ASSALAMUALAIKUM
ARAH LANGKAHAN
.
Borong kuini duku dan langsat,
sumandak mahu nona bertanya,
digesa patih, keluh menggetis;
di lorong ini aku tersesat,
tidak kutahu mana arahnya,
terasa letih peluh menitis.
.
Bertingkah guntur gegar kawasan,
meramu ikan tenggalan kering,
leka berdiang mengisi masa;
langkah kuatur tegar dugaan,
bertemu rakan jalan seiring,
berbeka riang berkongsi rasa.
.
Serdang dielak karau selada,
jala ketuka mengerling bujuk,
berulam jaha rasanya pahit;
kadang bergelak bergurau senda,
kala berduka saling memujuk,
di dalam graha ruangnya sempit.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”