Thursday 30 July 2020

HARI ARAFAH

ASSALAMUALAKUM

SALAM AIDIL ADHA SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN SAMBIL MENZAHIRKAN MAKNA SEBENAR PENGORBANAN YANG DILAKUKAN...SEMATA-MATA IKHLAS KERANA ALLAH

HARI ARAFAH HARI INI MAKBUL DOA INSYAA-ALLAH PADA JAM 5.27 - 6.30 ..JOM KITA BERSAMA BERDOA MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT-NYA
TUNAI HAJI

Amal rukun
giat tekun
sampai seru
deras luru

Tanah haram
saing mahram
suci hati
niat pasti

Atur langkah
harap berkah
umat Islam
niat salam

Rahmat Allah
jelas serlah
sayang kasih
murni bersih

Hajat hati
tunai mesti
sedang tunggu
dengan ragu

Sebab wabak
jauh rebak
masih sekat
masuk dekat

Tanah Mekah
penuh berkah
tunai haji


ikrar janji

8 comments:

  1. Seronok tengok jemaah haji patuh penjarakan sosial masa tawaf di kaabah.\Selamat Hari raya haji kak Paridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SYAZ ALHAMDULILLAH SALAM AIDIL ADHA

      Delete
  2. Jom perbanyakkan berdoa di hari arafah..

    ReplyDelete
  3. Mudah2an doa2 kita dimakbulkan-Nya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist