ASSALAMUALAIKUM
SYAIR HARI GURU
Syair berlagu citranya
guru,
lemah gemalai angin
bersiru,
tertera fakta usah
keliru,
insan mulia sifat
ditiru.
.
Kerjaya guru sangat
mencabar,
usaha tegar ilmu
disebar,
lingkungan jauh berjalur
lebar,
walaupun kadang hati
berdebar.
.
Bagaikan dian suluh
cahaya,
guru cerahkan lorong
bahaya,
mendidik murid sepenuh
daya,
berdoa moga beroleh
jaya.
Tiada jemu menabur bakti,
meski cabaran silih
berganti,
cuba tangani
berhati-hati,
sepantun guru sopan
pekerti.
.
Guru ikuti arus semasa,
alaf baharu cakna tiasa,
demi majukan si anak
bangsa,
makmur hidupnya damai
selesa..
Bersungguh-sungguh guru
mengajar,
jelaskan ilmu pada
pelajar,
agar berdiri duduk
sejajar,
bersiap diri sebelum
fajar
Guru menegur apa yang
salah,
niatnya ikhlas kerana
Allah,
ingin leraikan akan
masalah,
jauh sekali suka
berbalah.
Guru terdidik agar
mendidik,
menggenggam azam pelajar
cerdik,
akalnya panjang tidaklah
pendek,
santuni murid menghindar
herdik.
.
Ilmu diajar dengan
selamba,
bangku sekolah tempat
menimba,
menggalas tugas seorang
hamba
semoga murid
berlumba-lumba.
Guru merasa amat
gembira,
andai muridnya jauh
ketara,
segenap segi jelas
setara,
akhirat kendong dunia
mara.
Budinya guru tak minta balas,
murni hatinya semata
ikhlas,
sejernih air di dalam
gelas,
rujukan murid di luar
kelas.
Sekali guru selama guru,
bersyair sendu penuh
terharu,
sanjung setinggi langit
membiru,
lama berjasa kekal
baharu.
PARIDAH ISHAK
DMS
16/5/022
selamat hari guru buat semua pendidik tak kiralah di zaman mana. setiap era ada cabaran tersendiri
ReplyDeleteguru sangat berjasa membangun anak bangsa..
ReplyDeleteterima kasih kak dah atas ucapan yg diberikan tu...
ReplyDeleteCheq pernah jadi cikgu tuition sat dulu, kira aci jugak dak hihi 🤭😆
ReplyDelete