Saturday, 15 November 2014

PENCARIAN ANUGERAH TROPI UNTUK BLOGGER 2014...etuza.blogspot.com

ASSALAMUALAIKUM...



JOM RAMAI-RAMAI SERTAI SEGMEN ANJURAN CIKGU ETUZA SAMBIL MENGASAH MINDA YANG SEMAKIN BERKARAT...MINDA PI LAH TU BUKAN MINDA KAWAN-KAWAN KITA YANG GENIUS TU HEH...HEH..

Friday, 14 November 2014

JERUK MAMAN...DIKNA.

ASSALAMUALAIKUM...

JERUK MAMAN..

GEMAR TAK DENGAN JERUK MAMAN? PI MEMANG SANGAT GEMARINYA. KALAU TERJUMPA DIJUAL DIPASAR TANI ATAU DI-MANA-MANA MESTI DIBELI. BIASALAH SELERA ORANG LAMA NI LAIN PESENNYA. PI JARANG BUAT SENDIRI JERUK MAMAN NI TAPI SUKA MAKAN JERUK MAMAN YANG DIBUAT TOK DULU-DULU. JERUK MAMAN NI BOLEH DIJADIKAN PENGGANTI SAYURAN DAN PEMBUKA SELERA DIMAKAN BERSAMA SAMBAL DAN IKAN TAWAR.

SEDAP SUNGGUH MAKAN NASI DENGAN LAUK YANG SEDERHANA BEGINI.

DI SINI PI KONGSIKAN CARA-CARA DIKNA MENYEDIAKAN JERUK MAMANNYA...
TERIMA KASIH DIKNA.

1.   Ramas mamam dgn sikit air. Lepas tu perah buangkan air hijaunya. Sekurang- kurangnya 2 kali supaya air pahitnya .

2.  Bubuh dlm bekas dn letak air masak agak-agak tenggelam mamannya. Jangan banyak sangat sbb mamam akn kecut..

3.   :Bubuh segenggam garam dan nasi putih. Nasi putih tu dlam sebesar ibu jari tangan. Fungsinya... sbg ejen yg akan masamkan jeruknya nanti. Letaklah lada kecilnya sekali.

4.  Simpan sampai 3 hari 2 malam. Garam kalau tawar blh tambah kemudian. Jeruk ni kena masin sikit spy tahan lama. Dah masam baru letak dlm peti.ais.



KOLEKSI DOA-DOA HARIAN...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA....



DOA KETIKA MELIHAT DIRI DI CERMIN

DOA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH
DOA APABILA MENDAPAT KHABAR GEMBIRA
DOA KETIKA MASUK TANDAS
DOA KETIKA  KELUAR DARI TANDAS.I 

SEMOGA BERMENAFAAT....
like page koleksi doa-doa harian fb.






Thursday, 13 November 2014

HIMPUNAN PETUA DULU-DULU...

ASSALAMUALAIKUM....




Himpunan Pantang Larang Orang Melayu Beserta Maksudnya

Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Mari kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan sebab dan apa sebenarnya di sebalik alasanya. Antaranya adalah:~

Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala sebenarnya - takut kain jumuran jatuh. satu hal nak cuci semula.

Tidak boleh makan berpindah tempat
kerana - takut kahwin ramai, sebenarnya - dah satu tempat makan bersepah, takut sepah tampat lain pulak.

Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
kerana - takut lambat jodoh, sebenarnya - payah nak lalu lalang

Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
kerana - takut ayah@ibu meninggal, sebenarnya - akan sakit dada dan kaki menjadi kebas

Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
kerana - akan dapat suami tua, sebenarnya - takut masakan hangus @ tak sedap

Lepas makan curah sedikit air minum dlm pinggan
kononnya supaya tak kering rezeki, sebenarnya nak basuh pinggan nanti senang

Tak boleh bertindih pinggan masa makan
- takut kahwin ramai. padahal susah nak cuci banyak pinggan

Bakal pengantin tak boleh berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin
- nanti pendek jodoh. walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan pengantin.

Masuk dalam rumah sewaktu senja
- nanti disorok hantu. Sebenarnya waktu solat maghrib singkat. Takut x sempat.

Jangan bersiul waktu malam
- takut ular masuk rumah. Sebenarnya suara siul sumbang. Janggu orang nak tido

Jangan bukak payung dalam rumah nanti ular masuk rumah
- padahal taknak membahayakan orang dalam rumah takut tercucuk payung

Pantang larang orang tua-tua bila membuat tapai :
Masa nak bungkus, x leh bising - takut x masak
Masa nak bungkus, x leh laki ada dirumah - takut x manis dan berair
Wanita datang bulan x leh bungkus - nanti tapai jadi merah.
Masa nak bungkus, muka kena senyum - baru tapai jadi manis

Jika hendak memulakan perjalanan jauh, jangan pusing balik jika tertinggal barang
- nanti akan mendapat musibah dalam perjalanan.

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
- Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

Kalau pakai inai,jgn bagi ayam nampak..
kerana - x merah la inai..

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
-Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
-Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
-Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
-Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan

Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
-Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
- Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
- Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
- (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan

Orang lelaki baru berkhatan tak boleh pijak tahi ayam nanti anunya x keputihan. -
- sebenarnya tak bagi budak tu jalan jalan kat luar rumah. Bila jalan, lambat sembuh. Takut terbuka bahagian
yang di potong tu

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
- Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
- Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
- Terdapat hadis dalam perkara ini.


like page petua dan resepi fb.

Tuesday, 11 November 2014

PANAS SETAHUN HUJAN SEHARI, LIPUT TANJUNG KERANA PULAU..

ASSALAMUALAIKUM...

CORAT-CORET PAK ENGKU.....

PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.
MENCARI NAPUH TERASA JERIH,
HUTAN DILALU JALAN BERBELIT,
BUKIT DIPANJAT MENGHALA KE TANJUNG;
UMPAMA TUMBUH SI POKOK SIRIH,
MENJALAR DAHULU KEMUDIAN MELILIT,
BARULAH MEMANJAT KE PUCUK JUNJUNG.


Perbidalan: Umpama sirih, menjalar dahulu kemudian melilit, barulah
memanjat ke pucuk junjung.
Maksudnya: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.
DI DAHAN MERBAU SI BURUNG PIPIT,
PADI YANG RUNDUK MAKAN SEPANJANG,
KE RUMPUN PANDAN TERBANG MENYASAR;
SEPERTI KERBAU LEHER TERSEPIT,
DIHELA TANDUK SUDAH PANJANG,
DILALUKAN BADAN SUDAH BESAR.
Perbidalan: Seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang,
dilalukan badan sudah besar,
Maksudnya: Orang yang mendapati sukar hendak melepaskan dirinya
setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan.
DI DAHAN BERTAM SI BURUNG PIPIT,
ANAK TIUNG TERBANG MELAYAP,
TURUN MAKAN DI TANAH LANDAI;
KUAT KETAM KERANA SEPIT,
KUAT BURUNG KERANA SAYAP,
KUAT IKAN KERANA RADAI.
Perbidalan: Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap,
kuat ikan kerana radai.
Maksudnya: a) Berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan
padanya.
b) Tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasa atau klebihannya.
Erti perkataan: 'Radai' adalah sirip atau kepak pada ikan.
SAMPAN TIRIS TERSADAI DI TELUK,
HENDAK KE JAWA HALUAN BERBELOK;
IBARAT KERIS PANJANG BERKELOK,
KE MANA DIBAWA KE MANA ELOK.
Perbidalan: Keris panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok.
Maksudnya: Orang yang boleh dipergunakan untuk sebarang tujuan.
SEKAR SUHUN DIPAKAI SURI,
JATUH KALUNG KE DALAM RELAU;
PANAS SETAHUN HUJAN SEHARI,
LIPUT TANJUNG DENGAN PULAU.
Perbidalan: Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.
Maksudnya: Jasa atau kebaikan yang banyak boleh hilang oleh kesalahan
yang sedikit.
Erti perkataan: Sekar suhun ialah sejenis kalung emas.
BURUNG TAPTIBAU DI DAHAN BEREMBANG,
KE ARAH LANGKAN PERGI TERBANGNYA;
SEEKOR KERBAU YANG BERKUBANG,
SEKANDANG AKAN KENA LOLOKNYA.
Perbidalan: Seekor kerbau berkubang, sekandang kena loloknya.
Maksudnya: Seorang yang melakukan kesalahan semuanya
terlibat sama.
Erti perkataan: 'Lolok' atau luluk bererti lumpur.
RUMAH SEBUAH DI TEPI KUKUP,
DI SELUT TEBAL TERSADAI KOLEK;
KALAU KUAH SAMA DIHIRUP,
KALAU SAMBAL SAMA DICOLEK.
Perbidalan: Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek.
Maksudnya: Bersama-sama dalam senang dan susah..
Erti perkataan: 'Kukup' ialah lumpur yang ditim[bunkan oleh air
di sepanjang pantai laut atau tebing sungai.
BELIMBING SEGI BANYAK BERBUAH,
DIJOLOK BUDAK JATUH DI SISI;
KE MANA LAGI TUMPAKNYA KUAH,
KALAU TIDAK KE ATAS NASI.
Perbidalan: Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.
Maksudnya: Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak
turun ke anaknya.
BUNGA MELATI SI BUNGA MELUR,
DAHANNYA MATI DITIMPA KELAPA;
JANGAN DINANTI KUARAN BERTELUR,
SAMPAI KEMATI TAK AKAN TERJUMPA.
Perbidalan: Menanti kuaran bertelur.
Maksudnya: Mengharap sesuatu yang tidak mungkin terjadi
atau diperolehi.
Erti perkataan: 'Kuaran' ialah sejenis burung yang keluar bertelur pada
waktu malam.. Burung kuar atau burung kuak-kuak.
DI ATAS MEJA SI BUAH ZAITUN,
DI MEJA TERDAPAT SI DAUN PALAS;
SEDIKIT BEKERJA BANYAK BERANTUN,
ITULAH SIFAT ORANG YANG MALAS.
Perbidalan: Sedikit bekerja banyak berantun.
Maksudnya: Orang yang malas.
Erti perkataan: 'Berantun' bererti bersolek atau berhias.
SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.

Monday, 10 November 2014

GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN....

ASSALAMUALAIKUM...

TIDAK LAMA LAGI MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN YANG PANJANG AKAN BERMULA. BERMAKNA MUSIM BERKOMPANG MEMBAWA HANTARAN KENDURI PERKAHWINAN RANCAK BERLAKU.

PI KONGSIKAN BEBERAPA IDEA GUBAHAN HANTARAN YANG INDAH MUNGKIN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENAMPAKAN SEDIKIT KELAINAN. TAPI KALAU ADA IDEA DAN KREATIVITI SENDIRI ELOKLAH ILHAMNYA DINYATAKAN...TAK PAYAH NAK DITIRU MANA-MANA..

PhotoPhoto

PhotoPhoto

PhotoPhoto: sireh junjung air tangaku,ngah dan di edit oleh bondaku jaharahPhoto

PIC LIKE PAGE HANTARAN DAN CENDERAMATA FB...

ESOK LEBIH BAIKKAH DARIPADA SEMALAM?

ASSALAMUALAIKUM...

HIDUP KITA INI HANYA ADA TIGA HARI YANG PASTI.

1.  SEMALAM YANG KITA TINGGALKAN.
2.  HARI INI YANG DILALUI SEHINGGA TERLENA.
3.  ESOK YANG TIDAK PASTI MENJADI MILIK KITA.

SEMALAM YANG KITA TINGGALKAN.

APAKAH  SUDAH KITA ISI SEBAIKNYA DENGAN AMAL IBADAT YANG BAKAL MENJADI BEKAL UNTUK DIBAWA KE AKHIRAT SANA. SEBAB SEM ALAM ITU KITA MUDA, KUAT, TIADA SEBARANG MASALAH KESIHATAN WALAU DIBELENGGUI PELBAGAI MASALAH KEHIDUPAN.

