Thursday 5 May 2022

KETUPAT RAYA

 ASSALAMUALAIKUM


 

                                                       PIC GOOGLE IMAGES(C)

                                              


 

KETUPAT RAYA

 

Di Gubir  lama menggalang gawal,

belut bercampur berselut tumpat;

takbir bergema menjelang Syawal,

kalut di dapur balut ketupat.

.

Belut bercampur berselut tumpat,

terhantuk sigai barisan palma;

kalut di dapur balut ketupat,

bentuk pelbagai warisan lama.

.

Terhantuk sigai barisan palma,

terdapat gambus sebelah resak;

bentuk pelbagai warisan lama,

cepat direbus sudahlah masak.

.

Terdapat  gambus sebelah resak,

sauk di tangan dia di lata;

cepat direbus sudahlah masak,

lauk gandingan sedia cita..


4 comments:

  1. Tahun ni sempat rebus ketupat sahaja, lemang tak jadi buat..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Kak PI sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Kak Dah. Maaf zahir batin..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist