Monday, 16 December 2013

IMEJ ELIT MELAYU DALAM DRAMA...

Siti sudah naik muak, bosan dan marah dengan sebahagian besar drama di televisyen. Siti marah kerana pembuatnya ambil sikap sambil lewa untuk mempotretkan imej elit Melayu dalam drama “hampas" mereka. Akhirnya elit Melayu pun turut dilihat seperti hampas.

Kalau drama begini dijadikan rujukan, kita tentunya tidak mahu menjadi orang elit. Golongan elit Melayu pada sudut pandang pembuat drama adalah perosak bangsa dan agama. Untuk menjadi elit, mengikut takrif drama kita, mesti hidup bertentangan dengan norma agama, sosial dan budaya.

Inilah pemikiran hampas yang dijaja sebagai karya hebat di televisyen. Hebat maksudnya mencatatkan penarafan (rating) yang tinggi dan iklan banyak masuk dalam slot drama itu. Golongan elit Melayu diberikan gambaran yang tidak adil, disebabkan hanya segelintir yang jadi kaki perempuan, songlap duit syarikat dan bermewah sampai peringkat “gila", semuanya dipukul rata.

Memusuhi

Siti boleh terima kalau P. Ramlee memusuhi golongan elit atau bangsawan dalam filem-filemnya. Zaman P. Ramlee berbeza, orang Melayu dalam kalangan bangsawan hanya mengagungkan keturunan tapi tidak memuliakan keturunan.

Tapi zaman P. Ramlee sudah lama berlalu. Isu dalam filem seperti Penarik Becha, Antara Dua Darjat dan beberapa lagi sudah tidak relevan hari ini. Kemunculan elit Melayu hasil Dasar Ekonomi Baru (DEB) misalnya bukan semuanya melupakan perjuangan. Memanglah ada yang terkena kejutan budaya, bermewah di tahap “gila" dan lupa jasa DEB, tapi yang menyumbang kepada peningkatan penguasaan ekuiti Melayu pun banyak juga.

Cuma malangnya pembuat drama (sebahagian besar) terkepung dalam kotak. Mereka tidak melihat realiti. Kalau melihat pun mata fikir mereka tertutup. Watak orang kaya jahat dan orang miskin mulia sudah lama berlalu. Ini memberi amaran orang Melayu jangan jadi kaya, kalau kaya mereka lupa diri.

Banyak drama memberikan gambaran buruk kepada keluarga elit Melayu. Pembuat drama seolah-olah menyalahkan kekayaan yang menjadi punca elit Melayu hilang agama dan perjuangan untuk bangsa.

Takkan hanya dua tiga kerat elit Melayu yang hobinya menghimpit artis muda dan kaki perempuan pada dunia realiti, maka terus menerus dijadikan bahan wajib dalam drama? Tak adillah buat begitu.

Pembuat drama tidak mencontohi Rahim Razali yang menghasilkan filem Abang (1981) dan Matinya Seorang Patriot (1984). Kedua-dua filem ini mengenai elit Melayu dalam dua sudut berbeza.

Abang memaparkan kejutan budaya melanda elit Melayu yang baru menyertai dunia korporat. Mereka menjadi kaki botol dan kaki perempuan kerana gaya hidup itu dilihat selari dengan takrifan elit bagi sesetengah orang Melayu. Itu awal dekad 1980-an.

Abang mengkritik orang Melayu yang belum ada persiapan mental menjengah dunia korporat. Rahim menghasilkan filem itu dalam keadaan sedar.

Sementara Matinya Seorang Patriot pula Rahim dengan berani mempotretkan ahli korporat Melayu menolak rasuah kerana berpegang kepada slogan Dr. Mahathir “Bersih Cekap Amanah". Rahim membina peribadi tinggi elit Melayu menerusi Matinya Seorang Patriot.

Alangkah malangnya drama-drama sekarang yang menampilkan backdrop sahaja yang elit misalnya rumah agam macam istana tapi pemikiran wataknya hancur. Tak layak langsung duduk dalam kelompok elit, kalau duduk juga nampak sangat dibuat-buat.
SITI JARUM: Meluat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131215/re_09/Imej-elit-Melayu-dalam-drama#ixzz2naabM9Iv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

24 comments:

  1. saya kurang paham kalau masalah film, tapi kalau untuk masalah tradisi itu harus dilestarikan jangan digeser adanya hal baru yang didapat dari luar

    ReplyDelete
  2. Hal tradisi di dlm drama Melayu spt yg dikomen xlari dari landasannya cuma yg dimusykilkan paparan imej elit Melayu yg sgt kontra drpd kebiasaannya...tp pada kak dlm karya mmg perlu sifat antigonis/protogonis...itukan kehidupan manusia biasa...kalau hnya merujuk org2 bgini saja yg berwatak antigonis x adil pula kan....tq Abdul Kholiq Hasan.

    ReplyDelete
  3. saya gak pernah nonton :(

    ReplyDelete
  4. kebanyakan drama melayu sekarang ini juga diadaptasi dari novel terkenal.. cukup membosankan apabila kisah jalan cerita yang hampir sama saja untuk setiap drama.. sesekali penonton juga mahukan kelainan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata aiza drama2 kini plot citernya sama cuma diubah serba sikit....tq Mizz Aiza...

      Delete
  5. dh jrg ikut drama melayu ni kak.. dh tahu macam mana jalan & pengakhiran cerita.. bosan & muak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak tengok juga smbil2 menulis...tp mmg betul kata KA tengok permulaan saja dh tau pengakhirannya....tq KA

      Delete
  6. tak ikut sangat cerita melayu. sebab memang saya jenis tak tengok TV. huhu.
    hm.. kadang2 pun lebih suka baca novel english.

    ReplyDelete
  7. bagus Liza xjd hantu tv msti bnyk krja brfaedah yg boleh dibuat...kak suka juga baca novel sesekali tp xbca novel english sbb xfhm sgt english ni...tq Liza Licha.

    ReplyDelete
  8. Jarang ikut drama bersiri sebab mesti ada elemen2 elit Melayu ni...tapi kalau drama biasa, ada yg best mcm drama hari-hari terakhir seorang perempuan, memang terbaik..

    ReplyDelete
  9. banyk juga drama2 yg berkualiti n patut ditontoni....tq nohas.

    ReplyDelete
  10. sebenarnya kehidupan org elit dgn org biasa scara dasarnya sama jer . yg membezakan cuma kemampuan drp segi kewangan ... saya bkn penggemar drama melayu ... tak kisahlah klu org kata saya lupa diri ... heheheeeee

    ReplyDelete
  11. yela hanya taraf kehidupan yg membezakn tp etika pekerti tetap sama kot...drama tu cuma karya kreatif pandai2 penulisnyalh nk mengolahnya kan...tq Qaseh Wee...

    ReplyDelete
  12. salam kak..
    actually kadang2 imej yg ditonjolkan oleh pengarah mengenai kehidupan elit.. kadang.. terlebih2..
    walaupun sesetengah yg dihambarkan adalah bnar,, dan ditokok tambah..
    ..
    kbayakkan org melayu bersedaharna dlm khidupan.. tapi biasalh nak try market lebih..kadang pembikin filem sampai lupa realiti dek dibual fantasi.. suka arahan p ramlee..byak raliti walaupun dipaparkan dlm bentuk komedi tapi bayak pngajaran..

    saya ada msukkan blog akak dlm bloglist saya :)

    ReplyDelete
  13. kak pernah hadiri kursus penulisan PTS anjuran pemilik syarikat penerbitan itu, komennya sama spt apa yg sobri tulis...katanya saya ni jutawan tp xdelah cara hidup saya macam kat dlm drama tv tu...terima kasih masukan kak dlm bloglist sobri...tolong lajukan trafik blog kak yer tq sobri yaakob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaallah akak.blog saya pun suam-suam kuku je kak :) its true kak..kadang2 yg x kaya tu berlagak kaya..tapi yg kaya itu plak bserdahana :)

      p/s:klau bleh akak buang pasword utk komen :) ya

      Delete
    2. yeke...ada password ke...kak jumpa kat blog org lain tp xtau pulak blog kak ada password...xreti pulak nk hapuskannya.

      Delete
  14. owh.. igtkan luahan hati sendiri.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukn bidang kak tu...kak just copy n kita ramai2 boleh bincangkn tajuk rencana tu...nk komen di akhbar jarang dpt peluang n kadang mls nk ambil peluang....tq Pha is.

      Delete
  15. informasi yang sangat menarik dan mencerahkan untuk kita semua. terimakasih sudah berbagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. info2 biasa saja...tq Ririn sudi singgah blog kak.

      Delete
  16. saya jarang ikuti drama kat tv...bila dah start nk kena folo smpai habis...filem pun sama..org kata best kita tengok tak best pun...

    ReplyDelete
  17. betul sarah kalau dh mula menonton siri2 drama tv msti nk ikuti smpai tmt...filem kak jarang tonton. kdg komen2 yg kita baca di akhbar tntg filem2 trtentu hanya cara publisiti saja pbla ditonton tah apa2 citernya....tq Sarah Talib.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist