Tuesday, 7 January 2014

PERKAHWINAN SITI NUR...




Anak menantu sampai ketika aku sedang solat asar. Setelah bertanya khabar begitu begini anak sulungku itu menyatakan tujuan sebenarnya pulang menemuiku. Bukannya apa cuma mahu aku menyertai peraduan menulis skrip drama tv/radio anjuran IKIM/GAPENA/DBP.

Macamlah aku ni pandai sangat  menulis skrip. Tak pernah dibuat pun. Lagipun aku sebenarnya malas. Jikalau aku menulis, aku dah tak boleh nak buat kerja lain. Asyik mengadap komputer saja. Kerja rumah yang melambak-lambak aku juga yang kena buat.

Disebabkan anak menantu yang suruh terpaksalah juga dibuat. Sekadar mencuba apa salahnya. Bukannya target nak menang. Kalau menang lagilah suka.

Berpandukan skrip drama tv yang diberi Jee (Fauziah abd. Samad) adik iparku/penulis skrip drama/filem aku pun mula mengetuk keyboard pc. Pabila dah mula menaip terlupa segala-galanya. Tak teringat lagi tentang laman rumah yang berserabut dengan rumput liar yang subur kerana hujan yang sentiasa mencurah.

Leka menaip pagi petang. Komputer memang tak kesiankan aku. boleh dia meragam tatkala aku nak menamatkan episod terakhir skripku. Terpaksa dibaiki. Hasilnya entah di mana. Ruginya dah tentu.

Akhirnya siap juga skrip PERKAHWINAN SITI NUR itu.Hasilnya seperti yang dijangka. Tentulah berlonggok di dalam bangkul sampah penganjurnya. Aku pun tertawa mengenangkan itu. Tertawa kepada diri sendiri yang tidak tahu mengukur baju di badan sendiri...

Monday, 6 January 2014

KISAH LEMBU-LEMBU DI FELDA...

ASSALAMUALAIKUM...

KULIM 5 Jan. - Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak.

Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Su Song memberitahu, kejadian itu disedari seorang penternak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas mendapati empat ekor haiwannya hilang.

"Penternak itu kemudian membuat laporan polis dan meminta bantuan rakan-rakannya untuk mencari," katanya di sini hari ini.

Su Song berkata, tidak lama kemudian, rakan mangsa berjaya mengesan kereta tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan berdekatan Plaza Tol Lunas di Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE).

"Menyedari diekori, suspek yang berusia sekitar 20-an memecut laju. Bagaimanapun, kereta itu mengalami kerosakan dan terpaksa ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Siam, Lunas, kira-kira 15 kilometer dari tempat lembu itu dilaporkan dicuri," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang menjumpai kereta itu kira-kira pukul 7 pagi memaklumkan kepada polis.
Tambahnya, polis percaya suspek menggunakan laluan Sungai Lembu ke Kampung Mengkuang sebelum memasuki BKE.

"Kita sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

pic ehsan The star.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140106/je_03/Cubaan-curi-empat-lembu-gagal#ixzz2pZL9w8nd
© Utusan Melayu (M) Bhd 


PETIKAN BERITA DIATAS HANYA HENDAK MENJELASKAN LAGI TENTANG KISAH KECURIAN/KEHILANGAN LEMBU-LEMBU YANG BANYAK DITERNAK DI KAWASAN PERLADANGAN FELDA OLEH PENEROKA-PENEROKA YANG RAJIN  MENJALANKAN BISNIS TANI INI.

JUMLAH LEMBU YANG DIMILIKI PENERNAK-PENTERNAK KADANG MELEBEHI 100 EKOR. ADA KANDANG-KANDANGNYA YANG DISEDIAKAN PENTERNAK UNTUK LEMBU-LEMBUNYA TAPI LEMBU-LEMBU YANG JENIS TIDAK SUKA DIKAWAL DAN DIKANDANG AKAN BERUSAHA MELOLOSKAN DIRI BERKELIARAN DI MANA SAJA. JANGAN SANGKA MAKHLUK KEJADIAN ALLAH INI TIDAK TAHU BERFIKIR. LEMBU TENTULAH BERFIKIR SECARA LEMBU DAN SESUAI DENGAN HABITAT LEMBU.

DI JALAN-JALAN UTAMA YANG MEMBARISKAN KAWASAN PERLADANGAN SAWIT/GETAH DAN PERKAMPUNGAN  FELDA AKAN KELIHATAN KEPADA KITA BANYAKNYA LEMBU-LEMBU YANG BERJALAN DI TENGAH JALAN MENGGANGGU KELANCARAN KENDERAAN YANG LALU LALANG. 
DAN ADA YANG KEMALANGAN DISEBABKAN LEMBU YANG TIBA-TIBA MUNCUL MELANGGAR KENDERAAN YANG SEDANG MELAJU.

MUNGKIN DISEBABKAN LEMBU-LEMBU INI DIDAPATI BERKELIARAN SEOLAH TIDAK BERTUAN MEMUDAHKAN MEREKA YANG BERNIAT JAHAT MENCURINYA. KATA BAPA SAUDARA PI YANG SERING KEHILANGAN LEMBU-LEMBU YANG DITERNAKNYA, PENCURI-PENCURI INI MENGGUNAKAN LORI UNTUK   MENGANGKUT LEMBU-LEMBU CURIAN MEREKA. BUKAN GUNA KERETA LAGI YANG CUMA DAPAT ISI DUA TIGA EKOR LEMBU SAJA SEPERTI BERITA DIATAS. 

BAPA SAUDARA PI KINI TIDAK MAHU LAGI MENTERNAK LEMBU LANTARAN KECEWA TERPAKSA BERSAING DENGAN PENCURI-PENCURI LEMBU YANG MENGAMBIL PELUANG MENDAPATKAN KEUNTUNGAN SEGERA DENGAN MENCURI TERNAKAN ORANG PANTANG TERLEPA SEDIKIT....

Sunday, 5 January 2014

PEDASNYA MENYENGAT....

ASSALAMUALAIKUM...

NAMANYA BERBEZA-BEZA, RUPANYA SAMA, RASANYA ADUHAI PEDAS MENYENGAT...

INILAH DIA, CILI PADI, CILI API, CABAI BURUNG, CABE RAWET, CILI PADI, LADA KECIK...


                                     Semua pic Hatijah Hussin  timeline untuk hiasan.

                                         KEGUNAAN UTAMA TENTULAH NAK BUAT SAMBAL BELACAN, BUDU, CENCALOK, SAMBAL KICAP SETIAP HARI ATAU RENCAH LAIN-LAIN MASAKAN. PENTING SEKALI DALAM MASAK LEMAK CILI PADI, RENDANG DAGING KESUKAAN ORANG-ORANG NEGERI SEMBILAN JUGA SIAPA-SIAPA SAJA YANG SUKAKAN MASAKAN TU. ADA SESETENGAH DARIPADA KITA YANG TIDAK GEMAR MAKAN NASI JIKA TIDAK ADA RASA PEDAS. MAKAN NASI SAMBIL MENGGIGIT CILI PADI PUN SUDAH PUAS RASANYA. KESUKAAN MASING-MASINGLAH TU YA...

TAPI JANGAN GUNAKANNYA UNTUK MENCILI MULUT ORANG YANG MENGUMPAT KEJI KITA IKUT SEDAP MULUT DIA SAJA YA...TAK PATUT SANGATLAH TU KAN...IKUTKAN HATI ITULAH YANG NAK DIBUAT AGAR SIPENGHAMBUR KATA-KATA PEDAS ITU MERASAKAN PULA KEPEDASAN SEBENAR MULUTNYA DISUMBAT CILI...


KHASIAT CILI PADI.
http://ping.busuk.org/
  • agen penghalang kanser dimana ia mempunyai sifat anti oksidan yang tinggi .
  • mengaktifkan denyutan jantung .
  • meransang peredaran dan memperbaiki peredaran darah dalam badan .
  • merangsang pengeluaran gas dari dalam sistem pencernaan.
  • membunuh cacing dalam perut .
  • boleh digunakan sebagai racun serangga ( cili + bawang putih ) 


AKARNYA DIKATAKAN BOLEH MERAWAR CIRIT BIRIT DAN DAUNNYA BOLEH DIGUNAKAN MENGUBAT BISUL. ITU PETUA DULU-DULULAH.
HARGANYA SEKILO LEBIH DARIPADA 20RM. TAPI TAKKAN NAK DIBELI BEGITU BANYAK UNTUK KEGUNAAN DAPUR DI RUMAH, SEDIKIT SAJA SUDAH MEMADAI. UNTUK KEGUNAAN YANG SEDIKIT SAJA ITU ELOKLAH DITANAM DI DALAM PASU-PASU KECIL BEGINI. CANTIK JUGA WARNA BUNGANYA YANG PUTIH BERSIH, BERTUKAR PULA MENJADI BUAH YANG HIJAU, MERAH, KUNING MENGHIASI TAMAN RUMAH KITA. KALAU TERLEBIH DARIPADA KEGUNAAN SENDIRI BOLEHLAH DIBERI KEPADA JIRAN-JIRAN TERDEKAT. KAN BANYAK DAPAT PAHALA TU...BUAT BEKAL DI AKHIRAT SANA...
HENDAK MENANAMNYA TIDAKLAH TERLALU SUSAH CUMA TABURKAN SAJA BIJI BENIH KE DALAM TANAH GEMBUR BERCAMPUR PASIR DAN SEDIKIT BAJA ORGANIK. SIRAMKAN DENGAN AIR YANG DIRENJIS-RENJIS. PABILA ANAK BENIH TUMBUH DAN AGAK BESAR BOLEHLAH DIUBAH KE DALAM BEKAS-BEKAS YANG BERSESUAIAN.
DI DALAM KEBUN SAWIT MEMANG BANYAK TUMBUH POKOK-POKOK CILI PADI NI, MUNGKIN ANASIR PENYEBARNYA IAITU BURUNG-BURUNG, AYAM HUTAN GEMAR MEMAKANNYA DAN BIJI-BIJINYA DIBAWA KE SEGENAP KEBUN SAWIT. MEMANG MUDAH MENEMUI CILI PADI YANG MERAH DAN LEBAT BUAHNYA DI BAWAH POHON-POHON SAWIT. KALAU RAJIN MENGUTIPNYA DAN MENJUALKANNYA BERDUIT JUGA...

Saturday, 4 January 2014

KESAYANGAN RASULLULLAH..SAW

ASSALAMUALAIKUM....


kami sayaNg kuciNg

Abu Hurairah Bapa Kepada Kucing




COPY PASTE
                                         PIC TIMELINE UNTUK HIASAN...






Abu Hurairah..siapakah dia? Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.  Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.  

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.   

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing




Friday, 3 January 2014

JALAN-JALAN KE BUKIT TINGGI BERJAYA HILL RESORT...

ASSALAMUALAIKUM...

AHAD LALU BERPELUANG BERSAMA ANAK-ANAK MENAIKI BUKIT TINGGI BERJAYA HILL RESORT.

MUDAH SAJA NAK MENGENALI LETAK TEMPAT TU KERNA DARI LEBUHRAYA KARAK SUDAH JELAS KELIHATAN BINAAN TANDA YANG TERPAMPANG DI PUNCAK BUKIT TINGGI. JALANNYA BENGKANG-BENGKOK MENDAKI BUKIT DENGAN HAWA YANG DINGIN NYAMAN.

SEBAB TEMPAT NI PRIVATE PROPERTY HENDAK MASUK KE SINI DIKENAKAN BAYARAN YANG TINGGI JUGA. SEBUAH KERETA YANG DIPENUHI PENUMPANG  DEWASA DAN KANAK-KANAK LANGSAI JUGA 110RM..

ADA HOTEL DAN BINAANNYA BERKONSEPKAN SENIBINA PERANCHIS. TAMAN-TAMAN TERSEDIA PELBAGAINYA DENGAN INDAH MENURUT PENGGEMARNYA. KALAU SUKA NAK MELEPAK SANTAI ADA TAMAN YANG LUAS UNTUK DIRONDA.








NAK MENUNGGANG KUDA MENGIKUT TRAIL YANG TERSEDIA BOLEH JUGA ATAU NAK BERMAIN GOLF, PADANG GOLFNYA HIJAU TERBENTANG.

RAMAI YANG MEMBUAT KUNJUNGAN PERCUTIAN KE SINI DAN ADA JUGA NAMPAKNYA PASANGAN PENGANTIN YANG MERAKAMKAN DETIK INDAH PERKAHWINAN MEREKA.

SESEKALI TERFIKIR ALANGKAH BERTUAHNYA HIDUP KALAU SEKAYA TAN SRI VINCENT TAN YANG MEMILIKI PROPERTY SEBUAH TANAH TINGGI PERCUTIAN YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA INI...HMMM...


Thursday, 2 January 2014

9 MIMPI RASULLULLAH SAW...

DATO' IDRIS BUANG MENULIS....

Assalamualaikum kawan2 fb. Sama2 lah kita hayati kisah 9 mimpi Rasullullah S.A.W. yang sangat relevant buat kita semua umat umat Baginda.Semoga kita mengambil iktibar darinya.
Semoga Iman,Amalan,Ibadah,Rasa Syukur,Keinsafan,Kasih & Ketqwaan kita terhadap ALLAH swt bertambah kukuh dengan penuh tawaduq dari hari ke-hari dari tahun ke-tahun.

Selamat Tahun Baru & Salam 2014 kepada semua kawan2 fb,sanak saudara sahabat handai & adik kakak sekalian serta keluarga dimana saja anda semua berada. Aameen & Wassalam.



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

 1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

 2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

 3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku. 

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

DIVIDEN AWAL TAHUN...UNTUNGNYA!

ASSALAMUALAIKUM...



Kita cerita soal saham sikit. Bukan dengan fakta dan data yang berat tapi yang mudah je...
Biasa pabila awal tahun menjelang ramai yang sedang mengira dividen yang bakal diraih kerna pelaburan saham masing-masing yang telah dibuat.

Bagi orang kampung macam aku tentu sangat mengenali saham ASN dan ASB  di bawah pengurusan PNB.
ASN dilancarkan pada 1980 dan memberi pulangan dividen yang sangat menguntungkan. Rugi kalau tak melabur masa tu.

Seorang taukeh Cina menasehati aku melabur dengan banyak kerana katanya saham anjuran kerajaan tidak akan rugi dan boleh dipercayai. Sebanyak manalah yang dapat dilabur orang miskin sepertiku melainkan beberapa K saja.

Aku mengekalkan pegangan dalam ASN walau dinasihati bertukar kepada ASB untuk mengelakan turun naik harga saham itu setelah diniagakan di bursa saham.

Mulanya ok sangat. ASN melonjak dari harga asal 1RM kepada 1.75RM. Banyak tu...
Sekali GEORG SOROS buat onar. Habis se Asia dilanda kemelesetan ekonomi akibat manipulasi matawang mainannya,

ASN susut nilai dengan banyak. Menderita sungguh aku masa tu. Mana nak menyara anak-anak yang di universiti dan di sekolah lagi. Saham yang ada sedikit tentulah tidak dapat dijual kerna nilainya cuma beberapa sen.

Setelah beberapa tahap kemelesetan ekonomi dilepasi tapi nilai ASN belum juga melebehi harga1RM.
Bosan menanti harganya meningkat kepada harga tika dibeli dulu. Sekali memang rugi melabur dengan jumlah yang banyak sedangkan dividen yang dibayar mengikut jumlah pegangan saham.

 Tapi setiap tahun Pengerusi PNB mengumumkan keuntungan ASN melebehi daripada dividen yang diberikan dan dibawa keuntungan itu kehadapan. Setelah lebih daripada 10 tahun ASN diniagakan tentu telah banyak 2% atau lebih yang dikumpul setiap tahun. Lebih dari 20% tu.

Tak sabar nak merasa PNB memulangkan keuntungan berganda itu kepada pelabur-pelaburnya.
Bila lagi tu...takkan setiap tahun diberi 6% dividen je....

Wednesday, 1 January 2014

LAKSA KEDAH...

ASSALAMUALAIKUM...

AWAL TAHUN BARU NI RAMAI YANG ADA DI RUMAH MENGHABISKAN CUTI BERSAMA KELUARGA. SELAIN PROGRAM KELUAR BERCUTI KE MANA-MANA TEMPAT PERCUTIAN, SERONOK JUGA KALAU DAPAT BERKUMPUL SEKELUARGA DI DAPUR SAMBILMASAK-MASAK ANEKA RESEPI PILIHAN UNTUK MENJAMU ANAK-ANAK YANG AKAN MULA KE SEKOLAH KEESOKANNYA....

RESEPI PILIHAN PI MUDAH SAJA IAITU LAKSA KEDAH. LAKSA KEDAH BEZA SEDIKIT SAJA DENGAN LAKSA PENANG. BEZA DARPADA SEGI NAMANYA SUDAH TENTU.

MASA ERA 70-AN, 80-AN PI SUKA SANGAT MEMASAK LAKSA, SEHINGGA SANGGUP BERJUALAN AMAL UNTUK TABUNG PERSATUAN BELIA KAMPUNG PI. KOMEN MAK PI..."HANG NI SUKA SANGAT MAKAN LAKSA NANTI BILA HANG TUA, HANG TENGOK LAKSA PUN TAK TERINGIN..."

BETULLAH KOT...LA NI MASIH SUKA JUGA MAKAN LAKSA TAPI SELERANYA DAH JAUH BERKURANG...DAN ANAK-ANAK PULA YANG MENGGANTIKAN KESUKAAN MAKNYA  DULU-DULU.

RESEPI LAKSA KEDAH INI PI WARISI DARIPADA TOK NENEK DI KEDAH SANA...


 BAHAN-BAHANNYA.

1.  LAKSA KERING 1 PEKET DIRENDAM...SAMBIL-SAMBIL MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN UNTUK LAKSA, RENDAMLAH DULU LAKSANYA BEBERAPA JAM LEBIH AWAL AGAR LAKSANYA CEPAT LEMBUT BILA DIREBUS. KALAU ADA LAKSA YANG SIAP DI PROSES BELI SAJA, TAK PAYAH NAK DIREBUS LAGI.

2.  IKAN PELALING/SELAYANG/TAMBAN/KEMBONG...PILIHLAH MANA SATU DALAM 500 GM DIREBUS BERSAMA ASAM KEPING...5/6 KEPING CUKUPLAH. IKANNYA TENTULAH SIANG DULU, DICUCI BERSIH DAN BERSELAWAT NABI TERLEBIH DULU.

STELAH DIREBUS ASINGKAN ISI DAN TULANGNYA. ISINYA DITUMBUK ATAU DI BLEND. GUNAKAN AIR REBUSAN IKAN UNTUK BLEND ISI IKAN. KEMUDIAN BLEND TULANG IKAN DENGAN CARA YANG SAMA. MASUKAN DALAM PERIUK YANG SEDERHANA BESARNYA.

3.  BLEND CILI KERING, CILI API (SUKA PEDAS BANYAKKAN JUMLAHNYA, TAKTAHAN PEDAS ISILAH SIKIT SAJA) BAWANG MERAH 10 BIJI, BAWANG BESAR SEBIJI, BELACAN SERUAS JARI, BERSAMA SECAWAN AIR. BAWANG-BAWANG TU POTONG-POTONG KECIL AGAR BLENDER TU TAK JEM TIKA MENGISARNYA KAN...

4.  MASUKAN BAHAN KISAR KE DALAM PERIUK REBUSAN IKAN YANG SUDAH BERISI DENGAN IKAN YANG DIKISAR. TAMBAH AIR MENGIKUT KEPEKATAN KUAH YANG DISUKAI BERSAMA 6 KEPING ASAM GELUGUR. MASUKAN GARAM SECUKUP RASA. PANASKAN DI ATAS API YANG SEDERHANA SEHINGA MENDIDIH .

5.  MASUKAN DAUN KESUM DAN BUNGA KANTAN...IKUT SUKA. TAPI BERPADANANLAH DENGAN KUAHNYA KAN...BILA NAMPAK DAH MASAK SELESAILAH KERJANYA.

BAHAN UNTUK ULAMANNYA...


1.  TIMUN, BAWANG BESAR, CILI BESAR, DAUN SELOM, DAUN GAJUS YANG DIHIRIS HALUS, TELU REBUS DIBELAH DUA, BOLEHLAH DILETAKAN DIDALAM PINGGAN LAKSA KETIKA MENGHIDANGNYA...


MyBloglist