinggi. Namun, kesekian lama hujan tanpa henti, air mulai masuk ke ruangan jalan menghala ke rumah. Perasaan cuak dan gementar menjelma, dalam situasi sedemikian mula menebang pokok2 pisang dijadikan rakit. Namun Allah lebeih mengetahui kesukaran hambaNya yg sentisa berdoa, tetiba hujan pun paleh, air semakin lama semakin surut, banjir tidak sampai ke rumah. Allah Maha Pelindung.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah..selamat yek, sikse mat ngadap banjir ni, xyahlah nk sebut2 nk nyanyi2...baik berdoa banyak agar kita dilindungi drpd malapetaka banjir ni....tq anonymous sudi lwt laman koi...
ReplyDeletebelum pernah lagi mengalami banjir mcm gambar diatas..teruk juga ye..
ReplyDeletetu gambar semalam nohas...harini lbh tinggi lg naiknya n kita doakan saja mangsa2 yg terlibat bersabar dgn ujian Allah n bantuan2 yg sepatutnya tlh diterima....tq nohas.
ReplyDeleteAduhai dahsyat nyaa. Smoga dorang tabah dan dilindungi Tuhan..
ReplyDeletein sya Allah...tq Vee Lea sudi lawat laman kak...
ReplyDeletehujung taun mmg musim dier lah kak !
ReplyDeletemmg dh tiba musim bnjir tp nampk Phg teruk dilnda bnjir kali ni...tq KA.
ReplyDelete