ASSAL.AMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
FALSAFAH AIR
.
Pair terhenyak meronda
malam,
lugai siakap lada
diramu,
berlegar-legar lesung
carinya;
air beriak tanda tak
dalam,
bagai bercakap tiada
ilmu,
berdegar-degar kosong
isinya.
.
Meletak pancang lada diretus,
tergedik-gedik galau
beranduh,
jeda di pangkin rakan
gelisah;
air dicencang tiada
putus,
adik beradik walau
bergaduh,
tiada mungkin akan
berpisah.
.
Mujair legam waspada
hiris,
terhenti-henti jila
sahaja,
di para ara suar
dikuit;
air digenggam tiada
tiris,
berhati-hati kala
belanja,
berkira-kira keluar
duit.
.
Khair meranum markisa
cari,
sambil tanamkan
benihnya rokam,
redih bercermat gara
berulang;
air diminum terasa
duri,
nasi dimakan terasa
sekam,
sedih teramat selera
hilang.
.
Terasa aneh ciak tersadai,
di sisi kandil terpaku
nanar,
padah tatkala meniti
sena;
air yang jernih sayak
yang landai,
sepantun adil berlaku
benar,
mudah segala pasti
sempurna.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”