Wednesday, 25 December 2013

BANYAKNYA IKAN...

ASSALAMUALAIKUM...

PI MEMANG SELALU OBSES DENGAN CERITA IKAN, TAMBAH KALAU MELIHAT SEJUMLAH IKAN YANG TERLALU BANYAK MENDAMPAR DIRI KE PANTAI. KATA SEORANG YANG BERPENGALAMAN DENGAN FENOMENA BEGINI DAN TINGGAL DI TEPI LAUT TANDANYA IKAN-IKAN TU NAK BUNUH DIRI.
PI PERNAH JUGA MELIHAT IKAN YANG BANYAK TERDAMPAR DI SEPANJANG PANTAI SUATU KETIKA DULU DI KAMPUNG PI...TAPI YANG ANEHNYA BUKAN IKAN LAUT. HATI TERTANYA-TANYA JUGA DARIPADA MANA DATANGNYA IKAN KELI YANG BEGITU BANYAK. MUNGKIN MUARA SUNGAI YANG MENGHANYUTKAN IKAN-IKAN INI SETELAH PERTEMBUNGAN AIR SUNGAI YANG TAWAR BERTEMU AIR MASIN MENYEBABKANNYA MATI.
ORANG-ORANG KAMPUNG DULU TIDAK KISAHPUN UNTUK MEMENAFAATKAN IKAN YANG BANYAK ITU SAMAADA HENDAK MENGERINGKANNYA DAN JADIKANNYA IKAN MASIN ATAU DIBUAT PEKASAM. DIBIARKAN SAJA IKAN-IKAN ITU HILANG DISAPU OMBAK KEMUDIANNYA.
MUDAH2AN PENDUDUK TAMBISAN LAHAD DATU INI BERSYUKUR DENGAN REZEKI ALLAH YANG MENGIRIMKAN IKAN TAMBAN YANG BANYAK KE PANTAI KAMPUNG MEREKA. BERDOA YANG BAIK-BAIK SAJA. JANGAN SESEKALI BERKATA ITU PETANDA TSUNAMI...KERANA SETIAP KATA ADALAH DOA...
SEDAPNYA DAPAT MAKAN IKAN TAMBAN SEGAR DARI LAUT YA...KALAU BUAT KUAH LAKSA...UISH TERANGKAT...TAPI BANYAK SANGAT TU ELOK DIKERINGKAN SAJA. IKAN TAMBAN KERING MEMANG SEDAP DIMAKAN DENGAN PULUT....

petanda “tsunami” ?
ikan naik darat sabah kejadian ikan naik ke darat di kpg tambisan darat lahad datu
KEJADIAN IKAN NAIK KE DARAT DI KPG TAMBISAN DARAT LAHAD DATU
Kebarangkalian musim “ikan tamban” yang banyak di pesisir pantai dekat Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah, merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ribuan spesis ikan berkenaan “naik” dan terdampar di darat
Bagaimana pun fenomena yang dikatakan jarang itu berlaku itu telah mengemparkan penduduk sekitar
Malah ada yang meramalkan kejadian berkenaan membawa petanda tertentu, itu kata orang kampung
Kejadian itu dikesan berlaku pada pagi Selasa tadi turut membuat penduduk mengambil kesempatan mengaut “rezeki” ribuan ikan tamban yang terdampar di pesisir pantai kampung terbabit
Mengulas lanjut tentang fenomena itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan perkara tersebut yang dikatakan berkait rapat sebelum dengan kejadian “Tsunami” beberapa tahun lalu yang melanda Aceh, Indonesia
ikan naik darat sabah 1 kejadian ikan naik ke darat di kpg tambisan darat lahad datu
Sementara itu, menurut ketua Kampung di Tanjung Labian, kejadian tersebut tidak dianggap “pelik” berikutan spesis ikan berkenaan memang banyak di bulan ini dan tidak mustahil ikan tamban itu akan melompat-lompat naik ke pesisir pantai
Dalam pada itu, cuaca di Lahad Datu adalah baik buat masa sekarang dan merujuk kepada Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami
Bagaimana pun, pihak Jabatan Meteorologi akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini
Video ikan tamban naik ke darat di Kg Tambisan Lahad Datu, Sabah 24 Disember 2013


My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/kejadian-ikan-naik-ke-darat-di-kpg-tambisan-darat-lahad-datu#ixzz2oSolX6KF

40 comments:

  1. semalam dah keluar dah amaran dari jabatan meteorologi, kata ada ribut nk datang..
    wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  2. yeke...mudah2an xberlaku musibah yg xdiingini....tq Pha is.

    ReplyDelete
  3. rejeki ini sob.. byk ikannya..

    tinggal dicari di mbah google menu2 ap sj yg cocok...heheheh

    semoga tidak ada hal2 yg tdk kita inginkan trjadi.amin

    ReplyDelete
  4. betul tu rezeki yg sgt banyak n kita doakan itu bukan petanda musibah yg xdiingini...tq aldino sya

    ReplyDelete
  5. rezeki ini dan peringatan ALLAH juga

    ReplyDelete
  6. in sya ALLAH..mutakhir ini banyak keanehan alam yg berlaku seolah peringatan kpd hamba2-Nya.

    ReplyDelete
  7. yelah tu...tq Kang Zeer El-Watsi...sudi singgah blog kak.

    ReplyDelete
  8. pelik jg kejadian ni..tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  9. Allah Maha Kuasa...Kunfayakun....tq nohas.

    ReplyDelete
  10. setiap kejadian itu ada hikmah dan pengajaran .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Allah yg mahatahu setiap rahsianya...tq Qaseh wee.

      Delete
  11. hmm.. rezeki jgk la pada orng sekliling. cuma diharapkan jangan ada bencana yg melanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya rezeki yg Allah beri mengikut kehendak-Nya n biasanya berserta dgn ujian yg xkita ketahui...tq Liza Licha.

      Delete
  12. Wa'alaikumsalam

    Duh banyaknya ikan tuh, jadi nak ikutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam.. x sempat dah nak ikut mengaut ikan itu...kabarnya sehari saja ikan2 berloncatan ke pantai...hari ni ikan2 tu dh kembali ke laut....tq Cahyo Kusumo sudi singgah blog PI.

      Delete
  13. semoga takdak apa yg berlaku...tapi kena beringat jugak ni..

    ReplyDelete
  14. yalah kita doakan yg baik2 saja....la ni mcm2 keanehan alam berlaku seolah sdg memberi kita peringatan2 yg dicatat di dalam alquran.....tq Sarah Talib.

    ReplyDelete
  15. Walau apa pun juga semua ini adalah atas kehendak Allah. Kalau Allah nak bagi tak ada siapa yg mampu menidakkannya. Sama ada Tsunami atau apa pun ia juga atas kehendak Allah juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...setuju sangat....tq Kakzakie...

      Delete
  16. waaah ada yang lagi panen ikan nih :D

    ReplyDelete
  17. ya...panen ikan tu apa dwi alfina...kena google juga nk tahu makna...tq Dwi Alfina..

    ReplyDelete
  18. hanya Allah saja yang tahu kebenarannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kita takjub menyaksikan kekuasaan Allah swt....tq Mizz Aiza...

      Delete
  19. subhanallah, sungguh banyak ikan tersebut, fenomena apa ini? Sungguh Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  20. fenomena alam akhir zaman kot...hanya Allah yg maha mengetahui...tq Abdul Kholiq Hasan

    ReplyDelete
  21. mensyukuri nikmat sekecil apapun akan mengundang nikmat yang besar.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sekali semua nikmat Allah mesti disyukuri..tq Nedi Arwandi.

      Delete
  22. Salam kenal dan semoga terjalin ukhuwah bil khoiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga terima kasih sudi singgah blog PI.

      Delete
  23. Apa pun kita berwaspada je la kan kak...
    dan juga berdoa semuga tiada sebarang bencana yang bakal berlaku...
    Di waktu begini... cuba elakkan bercuti di kawasan pantai dan juga sungai... pegi zoo negara je la.. hehehe...

    ReplyDelete
  24. kecik2 dulu selalu makan ikan kering tamban
    kelar rapat2 supaya makan nanti x tercekik tulang
    kalau buat singgang,,isinya manis
    tp selalu mak x bagi makan takut tercekik tulang
    ye betul kata kak. doa yg baik2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan tamban kena dikelar rapat2 baru digoreng, rasanyammg sedap...apalagi yg baru naik dari laut...ikan ni juga sedap direbus buat kuah laksa irfa...Allah mahatahu apa yg terdetik dlm hati hamba2-Nya...in sya ALLAH kita dilindungi-Nya drpd marabahaya.

      Delete
  25. yelah idah kita kena berwaspada sentiasa...berusaha menghindari masalah yg x diingini...tq acik idah.

    ReplyDelete
  26. ms dpt berita ni, agk terkejut jg..trs tingat..petanda tsunami ke ni?

    ReplyDelete
  27. dulu ikan2 besar yg naik ke pantai n berlaku tsunami yg dhsyat...kita pun mulai curiga ya...in sya Allah moga dijauhi Allah apa yg kita sangka...tq Khairin Annies.

    ReplyDelete
  28. yawalaupun disahkan..itu situasi biasa ikan apa tah naik ke darat..sebab musim dia.. tapi x salah kita nak beringat.. berjaga2 sebelum terkena :)
    tkejut jgak tgok video tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insiden tsunami sgt menakutkan justru mmg kita perlu beringat....tq Sobri Yaakob.

      Delete
  29. seronok kalau ade org postkan ke sini.. lady suke ikan..

    ReplyDelete
  30. nampak yg pergi menangkap ikan2 tu cuma bawa pelastik kecil, tentu xsebanyak mana dapatnya....nk kirim ko mu mmg xdpt lady...kena cari ikan kat pasar juga...tq LadyBird.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist