Saturday, 21 May 2022

AKU BANGKIT 2

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

RODA KEHIDUPANKU
AKU BANGKIT 2, antologi terbaru terbitan Writer Writes UniKH diterajui sasterawanis mapan Puan Sri Diah Shaharudin. Seramai 25 penulis tanah air menyertainya dengan karya bertemakan pengalaman masing-masing menjalani keperitan cabaran kehidupan dan usaha yang dilakukan sedaya upaya mengatasinya. Semua kisah digarap dengan penuh penghayatan dan menyentuh jiwa kerana didasarkan daripada pengalaman sebenarnya.
PI menulis secebis kenangan dengan judul RODA KEHIDUPANKU. Antologi ini akan diadakan majlis pelancarannya di reruai UniKH tidak lama lagi di PABKL Naskhah ini amat menarik isi kandungannya justeru perkongsian pengalaman sedikit sebanyak mungkin mampu menyuntik motivasi memangkin kegigihan menghadapi ujian Allah yang berbeza takdir-Nya. Beriman tawaduk bahawa setiap sesuatu yang berlaku ketentuan-Nya rahsia Allah yang berhikmah sebaliknya.
Tahniah cikgu Pak D / Rusdi Abdullah selaku admin grup AKU BANGKIT 2 dan semua penukil terlibat. Terima kasih banyak rector UniKH sudi memberi peluang PI turut menulis karya kecil dalam naskhah istimewa ini.
Sekiranya ingin memiliki naskhah comel mengisi karya penulis-penulis tabah ini, pesan sahaja kepada penulis yang tersenarai di sini. Atau pesan terus kepada penerbitnya Puan Sri Diah Shaharudin @ UniKH. Harganya Cuma RM30 sahaja.





Tuesday, 17 May 2022

GURU

 ASSALAMUALAIKUM


SYAIR HARI GURU

 

Syair berlagu citranya guru,

lemah gemalai angin bersiru,

tertera fakta usah keliru,

insan mulia sifat ditiru.

.

Kerjaya guru sangat mencabar,

usaha tegar ilmu disebar,

lingkungan jauh berjalur lebar,

walaupun kadang hati berdebar.

.

Bagaikan dian suluh cahaya,

guru cerahkan lorong bahaya,

mendidik murid sepenuh daya,

berdoa moga beroleh jaya.

 

Tiada jemu menabur bakti,

meski cabaran silih berganti,

cuba tangani berhati-hati,

sepantun guru sopan pekerti.

.

Guru ikuti arus semasa,

alaf baharu cakna tiasa,

demi majukan si anak bangsa,

makmur hidupnya damai selesa..


Bersungguh-sungguh guru mengajar,

jelaskan ilmu pada pelajar,

agar berdiri duduk sejajar,

bersiap diri sebelum fajar

 

Guru menegur apa yang salah,

niatnya ikhlas kerana Allah,

ingin leraikan akan masalah,

jauh sekali suka berbalah.

 

Guru terdidik agar mendidik,

menggenggam azam pelajar cerdik,

akalnya panjang tidaklah pendek,

santuni murid menghindar herdik.

.

Ilmu diajar dengan selamba,

bangku sekolah tempat menimba,

menggalas tugas seorang hamba

semoga murid berlumba-lumba.

 

Guru merasa amat gembira,

andai muridnya jauh ketara,

segenap segi jelas setara,

akhirat kendong dunia mara.

 

Budinya guru tak minta balas,

murni hatinya semata ikhlas,

sejernih air di dalam gelas,

rujukan murid di luar kelas.

 

Sekali guru selama guru,

bersyair sendu penuh terharu,

sanjung setinggi langit membiru,

lama berjasa kekal baharu.


PARIDAH ISHAK

DMS

16/5/022


Cikgu Mayasari n Damia


Monday, 16 May 2022

KUNANG-KUNANG

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI GURU

KUNANG-KUNANG


Cikgu Thani n cikgu Mansor


cikgu Bahari n cikgu Idris


cikgu Sarilah n sahabat-sahabat PI


Sama sekali tidak pernah kuduga dapat bertemu kembali dengan guru-guru yang dikenali lama dahulu di SMKM dalam majlis reunion. SMKM adalah sebuah sekolah menengah yang terdiri di bandar Maran dengan kemudahan asrama untuk penginapan pelajar pelajarnya yang tinggal di persekitarannya seperti Chenor, Luit, Paya Bungor dan kampung-kampung felda dari Sg.Tekam, Ulu Jempol, Jengka . lalu terimbau nostalgia tinggal di asrama di kaki bukit berhampiran hutan kecil.
Masa dahulu tiada kemudahan api letrik dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan pelita sebagai sumber cahaya menerangi kegelapan pada malam hari untuk belajar dan lain lain urusan. Walau ianya adalah masalah besar pada masakini tapi tidak pula ketika itu. Alah bisa tegal biasa kan. Mungkin kerana keadaan itu timbul idea redaksi majalah sekolah untuk memilih KUNANG-KUNANG sebagai judulnya. Simbolik kepada aspirasi guru-guru menginspirasi pelajar-pelajarnya seperti kunang-kunang yang mencerahi malam dengan kerlipan cahayanya yang indah menuju impian.
Aku juga bernasib baik terpilih menjadi redaksi majalah KUNANG-KUNANG 1973dibawah bimbingan cikgu Hamid, cikgu Sulaiman. Sebagai redaksi tugasku ialah mengumpul karya kawan-kawanku dan disampaikan kepada guru editor. Lucu mengenangkannya kerana karya kawan-kawanku itu aku yang tulis tapi diterbitkan atas nama mereka. Sedangkan karyaku satupun tidak disiar. Tapi cikgu Hamid menulis esei disiar atas namaku heh heh!
Tika aku mula belajar di sini dan tinggal di asrama pada tahun 72, sumber api untuk cahaya di malam hari diperolehi daripada generator yang dihidupkan setiap petang. Tidak payah lagi gunakan pelita.
Hubungan antara guru guru dan murid terjalin erat mentelah dengan murid yang tinggal di asrama walau ada antara guru guru itu bukan guru yang mengajar di kelas.
Semoga semua guru-guru yang hadir atau tidak dalam kehidupanku dilindungi Allah sihat sejahtera menjalani kehidupan sambil berbakti mendidik anak bangsa, berbahagia tiasa dunia dan akhirat....halalkan dan reda budi murni ilmu yang dicurah kepadaku salama ini ...mohon maaf atas kesilapan yang sengaja dan tidak sengaja....biasala zaman naif asyik buat silap je heh..heh..dah tua merga barulah insaf.
SELAMAT HARI GURU SIFU TA, Cikgu Noorlaila, Ghafar, cikgu Nazim Mohd Subari, cikgu Ahmad Noh, cikgu Fadziah Fauziah Md Zakaria, Ustazah Ana Cik KamalBonda Zalina Amat Rosman, ustaz Mas Onn, ustaz Pak NgahDelima Merah dan semua sahabat berprofesi guru.

Friday, 13 May 2022

KALUT

 

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA




Ahad lalu anak-anak membawa PI ke pejabat TH Kuala Kubu Baru kononnya nak menyelesaikan urusan penerimaan tawaran menunaikan ibadah haji 1443. Punyalah kalut sampai urusannya tidak menurut senarainya. Suntikan meninggicocol diambil dahulu sedangkan pemeriksaan kesihatan belum dibuat. Kebetulan doctor panel TH di situ/Bukit Beruntung belum bertugas lagi. Terpaksa berpatah semula ke klinik ASSALAM KKB. Lama juga menunggu depan klinik tapi doktornya tak kunjung tiba. Rupanya langsung tak sedar doctor sudah pun ada dalam kliniknya setelah anak menjengah dan bertanya misi di situ.

Doctor periksa sangat teliti. Maklum PI OKU dan doctor bimbang tak boleh kendiri dan menyusahkan PI juga di sana. Kemudian lembut hatinya cuba nak luluskan ujian medical checkup setelah anak beritahu PI seorang penulis dan sendirian menguruskan diri di rumah kala anak keluar bekerja tapi membatalkan niatnya kerana hp PI tika diperiksa teramat tinggi. Kata doctor tangguh dulu tahun depan.  Lagipun pemilihan jemaah haji pada tahun ini agak  ketat dan kelihatan sangat rushing.

 

Kecewa sudah! Tapi suntikan kokol dah ambil heh heh.. passport tak buat lagi. Tolong anak-anak adik-adik blogger doakan hasrat PI menunaikan haji tahun ini Allah permudahkan. Segala yg berlaku semuanya atas kehendak-Nya jua.

Wednesday, 11 May 2022

HALANGAN

 ASSALAMUALAIKUM





HALANGAN

 

Atur

langkah mula

hmlangan menggalang

melepasi kesukaran

payah

.

Asa

waja degil

mahu jua bawa

diri kerdil lemah daya

rela

.

Aral

cuba sisih

buang jauh-jauh

semoga harapan makbul

cita

.

Letih

lilau rata

sana sini situ

sedangkan masa urusan

terhad


PARIDAH ISHAK

DMS

11/05/022


Sunday, 8 May 2022

UNTAIAN DOA

 ASSALAMUALAIKUM

UNTAIAN DOA




Ya

Allah!

Ya Tuhanku

Mohon daku reda-Mu

Mohon Ampuni segala dosaku, ibu bapaku

Adik-adiku, guru-guruku, saudara-maraku

Kawan-kawanku, jiran-jiranku

para muslimin muslimat

mohon lindungilah daripada

gangguan mara bahaya

mala petaka penyakit menggerunkan

gila, sopak, kusta segala penyakit merbahaya

sesungguhnya hanya Engkau Maha Penyembuh

semua penyakit yang berada di langit dan di bumi

hanya kepada-MU hamba memohon perlindungan

berkati dan rahmati kami hamba-hamba Mu

dengan rezeki melimpah Ya Wahab! Ya Razak!

Ya Mughni! Ya Ghani! Ya Fatah! Ya Haiyyum!

Ya Qayyum! Ya Zalljalalikram!

Alhamdulillahirobil alamin


PARIDAH ISHAK

DMS

8/5/022

Aamiin Ya Rabbal alamin!   


Friday, 6 May 2022

SUATU PAGI DI HARI RAYA

 ASSALAMUALAIKUM


TERKEJUT DENGAR PENGUMUMAN ESOK RAYA.... ANAK-ANAK KELAM KABUT BELUM MEMBUAT PERSIAPAN SEPATUTNYA...TERPAKSA KELUAR KE BANDAR MENCARI AYAM DAN SEBAGAINYA...KEESOKAN SAMBUT AIDILFITRI SEADANYA TAPI MERIAH JUGA...ALHAMDULILLAH!

SALAM AIDILFITRI SEMUA SAHABAT BLOGGER YANG DIHORMATI LAGI DIKASEHI DAN SEMUA VIEWERS...MOHON MAAF ZAHIR BATIN...


SIMPAN DI SINI PIC KENANGAN SUATU PAGI DI HARI RAYA 1443



















Thursday, 5 May 2022

KETUPAT RAYA

 ASSALAMUALAIKUM


 

                                                       PIC GOOGLE IMAGES(C)

                                              


 

KETUPAT RAYA

 

Di Gubir  lama menggalang gawal,

belut bercampur berselut tumpat;

takbir bergema menjelang Syawal,

kalut di dapur balut ketupat.

.

Belut bercampur berselut tumpat,

terhantuk sigai barisan palma;

kalut di dapur balut ketupat,

bentuk pelbagai warisan lama.

.

Terhantuk sigai barisan palma,

terdapat gambus sebelah resak;

bentuk pelbagai warisan lama,

cepat direbus sudahlah masak.

.

Terdapat  gambus sebelah resak,

sauk di tangan dia di lata;

cepat direbus sudahlah masak,

lauk gandingan sedia cita..


MyBloglist