ASSALAMUALAIKUM
Imej ini secara simbolik
gambaran berdasarkan kisah Kaum 'Ad iaitu kaum Nabi Hud a.s yang dibinasakan akibat kesombongan mereka.
Firman Allah dalam al-Quran surah
al-Fajr ayat 6-8 tentang Iram Dzatul 'Imad (kota bertiang tinggi),
"Tidakkah engkau memperhatikan
bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap kaum 'Ad? (Iaitu penduduk) Iram yang
mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, yang belum pernah dibina seperti itu
di negeri-negeri lain."
Nabi Hud
a.s diutus Allah SWT kepada kaum 'Ad, yang hidup selepas kaum Nabi Nuh a.s. Mereka menetap di
kawasan al-Ahqaf, iaitu wilayah
berpasir di selatan Semenanjung Arab.
Kaum 'Ad dikurniakan tubuh besar dan
kuat, memiliki kemahiran membina bangunan tinggi. Allah SWT mengurniakan mereka
tanah yang subur dan kehidupan yang senang. Mereka semakin sombong, menyembah berhala dan menindas
golongan lemah. Berbangga dengan kekuatan dimiliki sehingga merasakan
tiada siapa mampu mengalahkan mereka.
Lalu Allah mengutus Nabi Hud a.s
daripada kalangan mereka. Baginda menyeru kaumnya agar meninggalkan penyembahan
berhala dan mentauhidkan Allah. Dan mengingatkan mereka supaya bersyukur atas
nikmat yang dikurniakan.
“ Wahai kaumku!
Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya.” Surah
Hud, ayat 50.
Kaum 'Ad menolak dakwah Nabi Hud. Mereka menuduh
baginda seorang yang bodoh, pendusta dan gila. Mereka berkata bahawa kekuatan
mereka tidak mungkin dapat dikalahkan oleh sesiapa.
Nabi Hud berdakwah bertahun-tahun.
Tapi kaum ‘Ad menolaknya. Allah SWT menimpakan kemarau yang panjang.
Baginda menyeru kaumnya bertaubat.
Nescaya Allah akan menurunkan hujan yang lebat, menambahkan kekuatan mereka
serta melimpahkan lagi keberkatan kehidupan mereka.
Namun mereka berdegil. Awan hitam berarak di langit dan mereka menyangka membawa
hujan yang dinantikan.
Sebenarnya membawa azab Allah. Angin kencang dan sejuk,
bertiup selama lapan hari tujuh malam
membinasakan kaum’Ad.
Nabi Hud a.s. bersama orang-orang
yang beriman diselamatkan oleh Allah daripada bencana tersebut.
Kisah Nabi Hud a.s. disebut dalam
beberapa surah al-Quran, antaranya surah
Hud, Surah al-A'raf, surah al-Ahqaf, surah asy-Syu'ara', surah al-Haqqah dan surah al-Qamar.

Kisah Nabi Hud a.s. & kaum 'Ad memang pengajaran besar tentang bahaya kesombongan. Pengakhiran yang sangat insaf. Pada pendapat anda, apakah iktibar utama yang paling menyentuh hati?
ReplyDeletetksh syaz ya kemajuan kuasa menjadi kaum itu sombong akhirnya Allah binasakan mrk
Deletekisah2 umat yg terdahulu patut dijadikan teladan n pengajaran kpd kita umat Rasulullah agar tidak melakukan perkara2 mungkar spt mrka...
ReplyDeletetksh cikgu umat dahulu jauh lebih maju dari kini kerana kesombongan xberiman Allah musnahkan mrk
Delete