Sunday, 9 November 2014

MISTERI BELANTARA...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAIN cabaran bentuk muka bumi yang mencabar, golongan pendaki juga berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri.
TERSEREMPAK bigfoot, pontianak bertenggek di atas batu, mendaki bertemankan 'pelanduk dua serupa', laluan mendaki dihalang tembok dan suara perempuan mengilai pada tengah malam.

Itu antara pengalaman yang pernah dikongsikan rakan-rakan sehobi sewaktu penulis masih aktif dalam aktiviti mendaki dan meneroka hutan beberapa tahun lalu.

Walaupun kedengaran seperti terlalu tipikal dan tidak masuk akal, kebenaran cerita itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana dialami sendiri oleh rakan-rakan terdekat.

Malah satu daripada kejadian tersebut berlaku semasa aktiviti perkhemahan yang disertai sendiri oleh penulis di Hutan Lipur Berkelah di Maran, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu itu, rakan sependakian yang sedang tidur di khemah berhampiran air terjun dikejutkan dengan lembaga seperti bigfoot di depan pintu khemahnya.

Kehadiran makhluk berbulu itu disedari beliau selepas terdengar bunyi degusan seperti binatang buas dan ranting kayu dipijak.

"Kami tidur bertiga dalam satu khemah. Dalam samar-samar, saya nampak seperti ada orang mencangkung di hujung kaki (di depan khemah).

"Badannya berbulu hitam dan mukanya memandang tepat ke arah saya. Bila saya toleh ke sebelah untuk kejutkan kawan, ia terus hilang,'' ujar beliau pada keesokan hari sebelum kami meninggalkan tapak perkhemahan.

Pengalaman bertemu dengan makhluk yang hampir sama turut dilalui oleh tiga lagi rakan pendaki semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor, kira-kira 15 tahun lalu.
Dalam kejadian itu, makhluk yang mempunyai ketinggian manusia dewasa itu dikatakan muncul kira-kira 50 meter di depan mereka.

"Ketika itu hujan renyai-renyai, kami berjalan perlahan kerana jalan mendaki licin.
"Tiba-tiba makhluk berbulu hitam melintas di depan kami.
"Tak nampak macam Siamang kerana saiznya tinggi dan berjalan tegap seperti manusia,'' ujar salah seorang daripada mereka.

Walaupun jarang berlaku, pertembungan manusia dengan bigfoot bukan sesuatu yang baharu di negara ini.

Kisah penemuan kesan tapak kaki bersaiz luar biasa pernah beberapa kali dilaporkan di hutan negeri Johor dan Pahang.

Bahkan kewujudan orang mawas itu turut dipercayai oleh masyarakat Orang Asli yang menggelarkannya Ta'woi atau Bojos.

Selain bigfoot, kejadian misteri dan seram di hutan tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah gangguan makhluk halus yang menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Antara kejadian yang kerap dialami golongan pendaki adalah terdengar suara perempuan menangis, suara manusia berbual, kelibat manusia berjubah dan kerlipan lampu seolah-olah melihat sebuah perkampungan di tengah-tengah hutan.

Bagi yang kurang bernasib baik, makhluk halus kadangkala datang berdampingan dalam jelmaan 'pelanduk dua serupa'.

Kejadian pendaki bertemu rakan sependakian sedangkan individu sebenar berada di suatu tempat lain boleh dikatakan antara yang kerap berlaku.

Dalam kejadian di Gunung Irau, Pahang kira-kira 15 tahun lalu, rakan-rakan penulis pernah berdepan dengan situasi misteri apabila laluan pendakian mereka dihalang tembok batu yang sebenarnya tidak wujud di situ.

Menurut ketua ekspedisi, kejadian paranormal itu adalah bentuk amaran oleh makhluk bunian yang mendiami kawasan berkenaan supaya manusia tidak berjalan pada waktu Maghrib.

"Laluan denai hutan yang diselaputi lumut di situ tiba-tiba disekat oleh tembok yang entah dari mana datangnya.
"Sudah banyak kali saya naik ke Irau tapi tak pernah jumpa tembok di situ.
"Selepas berpatah ke belakang dan solat Maghrib, tembok itu hilang dan laluan ke puncak Irau 'dibuka' semula,'' tambah beliau.

Jelasnya, waktu pertukaran antara siang dan malam adalah masa 'paling aktif' bagi jin dan syaitan. Justeru katanya, pendaki dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan pada waktu itu.
"Kalau jin Islam mungkin dia mahu kita berhenti sembahyang dahulu. Kalau kena yang kafir, mungkin kita dirasuknya,'' ujarnya.

Kisah-kisah pendaki dicuit dan ditepuk ketika sedang mendaki merupakan sebahagian daripada kejadian yang biasa berlaku.

Bukan itu sahaja, gangguan makhluk halus juga datang dalam 'gurauan' yang lebih agresif.
Penulis sendiri pernah melihat penderitaan rakan yang meneguk minyak petrol selepas meracau dipercayai akibat gangguan makhluk halus semasa di kampus.

Gangguan selama beberapa hari itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang membawa turun seketul batu dari Gunung Tahan.

Hakikatnya, kejadian-kejadian yang diceritakan di sini hanya mewakili sebahagian kisah-kisah yang dilalui oleh golongan pendaki dan peneroka hutan di negara itu.

Walaupun kebenarannya sukar untuk dijelaskan dengan bukti, hakikat kewujudan alam ghaib dan 'penghuninya' sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita sejak sekian lama.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/

18 comments:

  1. Replies
    1. heh..heh..siapa lagi...tq semua download.

      Delete
  2. Paling ditakuti saat kemah itu, wktu tdur ada hewan buas

    ReplyDelete
  3. Walaupun banyak kisah misteri tapi zumal teringin la nak buat aktiviti camping atau trekking melihat alam ciptaan Allah ini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengembara melihat alam ciptaan Allah mmg dituntut...tapi harus berhati-hati...tq zumal.

      Delete
  4. Kisah bigfoot yg sangat misteri

    ReplyDelete
  5. bigfoot mungkin gergasi seperti cerita hikayat dulu2...tq hana syed.

    ReplyDelete
  6. Dulu masa aktif, memang selalu keluar masuk hutan, daki bukit dan gunung tapi belum pernah sekali pun berjumpa dgn makhluk2 ini. Tapi pernah juga berlaku kawan2 yang histeria. Walaupun yakin makhluk2 ini ada tapi berdoa sgt... jgnlah muncul didepan mata ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kita mesti bersedia mendinding diri drpd sesuatu yg xkita ketahui...berdoa kpd Allah paling mustajab Allah pasti lindungi hambanya yg lemah...tq BM.

      Delete
  7. klu makhluk berbulu tetiba hilang dari pandangan , tu bkn bigfoot tapi jin jenis gondoruo yg blh rape manusia ... ermmm

    ReplyDelete
  8. kat Sabah ni banyak sangat hutan... pernah tinggal di kem dalam hutan di Kinabatangan selama 3 hari... tak larat lah... takleh nak buat cara tu... hahaha lagi kalau takder kipas lah takder letriklah... city boy sangat kan... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh...heh.city boy tapi.jiwa kembara tu ada yer...tq Abang Bear.

      Delete
  9. Hutan belantara memang menyimpan banyak misteri di dalamnya.
    Saya penakut, tak berani pegi hutan sorang-sorang.

    ReplyDelete
  10. kak pun sama xberani nk masuk hutan ni...tq lynn munir.

    ReplyDelete
  11. penuh misteri ni, bigfoot memang wujud...

    ReplyDelete
  12. menyesal lak terbaca kisah ni memalam. taklah seram tapi.. seriau jugaklah.. haha..
    tak elok keluar maghrib, kan mak dah pesan.. ish ish ish...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist