Monday, 31 August 2026

CERITERA SEJARAH MERDEKA 69 TAHUN

 ASSALAMUALAIKUM

SANAH HELWAH PROF DR SALMAH

TIASA BERBAHAGIA AFIAT SEJAHTERA MURAH REZEKI ANAK MERDEKA






CERITERA SEJARAH MERDEKA 69 TAHUN

.

“MALAYSIA MADANI: Kesejahteraan dinikmati; tema indah Hari Kebangsaan 2026.  Lalu sekian  tahun jumlah genap 69. Lukisan simbolik “Keluarga 69.” Filem karya seniman P.Ramlee, sarat naratif, selirat sinikal sinis. Hadap cabaran waktu, meninggalkan catatan sejarah 31 Ogos 1957. Tinta sejarah negara ukir indah wajah Malaysia tanah pusaka warisan moyang. Langkah pejuang merdeka mengusir penjarah bertumpah darah disembunyi rapi dalam helaian rahsia warkah nota kabur penjajah. Iltizam gapai hasrat impian, melangit doa wira mohon merdeka demi cinta Ilahi. Pejuang bangsa bertarung nyawa, gagah tentang penjajah bergantian. Semarak harum budi, kenang abadi. Tanah jantung Semenanjung emas bersatu Sabah di bawah bayu. Terbang bersama kenyalang ke puncak Gunung Sejinjang, Gunung Santubong, Sarawak. Di puncak Kinabalu pacak Jalur Gemilang. Kibar makna merdeka sebenar jiwa raga, siaga menjaga milik. Kehilangan tiada ganti.

LANGKAHAN

.(Prosa)

Tatih lahan susun langkahan. Mulai berlari merempuh duri pancaroba ke hujung denai. Gelap gelita lindung cahaya. Asa muda sasa sanya tegar perkasa rentas cabaran. Jeda seketika, hela nafas lelah. Berhenti seka keringat. Siang malam bergulir ganti. Berjalan lagi. Berhenti lagi. Merenung lelayang di langit luas celah awan. Di perhentian sunyi merenung hadapan. Gentayang tanda soal. Tertanya-tanya pada diri, masihkah ada daya lagi terus orak langkah cergas? Jiwa longlai gemalai. Tapi apalagi mahu dikejar?

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

28/8/026

RUSUH

Runsing, risau, rusuh, larut dalam bimbang ganggu tenang. Mengira saat demi saat mengubah nada cerita baru. Menghilirkan keruh ke muka laut luas. Semilir sapa wajah kerut menahan bahang bahana impi mentafsir nyata. Belum juga mahu berlalu kemelut meranjau luka. Mungkin reda setelah kehilangan. Segalanya tiada.

 

SENDIRI

.

Denai langkah lahan beriringan. Hala perjalanan jauh. Menempuh liku lembah, menuruni lurah curam, merasai perih perit. Jeda sebentar. Gelap gelita ruang menyulam hamparan lena dini hari. Meraih damba. Berkongsi segala.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist