ASSALAMUALAIKUM
.
Meniti hari menjelang akhir,
sibuk bersungguh terlupa zikir.
.
Masa berlalu terlalu cepat,
mengejar mahu terlompat-lompat.
.
Impian diri semua ada,
berhajat lagi akan berganda.
.
Sangka takdirnya belum tersurat,
derita jiwa makin melarat.
.
Aral menduga jatuh di tangga,
sakit terasa jiwa dan raga.
.
Kala tersungkur tetap tertawa,
menyisih malu bersambil lewa.
.
Hari akhirnya kian mendekat,
maut menjelma tak mampu sekat.
.
Telah berakhir kisah hayatnya,
dikenang hanya tingkah buruknya.
PELARIAN
.
Berlari-lari sekuat hati
jauhkan diri langkah perhati
kendati masih tunggu di situ
nasib mudarat sudahlah tentu
.
Apa yang mampu semua bawa
demi teruskan hidup bernyawa
.
menumpang kapal menukar arah
tinggal segala jadi sejarah
.
Pertaruh harap setinggi mercu
meriah rona semerah gincu
.
bungkusan lusuh buang ke laut
menguak renang erat dipaut
.
Di hujung tanjung sampailah jua
ingin dihuni sehingga tua
.
sudahlah jemu berlari-lari
mula mencorak rentak menari
MUSIM POLEMIK
.
Sudahlah tiba musim polemik,
panjanglah
muncung bibir mencemik.
.
Kenapa awak buat begitu?
tidaklah
dapat hendak membantu.
.
Meluah rasa melimpah ruah,
terasa sinis
seluas sawah.
.
Perhati isu di sini sana,
tempiasnya
juga tetap kena.
.
Apa pula kisah esok hari,
tergaru-garu
pening menari.
.
Konon kan tiba waktu mengundi,
masihlah
juga tak jadi-jadi.
.
Banyaklah sudut gula
ditabur,
langkah
salah tumpah berterabur.
.
Segala tanda fahamlah sudah,
memilih
calon keliru gundah.
.
Pilih yang itu ada proksinya,
pilih yang
ini tertanya-tanya.

Mencungkil ikatan rasa dan keinsafan melalui nukilan puisi indah tentang hari akhir. Pengajaran puitis yang sangat bermakna.
ReplyDeletetksh syaz ya sdg semua menuju hari akhir
DeleteSalah memilih pemimpin, akibatnya akan fatal ke seluruh negara. Puisi bgs utk JD reminder Orang2
ReplyDeletetksh fanny ya pilih pemimpin yg pimpin kita sebaiknya dunia akhirat
Deletehari terakhir berganti dengan hari permulaan. namun tiada berakhir perjuangan bagi yang mengimpikan kemerdekaan sebenar dan merdeka jiwa rasa serta kemajuan anak bangsa dan negara
ReplyDeletetksh ummi aish ya pengakhiran pada permulaan fasa kekal
Delete