ASSALAMUALAIKUM
DRAMA SASTERA
.
Ruang sastera kecil saja. Media maya pula menjadikannya terasa semakin sempit kerana segala maklumat mudah dicapai hanya dengan sentuhan jari. Membaca pelbagai perkhabaran di alam maya kadangkala menimbulkan rasa terkejut dan sukar dipercayai. Tersebar kisah seorang sasterawan ternama yang didakwa mengganggu seorang penulis muda melalui kiriman emoji dan ayat-ayat berbaur godaan. Penulis muda itu dikhabarkan telah membuat laporan polis berhubung gangguan yang dialaminya.
Belum pun reda cerita tersebut, timbul pula berita lain yang lebih menghairankan. Seorang penulis dikhabarkan telah meninggal dunia berdasarkan status yang dimuat naik di media sosial. Anehnya, tidak lama kemudian akaun Facebook yang sama masih aktif mempromosikan dan menjual buku-bukunya. Ramai yang tertanya-tanya, malah mempersoalkan kesahihan berita itu. Benarkah penulis tersebut telah tiada atau sekadar menjadi mangsa kekeliruan di alam maya?
Begitulah gelanggang sastera sarat dengan pelbagai cerita yang adakalanya sukar dijangka. Di sebalik keanehan dan keriuhannya, ada juga sisi yang mencuit hati, hingga tanpa sedar menghiburkan sunyiku. Aku sekadar tersenyum.
.
kalam penulis -
catatan awal Ogos
kejutan maya
SKRIP
DRAMA
Seorang
sahabat maya yang proaktif menulis skrip drama teater, radio bertanya padaku
peluang menulis karya itu untuk diterbitkan di mana-mana platform. Aku hanya
mengatakan akan cuba bertanya pada penerbit dan drama di radio klasik kerana
pernah juga skrip olahanku di siar di situ. Pabila kutanyakan perkara itu pada
yang berkenaan, jawapannya slot drama dan purbawara telah dihentikan kerana
bajetnya tiada. Sejak sekian lama penulis yang menambah sedikit pendapatan
dengan karya penulisan terputus hasilannya. Begitu gawat sekali masalah
kehidupan kini kurasakan justeru dahan tempat bergantung telah patah. Aku hanya
mampu mendoakan sahabatku tambah menjalani kehidupannya sebagai penulis OKU
kerana satu pintu rezeki tertutup ada lagi pintu rezeki Allah buka.
awan
kelabu –
penulis
skrip drama
daya usaha

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”