NAMUN KEKUATAN DIRI MAMPU MENGATASINYA SAMBIL BERIBADAH ISTIQOMAH, SEMBAHYANG TAHAJUD DAN SUNAT, BERPUASA HARI ISNIN KHAMIS JUGA LAIN-LAIN IBADAH YANG DITUNTUT AGAMA. JADI KETIKA MUDA BERBANYAK-BANYAKLAH BBERBUAT IBADAH AGAR KITA TIDAK MERASA RALAT ATAU TERKILAN.

HARI INI...

HARI INI SUDAH PASTI TIDAK SAMA DENGAN HARI SEMALAM. DEMI HARI YANG BERANGSUR LALU KITA SEMAKIN LEMAH DAN TIDAK BERDAYA. KETUAAN USIA MENYUKARKAN KITA MELAKUKAN PERIBADATAN SECARA SEMPURNA KEPADA SANG PENCIPTA WALAU KITA BERUSAHA SEDAYA UPAYA MELAKUKANNYA DENGAN HANYA BERHARAP ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG ITU MENERIMA IBADAH KITA YANG SEADANYA ITU.

TAPI TAKDIR HIDUP SESEORANG ITU TIDAK SAMA. ADA YANG KEKAL SIHAT CERGAS WALAU TELAH MELEPASI USIA EMAS DAN MAMPU PULA MENGISI HARI-HARI AKHIRNYA DENGAN CERIA GEMBIRA LEBIH BERMAKNA. NAMUN HARUS DIINGAT KESEMPATAN HIDUP SIHAT KUAT TANPA GANGGUAN PENYAKIT DIRI YANG MENYERANG TIBA-TIBA JARANG-JARANG DIMILIKI.

ESOK LEBIH BAIKKAH DARIPADA SEMALAM?

HARAPAN KITA SELALUNYA BEGITU. HAKIKATNYA SUDAH TENTU BELUM PASTI. SIAPALAH YANG DAPAT MENDUGA APA YANG AKAN BERLAKU KEESOKANNYA. MUNGKIN JUGA KESIHATAN KITA YANG TIDAK BEGITU BAIK AKAN TERUS MEMBURUK.

MUNGKIN PULA MENJADI SEBALIKNYA. ENTAHLAH...ALLAH PENENTU SEGALANYA DAN TERUS BERGANTUNG KEPADANYA TANPA PUTUS HARAPAN....INSYA ALLAH.
YA ALLAH YA TUHANKU KAU SEMPURNAKANLAH HARI-HARIKU DAN HAMBA-HAMBAMU SEPERTIMANA SINAR MENTARIMU MENYELURUHI ALAM INI....

Sunday, 9 November 2014

MISTERI BELANTARA...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAIN cabaran bentuk muka bumi yang mencabar, golongan pendaki juga berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri.
TERSEREMPAK bigfoot, pontianak bertenggek di atas batu, mendaki bertemankan 'pelanduk dua serupa', laluan mendaki dihalang tembok dan suara perempuan mengilai pada tengah malam.

Itu antara pengalaman yang pernah dikongsikan rakan-rakan sehobi sewaktu penulis masih aktif dalam aktiviti mendaki dan meneroka hutan beberapa tahun lalu.

Walaupun kedengaran seperti terlalu tipikal dan tidak masuk akal, kebenaran cerita itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana dialami sendiri oleh rakan-rakan terdekat.

Malah satu daripada kejadian tersebut berlaku semasa aktiviti perkhemahan yang disertai sendiri oleh penulis di Hutan Lipur Berkelah di Maran, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu itu, rakan sependakian yang sedang tidur di khemah berhampiran air terjun dikejutkan dengan lembaga seperti bigfoot di depan pintu khemahnya.

Kehadiran makhluk berbulu itu disedari beliau selepas terdengar bunyi degusan seperti binatang buas dan ranting kayu dipijak.

"Kami tidur bertiga dalam satu khemah. Dalam samar-samar, saya nampak seperti ada orang mencangkung di hujung kaki (di depan khemah).

"Badannya berbulu hitam dan mukanya memandang tepat ke arah saya. Bila saya toleh ke sebelah untuk kejutkan kawan, ia terus hilang,'' ujar beliau pada keesokan hari sebelum kami meninggalkan tapak perkhemahan.

Pengalaman bertemu dengan makhluk yang hampir sama turut dilalui oleh tiga lagi rakan pendaki semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor, kira-kira 15 tahun lalu.
Dalam kejadian itu, makhluk yang mempunyai ketinggian manusia dewasa itu dikatakan muncul kira-kira 50 meter di depan mereka.

"Ketika itu hujan renyai-renyai, kami berjalan perlahan kerana jalan mendaki licin.
"Tiba-tiba makhluk berbulu hitam melintas di depan kami.
"Tak nampak macam Siamang kerana saiznya tinggi dan berjalan tegap seperti manusia,'' ujar salah seorang daripada mereka.

Walaupun jarang berlaku, pertembungan manusia dengan bigfoot bukan sesuatu yang baharu di negara ini.

Kisah penemuan kesan tapak kaki bersaiz luar biasa pernah beberapa kali dilaporkan di hutan negeri Johor dan Pahang.

Bahkan kewujudan orang mawas itu turut dipercayai oleh masyarakat Orang Asli yang menggelarkannya Ta'woi atau Bojos.

Selain bigfoot, kejadian misteri dan seram di hutan tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah gangguan makhluk halus yang menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Antara kejadian yang kerap dialami golongan pendaki adalah terdengar suara perempuan menangis, suara manusia berbual, kelibat manusia berjubah dan kerlipan lampu seolah-olah melihat sebuah perkampungan di tengah-tengah hutan.

Bagi yang kurang bernasib baik, makhluk halus kadangkala datang berdampingan dalam jelmaan 'pelanduk dua serupa'.

Kejadian pendaki bertemu rakan sependakian sedangkan individu sebenar berada di suatu tempat lain boleh dikatakan antara yang kerap berlaku.

Dalam kejadian di Gunung Irau, Pahang kira-kira 15 tahun lalu, rakan-rakan penulis pernah berdepan dengan situasi misteri apabila laluan pendakian mereka dihalang tembok batu yang sebenarnya tidak wujud di situ.

Menurut ketua ekspedisi, kejadian paranormal itu adalah bentuk amaran oleh makhluk bunian yang mendiami kawasan berkenaan supaya manusia tidak berjalan pada waktu Maghrib.

"Laluan denai hutan yang diselaputi lumut di situ tiba-tiba disekat oleh tembok yang entah dari mana datangnya.
"Sudah banyak kali saya naik ke Irau tapi tak pernah jumpa tembok di situ.
"Selepas berpatah ke belakang dan solat Maghrib, tembok itu hilang dan laluan ke puncak Irau 'dibuka' semula,'' tambah beliau.

Jelasnya, waktu pertukaran antara siang dan malam adalah masa 'paling aktif' bagi jin dan syaitan. Justeru katanya, pendaki dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan pada waktu itu.
"Kalau jin Islam mungkin dia mahu kita berhenti sembahyang dahulu. Kalau kena yang kafir, mungkin kita dirasuknya,'' ujarnya.

Kisah-kisah pendaki dicuit dan ditepuk ketika sedang mendaki merupakan sebahagian daripada kejadian yang biasa berlaku.

Bukan itu sahaja, gangguan makhluk halus juga datang dalam 'gurauan' yang lebih agresif.
Penulis sendiri pernah melihat penderitaan rakan yang meneguk minyak petrol selepas meracau dipercayai akibat gangguan makhluk halus semasa di kampus.

Gangguan selama beberapa hari itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang membawa turun seketul batu dari Gunung Tahan.

Hakikatnya, kejadian-kejadian yang diceritakan di sini hanya mewakili sebahagian kisah-kisah yang dilalui oleh golongan pendaki dan peneroka hutan di negara itu.

Walaupun kebenarannya sukar untuk dijelaskan dengan bukti, hakikat kewujudan alam ghaib dan 'penghuninya' sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita sejak sekian lama.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/

MyBloglist