Saturday, 7 December 2013

SURATAN..

Assalamualaikum....

Tatkala Allah menyembunyikan sang suria Dia mendatangkan gugusan hujan. Hambanya menangis teresak-esak kerana kehilangan sinar.

Sebenarnya Dia mahu menghadiahkan hambanya pelangi nan indah tak tercapai dek akal insan biasa.

Itulah yang melanda May Ling. Dia diuji Allah tatkala suaminya berkahwin lain. Pernikahan tanpa pengetahuan dan restunya.

Remuk redam hatinya kala berita itu singgah di telinganya. Dia hilang keyakinan diri, putus harapan, dilanda kekecewaan, hampir hilang pedoman dan ditimpa kemurungan yang berpanjangan.

Konflik dengan suaminya Abd. Razak berterusan sehingga memberi kesan terhadap anak-anaknya.

May Ling berusaha bangkit demi anak-anak yang setia mendoakannya dan memberikan sokongan moral kepadanya.

Namun mampukah May Ling menerima madunya sebagai sebahagian daripada kehidupannya? Setabah manakah May Ling melalui dugaan bersama  suami yang berpoligami?

Semuanya terungkap di dalam SURATAN....


Novel terbaru terbitan DBP belum ada di pasaran lagi. Kepada yang berminat hendak mengetahui letusan karya penulisnya yang sangat mengoyak rasa, hubungi fb penulisnya, Noorlaila Ghafar. PI sudah dapatkan dua buah novel sebagai tanda sokongan kepada penulis.

8 comments:

  1. menarik sinopsisnya. sudah lama aiza tidak membeli atau membaca novel..

    ReplyDelete
  2. kak pun baca novel sesekali jer...ada jg novel yg dibeli xsempat nk dibaca lg...sbb novel ni kwn baik yg tulis mesti beli n baca....tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  3. menarik.,...salam ...dah add anda sebagai follower.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq add kak sbg follower n tq sudi ke laman kak...Muhammad Khairuddin Lim.

      Delete
  4. novelnya menarik :) heee salam blogwaking

    ditunggu followback blognya

    ReplyDelete
  5. yer sgt menarik... tq Dwi Alfina blogwalking ke blog kak...jumpa lagi nanti.

    ReplyDelete
  6. yeke..tq sudi singgah laman kak Lupa Nama.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist