Tuesday 21 January 2014

ORKID-ORKID KESAYANGAN...

ASSALAMUALAIKUM....




Tika bersekolah di SMART dulu pada pertengahan 70-an asrama yang kuhuni berjiran dengan Kuantan Garden sebuah kawasan perumahan. Kebanyakan rumah-rumah di situ  memiliki orkid-orkid cantik yang bergantungan di beranda. Indah sekali. Terpesona memandangnya. Hatipun mulai berkira-kira untuk menanam orkid-orkid cantik itu suatu ketika kelak.

Hajatku terlaksana juga. Kini beranda rumahku dikelilingi orkid-orkid cantik yang meriah berbunga. Kata orang susah juga nak menggalakan orkid berbunga selalu. Entahlah. Bagiku mudah saja. Setiap dua minggu aku akan menyiramkan orkid2ku dengan air tahi kambing yang sudah siap diproses menjadi baja. Menyiramnya 2 atau tiga hari sekali untuk menyegarkannya.

Orkid-orkidku ini sangat manja. Tidak boleh berpanas langsung. Mesti mahu diletakan ditempat redup dan menerima sinaran mentari yang sedikit saja.

Tika malamnya tidak boleh disinari cahaya lampu eletrik kerana akan mengundang serangga mengerumuni


dan membaham bunganya. Tambah-tambah orkid yang harum bunganya. Gemar sekali serangga-serangga ini menggerogotinya. Kan sayang?

22 comments:

  1. assalamualaikum wahh cantiknya pokok orkid... sekolah SMART tu di mana kak ?

    ReplyDelete
  2. wsalam...SMART tu sek. men. Abd Rahman Talib acik, sebuah sekolah yg terkenal di Kuantan...tq acik Aku Penghibur.

    ReplyDelete
  3. wah tentang bunga orkid, meskipun saya tidak terlalu paham dengan bunga tapi setidaknya saya mengerti bunga yang orkid ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat orkid juga ni ya...tq Abdul Kholiq Hasan.

      Delete
  4. tahun 70an di sek men .?ermmmm

    jiran sy sekarang ni masing tgh giler tanam orkid kecuali sy..sy suka tgk je..hehe

    ReplyDelete
  5. kenapa wirda...kan dh lama masa tu...se lama orgnya heh...heh..
    orkid ni cantik bunganya ramai yg berminat menanamnya...tq Wirda Amir.

    ReplyDelete
  6. mmg cantik, serius jeles tgk !

    ReplyDelete
  7. jgn jeles aaa...tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  8. salam, wah cantiknya orkid, geram tengok :)

    ReplyDelete
  9. wsalam orkid2 yg tergantung kat beranda rumah mcik tu...tq babYpose.

    ReplyDelete
  10. Kakak rasa kena tengok tangan juga agaknya. Kakak sikit punya membelai orkid kakak ni tapi bunga punyalah payah nak keluar.. Daun aje yg rancak. Kakak guna baja orkid 65 kalau tak salah nursery yg suggest still tak ada sign nak berbunga... kalau ada pun sesekali aje huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orkid2 kat rumah kak guna baja tahi kambing yg dh diproses n rendam seminggu kemudian siram dua minggu sekali...nmpak rajin orkid2 tu berbunga...tq Kakzakie.

      Delete
  11. Banyaknya koleksi orkid kak paridah... Cantik2 pulak tu...
    Hujung minggu lepas idah ke Pagoh... cantik2 juga koleksi orkid makcik tu... bunganya besar2... bentuk dan warna nya pun cantik2... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak juga suka orkid yg berbunga besar lebih menyerlah cantiknya kala berbunga...tq ACIK IDAH.

      Delete
  12. Assalammualaikum kak paridah..sya folo blog akk :)

    ReplyDelete
  13. wsalam..terima kasih Gundi Pulut...rasanya kak dh follow jg blog adik..

    ReplyDelete
  14. cantiknya bunga orkid tu kak.. ada rahsia guna air siraman baja tahi kambing rupanya, terima kasih berkongsi rahsia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya aiza kak dapat rahsia tu drpd penanam orkid juga...cubalah kalau nak tahu hasilnya...tahi kambing yg xdproses pun boleh direndam n siramkan orkid setelah seminggu direndam...tq Mizz Aiza

      Delete
  15. Wah!...cantik nye orkid2 kak.
    Kalau macam ni blh buat pertandingan orkid antara bloggers!

    ReplyDelete
  16. wah bagus idea liza tu n kak tahu liza juga penggemar orkid n bunga2....tq Haliza Ghazali.

    ReplyDelete
  17. Ke 5 akak-akak saya peminat bunga orkid. Adik dia je ni tak reti nak menanam tapi masih suka memandang bunga orkid. hehehe

    ReplyDelete
  18. yeke notie...mesti cantik2 koleksi orkid2 kakak2 notie...nanti upload pic ke blog notie ya mesti ramai yg nk singgah tengok....tq notie.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist