Sunday, 8 December 2013

EDIBLE GARDEN...TIPS BERJIMAT CERMAT


H

ASSALAMUALAIKUM,

BAYANGKAN DI SEKELILING RUMAH KITA DIPENUHI TANAMAN KONTAN SAYUR-AN, BUNGA-BUNGAAN ATAU TANAMAN KEKAL POKOK BUAH-BUAHAN, TENTU INDAH DAN NYAMAN SUASANANYA. UDARA YANG BEREDAR DI SEKELILING KITA DAN KITA SEDUT BERSIH, SEGAR, TIADA PENCEMARAN JADI TUBUH KITA PUN SIHAT WALAFIAT.

HENDAK MAKAN BUAH-BUAHAN DI PETIK SAJA DARI POKOK DAN TERUS KE MULUT...
EMM...MANISNYA RAMBUTAN GADING, RAMBUTAN MERAH, PULASAN DLL

.
JIKALAU HENDAK MENYAYUR PULA KUTIP SAJA SAYUR-MAYUR YANG DI TANAM DI TEPI RUMAH. MACAM-MACAM ADA.

pic google dan timeline...

MEMPELAM MUDA PUN SEDAP DIBUAT KERABU JUADAH TAMBAHAN HIDANGAN MAKAN ATAU BUAT MENYICAH PADA YANG GEMAR.



 NAK MAKAN NASI KENA TANAM PADI DULU. SETELAH PADI MASAK BOLEHLAH DITUAI, DKERINGKAN DAN DIKILANG. SENTIASA DAPAT MAKAN BERAS BARU YANG HARUM.

KALAU ADA SAWAH BENDANG MEMANG TIDAK SUSAH UNTUK DAPATKAN BEKALAN SUMBER PROTIN IKAN. HARUAN, KELI, PUYU, SEPAT BANYAK BERENANG-RENANG DI DALAM PETAK. HENDAK DAPATKANNYA KENA RAJIN MEMANCING ATAU MENJALA.


JIKALAU KAMPUNG BERDEKATAN LAUT, BOLEH PULA TURUN KE LAUT MENANGKAP IKAN UNTUK DIJUAL ATAU KEGUNAAN KELUARGA.
LAKUKAN APA SAJA KEGIATAN EKONOMI UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN KELUARGA DALAM KEADAAN KINI DIMANA HARGA BARANGAN KEPERLUAN MENINGKAT SETIAP MASA AGAR KEHIDUPAN KITA STABIL BAHAGIA DAN SELESA LESTARI.

TERATAI ATAU TELIPOK YANG TUMBUH DI TALI AIR JUGA SEDAP DISAYUR.

BEGITU JUGA DENGAN PAKU RAWAN SAMAADA DI BUAT KERABU ATAU ULAM MEMANG SEDAP. DI DALAM KOLAM ATAU PAYA YANG DITUMBUHI PAKU RAWAN, TELIPOK, TERATAI BOLEH PULA DITERNAK IKAN TALAPIA.  PI PERNAH CUBA MEMBELA IKAN TALAPIA MERAH DAN HITAM DI KOLAM BELAKANG RUMAH TAPI BELUM SEMPAT BESAR IKAN-IKAN SEMUA DIHANYUT BANJIR ENTAH KEMANA.
TIPS BERJIMAT CERMAT YANG PI TULIS HANYA SESUAI DIAPLIKASI MASYARAKAT KAMPUNG SAHAJA DAN PI TIDAK TAHU PULA UNTUK BERFIKIR BAGAIMANA CARA BERJIMAT CERMAT PERLU DIAMBIL MASYARAKAT BANDAR YANG JUGA TERHIMPIT DENGAN MASALAH KOS KENAIKAN SARA HIDUP.

20 comments:

  1. sadaappp :) hihi

    ditunggu follow back nya :) salam blogwalking..

    ReplyDelete
  2. tq Dwi Alfina...kak sudah buat kunjungan balas...

    ReplyDelete
  3. Aih, aiiiiihhh seru sekali kalau punya rumah pekarangannya luas...
    Indah nian nih postingannya :)

    IJin follow :)

    ReplyDelete
  4. tq Etika Maria..ya kalau laman luas boleh ditanam apa saja...tksh sudi singgah blog kak.

    ReplyDelete
  5. kini aiza dan mak tinggal di rumah teres.. ruang sekangkang kera di bahagian belakang dan depan rumah digunakan sepenuhnya oleh mak aiza untuk bercucuk tanam ulam dan beberapa jenis sayur.. alhamdulillah memang menjimatkan kerana tidak perlu membeli sayur..

    ReplyDelete
  6. ye aiza, rumah teres kat bandar ada juga sedikit tanah yg boleh dibuat bercucuk tanam sayur2 r herba mskan spt pndan, serai kunyit dll so menafaatkan sebaiknya....tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. setakat bercucuk tanam untuk makan sendiri saja.. :D

      Delete
    2. kalau semua ada tepi dapur bila nk masak petik saja xyah nk dibeli...

      Delete
  7. Bestnya lepak bawah pohon mangga melihat saujana mata memandang sawah padi nan kehijauan. Yang penting rajin kalau banyak tanah keliling rumah pun kalau tak rajin menanam takdenya semua edible garden ni kak. Walau hanya sekangkang kera tanah di tepi rumah namun dek kerana rajin menanam penuh tumbuhan sayuran bagai. Malahan kalau kreatif botol terbuang pun boleh jadi tempat semaian.

    Memang seronok kalau duduk kat kampung, terasa nyaman udara sekeliling yang masih suci kurang karbon dioksida. Apa lagi dengan pohon buah-buahan mengelilingi rumah. Syioknya

    ReplyDelete
  8. yelah notie kalau rajin n kreatif apapun yg diusahakan menjadi...org kampung ada kemudahan tanah yg luas tp kelihatannya banyak yg terbiar...merugikan sungguh. jikalau semua yg ditanam berhasil tak termakan n boleh buat kebajikan kpd jiran2 yg memerlukan. hidup di kampung ni ketenangan, keharmoniannya memanglah berbeza....tq notie.

    ReplyDelete
  9. bestnya kalau suasana mcm ni...semua ada. saya ni tinggal kat kampung..yang ada sekeliling rumah skrg ni...buah rambutan gading dan durian.

    ReplyDelete
  10. salam sis..
    konsep edible garden memng mak saya amlakan..
    tambah2 dukf elda..memng dri dlu tok najib war2kan suruh
    wat edible garden kat umah..utk kurangkan kos sara hidup :)
    part sawah tu memng best kalau rajin mcm2 ikan leh dpat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duk felda mmg kena ada edible garden...kak pun org felda kat Phg tapi selalu terkenang kampung asal kat kedah, kalau menulis mesti terimbau kenangan di sana tq Sobri Yaacob.

      Delete
  11. oklah tu nyaman suasananya...tinggal di dusun buah2an...tq Sarah Talib.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum kak..salm kenal dan sya folo blog akk..sya mmg bercita2 nk ada edible garden ni..sgt suka berkebun ..dan tanam bunga..mmg sgt nyaman klu tnggal kat kawasan hijau mcm ni ^_^

    ReplyDelete
  13. wsalam...slmt brkenalan...edible garden ni tanaman keperluan rumah tepi dapur jer...tq adrianna syaz sudi follow blog kak...

    ReplyDelete
  14. alangkah bestnya kalau dapat mcm ni..semuanya organic, boleh petik saja kat belakang, kat tepi rumah...

    ReplyDelete
  15. organik n kualiti tinggi maklum tiada pencemaran kimia kan.....tq nohas

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist