Friday, 13 May 2022

KALUT

 

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA




Ahad lalu anak-anak membawa PI ke pejabat TH Kuala Kubu Baru kononnya nak menyelesaikan urusan penerimaan tawaran menunaikan ibadah haji 1443. Punyalah kalut sampai urusannya tidak menurut senarainya. Suntikan meninggicocol diambil dahulu sedangkan pemeriksaan kesihatan belum dibuat. Kebetulan doctor panel TH di situ/Bukit Beruntung belum bertugas lagi. Terpaksa berpatah semula ke klinik ASSALAM KKB. Lama juga menunggu depan klinik tapi doktornya tak kunjung tiba. Rupanya langsung tak sedar doctor sudah pun ada dalam kliniknya setelah anak menjengah dan bertanya misi di situ.

Doctor periksa sangat teliti. Maklum PI OKU dan doctor bimbang tak boleh kendiri dan menyusahkan PI juga di sana. Kemudian lembut hatinya cuba nak luluskan ujian medical checkup setelah anak beritahu PI seorang penulis dan sendirian menguruskan diri di rumah kala anak keluar bekerja tapi membatalkan niatnya kerana hp PI tika diperiksa teramat tinggi. Kata doctor tangguh dulu tahun depan.  Lagipun pemilihan jemaah haji pada tahun ini agak  ketat dan kelihatan sangat rushing.

 

Kecewa sudah! Tapi suntikan kokol dah ambil heh heh.. passport tak buat lagi. Tolong anak-anak adik-adik blogger doakan hasrat PI menunaikan haji tahun ini Allah permudahkan. Segala yg berlaku semuanya atas kehendak-Nya jua.

12 comments:

  1. Didoakan semoga Allah mabulkan hasrat Kak PI nak pi tunai haji tahun ni..

    jaga kesihatan kak, jgn kalut2, nanti bp naik...

    ReplyDelete
  2. semoga hajat kak PI untuk menjadi tetamu Allah akan dipermudahkan. Aamiin....

    ReplyDelete
  3. Mudah2an hasrat murni PI untuk ke tanah suci dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Semoga kak PI sihat, dipermudahkn urusan dan tercapai hasrat nak tunaikan haji. Amin.. Amin.. YRA

    ReplyDelete
  5. Kalau sudah rezeki...in shaa Allah Kak Pi pasti juga akan berjaya menlaksanakan ibadah haji...aamiin Ya Rabb

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIIN YRBA TKSH AMIIN TN HANAFI INSYA ALLAH

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist