ASSALAMUALAIKUM...
TUMBUHAN KAKTUS WALAU BERDURI TAPI TETAP CANTIK MENARIK KALA BERBUNGA DITAMBAH BENTUKNYA YANG UNIK.
Tuesday, 31 May 2016
SONETA MELAMUN RINDU...
ASSALAMUALAIKUM...
MELAMUN
RINDU
Datanglah
kasih mengulit rasa
Kukirim rindu
menggebu syahdu
Ingin
bersama setiap masa
Mengubat
lara hati yang sendu
Maafkan aku
duhai Kekasih
Meninggalkan-Mu
melompong atma
Mudah-mudahan
cintaku masih
Hanya untuk-Mu
saja selama-lama
Basah bibir bertasbih,
berzikir
Munajat doa
mengusir alpa
Mengisi jiwa
yang amat fakir
Hamba yang
hina menunduk rupa
Ya Ilahi Rabbi rindu bertemu
Pasrah dan
reda akan takdir-Mu
Monday, 30 May 2016
TERBITKAN CATATAN KENANGAN...
ASSALAMUALAIKUM...
SEPANJANG JALAN KENANGAN...
HIDUP KITA INI PENUH DENGAN NOSTALGIA YANG INDAH ATAU SEBALIKNYA...JIKALAU DICATAT DAN DIJADIKAN BUKU BERCETAK TENTU KITA BOLEH MENYELAK LEMBAR KENANGAN ITU BILA-BILA MASA YANG KITA SUKA....SEBAB KALAU TIDAK DICATAT KADANG KITA TERLUPA MOMEN-MOMEN ITU....JIKA ADA YANG BERMINAT MENERBITKAN PELBAGAI KARYA BERCORAK CATATAN KENANGAN ATAU APA SAJA BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK PENERBITAN INI...PI CUMA UAR-UARKAN SAJA INFO YANG DIKONGSI DARIPADA WALL FB DR FAHD RAZY SEORANG DOKTOR PERUBATAN JUGA SEORANG PENULIS...

Sunday, 29 May 2016
HINDARI SIFAT SOMBONG...
ASSALAMUALAIKUM...
SIFAT SOMBONG
Sesungguhnya kesombongan itu akhirnya akan membawa kepada kebinasaan. Terdapat banyak kisah mengenai kesombongan ini di mana akhirnya Allah timpakan kebinasaan ke atas mereka. Kisah iblis yang diusir dari syurga kerana angkuh dan sombong tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. Qarun dan seluruh harta bendanya musnah kerana sikap sombong terhadap kaumnya. Firun juga menerima nasib yang sama apabill dia dan bala tenteranya ditenggelamkan ke dalam laut atas sikap sombongnya yang mengakui dirinya sebagai Tuhan. Kaum Nabi Luth juga binasa kerana sifat sombong dengan menolak kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Luth a.s supaya meninggalkan sifat keji mereka.
Walaupun banyak kisah yang dipaparkan namun masih ramai lagi di kalangan kita yang masih bersikap begitu terhadap sesama manusia. Apakah kita tidak mahu mengambil ikribar dari kisah-kisah yang terjadi itu? Menurut Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w pernah berkata, “Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan.”
Dalam Hadis riwayat Muslim juga, Rasulullah pernah berkata, “Sesungguhnya Allah itu indah dan DIA menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain.”

Dalam Al-Quran, surah al-Luqman ayat 18, Allah telah berfirman, “Dan janganlah engkau memalingkan mukau (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” Firman Allah lagi, di dalam surah al-Zumar ayat 72, “(Setelah itu) katakanlah kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam.”
Banyak lagi dalil yang terdapat di dalam Hadis dan Al-Quran yang menceritakan hal kesombongan ini dan balasannya yang pasti adalah azab Neraka Jahanam.
Namun ramai manusia yang tidak mahu mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang diceritkan di dalam Hadis dan dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran. Manusia masih lagi sambong dan takbur dengan harta kekayaan, wang ringgit rumah banglo besar, sombong dengan ketinggian ilmunya, sombong dengan amal ibadahnya dan banyak lagi kesombongan-kesombongan yang lain. Jikalau orang yang kaya raya, tinggi ilmunya, hebat amal ibadahnya berlagak sombong boleh juga kita terima. Tetapi ada yang kehidupannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pun berlagak sombong. Begitu juga ada manusia yang ilmunya tidak seberapa pun tetapi tetap hendak bersifat angkuh. Tidak tahulah apa yang hendak disombongkan oleh mereka-mereka itu.
Ketahuilah bahawa apa yang ada pada diri kita semuanya adalah hak milik Allah. Ianya hanya dipinjamkan kepada kita semasa di atas dunia ini. Tidak payahlah hendak sombong, takbur dan riak jika kita memilikinya. Jika Allah hendak mengambilnya balik dalam sekelip mata ianya boleh berlaku. Percayalah "Dari Allah dia datang dan kepada Allah dikembalikan".
Kesimpulannya kesombongan itu tidak akan membawa ke mana-mana melainkan kita akan terjerumus ke dalam api Neraka Jahanam.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah
.

Renungkan dan fikir-fikirkanlah.
Saturday, 28 May 2016
ACAR IKAN TALANG...
ASSALAMUALAIKUM...
SUDAH TIDAK BERAPA HARI RAMADAN AKAN TIBA DAN INSYA-ALLAH KITA SEMUA AKAN BERPELUANG MERAIKANNYA DENGAN BERIBADAH SEBANYAK MUNGKIN MERAIH GANJARAN PAHALA JANJI-NYA DAN MOHON KEAMPUNAN KE ATAS YANG TERLANJUR DILAKUKAN SAMADA DIKETAHUI ATAU TIDAK...
SEHARIAN BERPUASA KADANG HILANG SELERA JUGA... HIDANGAN YANG BANYAK TERSAJI DI DEPAN MATA BAGAI TAK MAMPU NAK DITELAN.
OLEH ITU PERLULAH BERSEDIA DENGAN MAKANAN SEDERHANA YANG ADA RASA MASAM DAN MASINNYA SEUMPAMA ACAR UNTUK MEMBUKA SELERA....BANYAK JENIS ACAR YANG BOLEH DISEDIAKAN LEBIH AWAL KERANA TAHAN LAMA TARIKH LUPUTNYA SEPERTI ACAR LIMAU, ACAR BUAH, ACAR IKAN KERING DLL.
ACAR IKAN TALANG ...
1cawan ikan talang masin yang sudah didadu- digoreng garing
1/2 kg buah jeruk campur
1 1/2 cawan gula pasir
1sudu garam halus
1/4 cawan bijan - digoreng tanpa minyak
Bahan Blend:
30 biji cili kering-buang tangkai & basuh
-Terus goreng dalam minyak panas...biar sebiji-sebiji ...sekejap sahaja sehingga wangi
- Cili yang dah goreng di blend bersama 1/2 cawan air
Bahan Rebus:
20 biji bawang kecik - biar sebiji-sebiji
20 bawang putih - biar sebiji-sebiji
2 ketul halia -racik seperti batang mancis
1 1/2 cawan cuka
Bahan Tumis :
1 cawan minyak
2 sudu teh halba campur (macam tumis kari tu)
1 sudu kas-kas ( jika ada)
1. Sangai....bijan digoreng tanpa minyak hingga nampak kuning.Sejukkan
2. Ikan talang masin dibasuh & goreng garing
3. Bahan Rebus..Masukkan bawang kecik..bawang putih ..halia & cuka dalam periuk & masak
sehingga mendidih.tutup api & biarkan sejuk
*** Proses ini penting untuk menjadikan bahan-bahan ini tidak akan empuk & akan kekal rangup
4. Panaskan 1 cawan minyak & tumis bahan tumis
5. Masukkan cili kering yang telah digoreng wangi & diblend halus..
6. Mesti masak hingga garing & naik minyak supaya semua airnya kering
** Acar yang tiada kandungan air akan berkilat...lebih menarik & lebih tahan lama
7. Masukkan bahan yang dah direbus bersama cukanya sekali..
*** Ketika ini bau acar mula menyerlah..
8. Masukkan ikan masin goreng & semua buah jeruk campur....Masukkan juga garam & gula
** gula digunakan agak banyak untuk seimbangkan rasa masam dari cuka & juga sebagai pengawet
9. Taburkan bijan yang sudah digoreng tanpa minyak & gaul rata
10. Masak hingga semua bahan sebati dan mendidih selama beberapa minit .
Biar hingga sejuk barulah dimasukkan ke dalam botol atau bekas untuk disimpan
*** Acar akan lebih sedap selepas beberapa hari disimpan selepas dimasak kerana semua bahan akan sebati.Jika perlu..panaskan semula selepas beberapa hari & biarkan betul-betul sejuk baru dimasukkan dalam bekas bertutup..
Resepi https://namakucell.blogspot.my

Friday, 27 May 2016
CERPEN UTUSAN MALAYSIA SABTU..
ASSALAMUALAIKUM...
CUBA-CUBALAH MENULIS CERPEN DALAM UTUSAN MALAYSIA SABTU ....MANATAHU DAPAT GANJARAN 1000 RM JIKA TERPILIH SEBAGAI PEMENANG..
CUBA-CUBALAH MENULIS CERPEN DALAM UTUSAN MALAYSIA SABTU ....MANATAHU DAPAT GANJARAN 1000 RM JIKA TERPILIH SEBAGAI PEMENANG..
PERANG NURANI DAN ZULMANI...
ASSALAMUALAIKUM....
SALAM JUMAAT MULIA....
Nurani di pimpin olih perpaduan akal dan qalbu(rusyd)
Sedangkan zhulmani di pimpin olih nafsu.
SALAM JUMAAT MULIA....
Di dalam diri manusia sering terjadi peperangan di antara nurani(cahaya) dan zhulmani(kegelapan). Ini adalah fitrah manusia
Nurani di pimpin olih perpaduan akal dan qalbu(rusyd)
Sedangkan zhulmani di pimpin olih nafsu.
Seandainya nafsu yang menang maka akal dan qalbu di bawa olih nafsu ke wilayah zhulmani sehingga semakin jauh terbawa di dalam kegelapan.
Demikian juga seandainya rusyud yang menang. Manusia semakin dimudahkan perjalanan hidupnya kerana ada cahaya nur dan hidayah yang melindungi mereka dari kegelapan yag menakutkan
Ustazah Siti Nurbayah Usman
Thursday, 26 May 2016
MENGENANG SILAM LALU..
ASSALAMUALAIKUM...
.
HIDUP TERKINI DAN DULU-DULU.
Adakah bezanya? Mestilah ada. Sebab dulu tidak sama dengan
sekarang. Kalau nak dibuat perbandingan bagai langit dengan bumi. Zaman yang
sempat PI lalui adalah akhir tahun 60-an. Berada di kampung halaman di Kedah
Darulaman yang indah permai dikelilingi sawah padi penyejuk jiwa seluas mata
memandang. Cara hidup bergantung seluruhnya kepada kemampuan diri tanpa ada
kemudahan yang menyenangkan.
Kebanyakannya masih mendiami rumah-rumah kecil beratap nipah
dan berdinding nipah yang disemat. Ada juga rumah agam yang tersergam di tengah
kelompok rumah-rumah kecil seakan pondok menunjukan kemajuan kehidupan mereka
atau telah diwarisi daripada keturunan mereka sejak lama.
PI tinggal dengan tok PI setelah ibubapa PI berhijrah ke
Pahang menyertai skim FELDA. Rumah tok PI sederhana saja buat menampung
keluarga. Semua keperluan untuk kehidupan diadakan sendiri. Maksudnya kalau
hendak makan nasi kenalah tanam pokok padi. Bendangkan ada. Tanamlah padi jawi
atau padi pulut. Setelah masak dituai secara berderau. Padi ini dipukul di tong
pemukul padi untuk memisahkan padi dari jeraminya, kemudian dijemur, dianginkan,
ditampi pula untuk memisahkan padi hampa dengan yang bernas.
Setelah itu ditumbuk pula untuk dapatkan beras yang putih.
Ketika menjemur padi kerja PI adalah menghambat ayam daripada makan padi. Kalau
dibiarkan alamatnya habis padi dan tak dapat dijadikan beras lagi. Ketika padi
sedang ditumbuk kerjanya pula menyapu lesung pula agar padi tidak tumpah dari
lesung.
Hendak makan sepinggan nasi pun beberapa fasa perlu dilalui.
Takkan nak makan nasi putih saja kan. Mestilah seimbang nilai pemakanannya.
Lengkap dengan lauk, sayur, buah-buahan yang diperlukan tubuh. Nak makan sayur
kenalah rajin menanamnya di sekitar rumah.
Tentang lauk/ikan/sotong/udang/ketam/ kerang/siput tak perlu dibeli
untuk dapatkannya. Rajinkan juga mengtur langkah kaki ke tepi laut atau ke laut.
Banyak sekali sumber protin itu di sana. Malas nak ke tepi laut boleh pancing
saja ikan di bendang. Ikan haruan, keli, puyu cepat saja makan umpan di ujung
mata pancing.
Sudah dapat ikannya bolehlah digulai atau dimasak asam pedas.
Tapi terasa nak menggoreng pula. Mana pula minyaknya. Sebelum berfikir nak
menggoreng segala makanan proses menyediakan minyak masak mulakan lebih awal.
Kelapa matang dikoyak kulit dan disagat isinya. Santannya diperah dan dibiarkan
semalaman sebelum dikaut santan yang beku lalu dimasakan dalam kuali atas dapur
kayu. Sekian lama diatas api terhasillah minyak daripada santan kelapa.
Minyak kelapa buatan sendiri bukan main harum aromanya dan
amat sedap digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Boleh juga digunakan sebagai
minyak rambut dengan terlebih dahulu dicampur bunga melur, tanjung atau
cempaka. Selain itu dibuat minyak urut untuk mengurut tubuh yang lenguh
membetulkan simpulan urat dengan campuran aneka herba.
Untuk memasinkan makanan garamnya tidaklah dibuat. Harganya
sekupang saja dan tahan lama penggunaannya jadi beli saja di kedai. Tapi untuk
dapatkan rasa manis dalam kuih-muih yang dibuat tok PI akan membuat
nisan/manisan daripada buah nipah. Buah nipah ini dibiarkan hingga tua sambil
mayangnya diurut agar elok tunduknya dan senang disadap menggunakan pisau
potong padi yang tajam. Daripada mayang nipah akan mengalir nira ke dalam tuke
buluh yang digantung di ujungnya.
Hasil pengumpulan nira yang hampir seperiuk besar dimasak
pula diatas api sehingga kuning keemasan dan likat. Bukan main sedap lagi
rasanya dimakan dengan lempeng kelapa, cendol atau apom kukus.
Untuk mengalas tidur anyamlah tikar daripada tumbuhan mengkuang dan bantal yang dibuat meletak kepala berisi kekabu putih yang dkutip untuk dijadikan bantal.
Begitulah cara kehidupan dulu dulu yang sederhana tetapi amat perlukan kerajinan tahap
tinggi dalam mengendalikannya. Jikalau asyik berpangku tangan alamatnya susah
hidup. Nasib tak baik kebuluran
PI terkenangkan kata-kata arwah tok PI bahawa hidup orang sekarang terlalu mudah kerana negara kita sudah kaya raya dan maju. Benarkah? Entahlah...
Wednesday, 25 May 2016
AIDILFITRI SAJAK-SAJAK KENANGAN---HADIAH SIFU TABIR ALAM....
ASSAKAMUALAIKUM...
PI MENERIMA NASKHAH SONIAN KIRIMAN SIFU TABIR ALAM YANG DIODER SEBAGAI SOKONGAN PI KEPADA PENGKARYA SONIAN YANG TERLIBAT...INGATKAN HANYA NASKHAH SONIAN SAJA RUPANYA SIFU TURUT MENGIRIMKAN HADIAH BERUPA ANTOLOGI SAJAK-SAJAK KENANGAN AIDILFITRI....TERIMA KASIH BANYAK HADIAH PEMBERIAN SIFU TABIR ALAM YANG SANGAT BERHARGA DAN BERMAKNA INI...

ANTOLOGI SAJAK AIDILFITRI SAJAK-SAJAK KENANGAN MENGGABUNGKAN RAMAI PENYAIR TANAHAIR, SINGAPURA, INDONESIA, THAILAND, BRUNEI DARUSSALAM.
ANTARANYA, MOHROSO DOLOH. THAILAND, ANNIE DIN, DODI ALFY AZ, NOOR AISYA, KHAZIAH YEM - SINGAPURA
SONI FARID MAULANA, GHUFRON CHOLID, SYARIFUDDIN ARIFFIN, ROIS RINALDI, ROHMANIDAR SHAFEI PUTRI, DEBI ROSELINI, ELI AWALIAH ROSSELINI, FARIS NAUFAL RAMADHAN - INDONESIA
DIPINGGIRAN, FIRDAUS NORDIN - BRUNEI
UMMI MARSYETA, YAHTI HAYATI, ZARIR ALI, ZURAIDAH DEWI, TOK BATIN SHAM, TABIR ALAM, TERUNA DESA, SITI ZAITON AHMAD, SYAHFREIN EFENDI USMAN, SRI MAWAR, SYUSYAH ZA, SANIAH MASRI, SAZALEE SULAIMAN, SETI ZALEHA, SITI ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, ROSIMAH BUYUNG, RUS ASAN, SABARRIAH BAHARI, SABARIAH ROS, PUZI HADI, RIA ASMIRA, PADIN MAJID, FAUZI MOHD ISA, PARIDAH ISHAK, NORSIAH KANDAR, NUR AIN HANIS, ONN ABDULLAH, NORJANNAH MA, NORGADIS LABUAN, NORAIS, NINI ZALINA, NIK DAHNA, NIK MOHD IZNAN, NINI ZALINA, M SHAH, MAMU MK HASMY, NAZIM MOHD SOBARI, MAWADDATUN ASYAKIRIN, LYA JAMYLYA AMIE, LYNN LYNDA ARDIE, KAMALIE HUDI, K MANJA, LATTY LATISSA, KASEH CHEMPAKA, KAMARSINAH SARKAM, IJAMALA MN, HAMIZUN SHAH, GABRIEL KIM, CT NURZA, CITRANALIS, BAYU PAGI, ASSYARAMI, ASMIRA SUHADIS, AMIR HAMZAH, AHKARIM, ALANA SUE, AL-HISYAM - MALAYSIA
SAJAK AIDILFITRI YANG MENGUNGKAP KENANGAN PENYAJAK TERLIBAT DALAM SEDIH SUKA DAN DUKA MELEWATINYA.

HAIKU DAUN RERAMA...
ASSALAMUALAIKUM....
MUTAKHIR INI PI RALIT SEKALI MEMPELAJARI CARA MENULIS HAIKU YANG BETUL DALAM PROJEK PELANGI KELOLAAN SIFU TABIR ALAM....MEMENINGKAN KEPALA JUGA MENGIKUT RENTAK PUISI JEPUN INI SEBENARNYA...MENENTUKAN KIGO TIDAK BERTINDIH DAN TANDA KIREJI YANG MEMISAHKAN IMEJ DAN MAKSUD TERSIRAT ATAU YO IN MENGAMBIL MASA LAMA JUGA MEMIKIRKAN....KADANG BERHARI-HARI BARU SIFU TABIR ALAM MELULUSKAN HAIKU YANG DIYAKINI KUALITINYA....
DAN PI BARU BERJAYA MENULIS LIMA HAIKU YANG SEDERHANA SAJA...

Paridah Ishak
Selayang Utama
25/5/2016

pic google image

Haiku
#1
Pondok
pinggiran
Kencang
taufan tengkujuh
Puing
berserak
Haiku #2
Sekawan ciak
Menyongsong pagi hari
Beralun dendang
Haiku #3
Naskhah sonian -
Hadiah Aidilfitri
Gubahan minda
Haiku #4
Anggerik bulan
Kelopak putih lembut
Pesona murni
Haiku #5
Daun rerama
Hutan rimba berduri
Lestari hidup
Paridah Ishak
Selayang Utama
25/5/2016
pic google image
Tuesday, 24 May 2016
PENGALAMAN NGERI PEMANCING YANG HILANG.........
ASSALAMUALAIKUM..

Johor Bahru - Melihat kelibat pontianak dan terjumpa sekumpulan ikan lumba-lumba adalah antara pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh Syahril Mohamad, 30, dan Korperal Mohd Firdaus Jalil, 34.
Kedua-dua kaki pancing itu bagaimanapun tetap kuat semangat dan yakin bantuan tetap akan tiba meskipun turut diuji dengan angin kuat, selain turut melihat berlakunya pusaran air.
Mereka adalah antara 12 pemancing termasuk tekong dan awak-awak yang dilaporkan hilang di Pulau Aur, Mersing, Khamis lalu, berikutan terkandas selama tiga hari di lautan berkenaan.
Berdepan detik cemas itu juga membuatkan Mohd Firdaus yang berkhidmat di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, menggunakan pengalaman lebih 10 tahun dalam unit beruniform itu.
“Semasa mendapat tahu saluran minyak bocor dan kehabisan bahan tersebut, saya hanya mampu terdiam dan cuba bertenang sebaik mungkin dan kelebihan sebagai anggota polis, saya gunakan untuk bantu menenangkan rakan lain.
“Tidak dinafikan, ada waktu keadaan menjadi tegang antara kami dan tekong, namun kami berusaha untuk cuba menenangkan antara satu sama lain dan saya turut mengajak mereka sentiasa berfikiran positif,” katanya.
Bapa dua anak dan berasal dari Melaka itu memberitahu, tambah merisaukan apabila kedudukan bot yang mereka naiki hampir memasuki perairan Indonesia kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing, selain bekalan makanan juga hampir habis.
“Alhamdulillah, kami amat bersyukur apabila melihat kelibat helikopter Maritim semalam. Tiada kata-kata yang terkeluar, hanya mampu mengucapkan syukur kepada ALLAH SWT, sekali gus mahu segera pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.
Bagi Syahril yang berasal dari Pulau Pinang pula, pelbagai pendekatan digunakan mereka untuk bertenang dan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan ia termasuk meneruskan aktiviti memancing selain menyanyi bersama-sama.
“Ada waktu kami menyanyi sekuat-kuatnya semata-mata untuk menghilangkan tekanan, selain menenangkan diri, malah kami turut membuat isyarat SOS menggunakan kabus dengan harapan ada kapal dagang yang melihat,” katanya.
Sungguhpun terpaksa berdepan pengalaman getir itu, kedua-dua mereka memberitahu, tidak akan pernah serik keluar memancing pada masa akan datang kerana ia adalah hobi sejak lapan tahun lalu serta sukar untuk dilupakan.
MENDOAKAN DIRI SENDIRI...
ASSALAMUALAIKUM....
MEMANG WAJARLAH KITA MENDOAKAN KEAFIATAN, KESEJAHTERAAN DIRI SENDIRI...BERTAUBAT DARIPADA KESALAHAN LALU YANG DILAKUKAN SAMAADA YANG TERSEMBUNYI ATAU TIDAK DISEDARI DAN MENDOAKAN KEAMPUNAN ALLAH TERHADAP IBU BAPA KITA, ANAK-CUCU KITA SETERUSNYA BERSAMBUNG DOA-DOA YANG TASDIK DI HATI KITA...JOM KITA MENADAH TANGAN BERDOA DENGAN TULUS IKHLAS...

Monday, 23 May 2016
ROMAN CINTA...
ASSALAMUALAIKUM...
ADA YANG BERMINAT MENULIS ROMAN CINTA YANG SYAHDU DAN MENYENTUH JIWA? ...JIKA SUDAH ADA MANUSKRIPNYA BOLEHLAH HANTARKAN KEPADA PENERBITAN INI....KALAU BELUM ADA CUBA-CUBALAH MENGGARAP KARYA....MEMULAKAN SEBUAH KARYA PENULISAN MEMANG AGAK PAYAH TAPI SETELAH NENULISNYA TIDAK SABAR PULA HENDAK MENGHABISKANNYA....TIADA MULA TIADALAH AKHIRNYA...AYUH MULA MENCAMBAH IDE MELUKIS ILHAM DENGAN CANTIK....

Sunday, 22 May 2016
HUKUM BERPUASA SUNAT SELEPAS NISFU SYAABAN...
ASSALAMUALAIKUM...
- See more at: http://www.utusan.com.my
Hukum puasa selepas Nisfu Syaaban
AL-BAYAN
MOHD. RADZI MOHD. ZIN | 20 Mei 2016 5:20 PM
“Aku nak puasa sunatlah Isnin ni. Ini kan bulan Syaaban, bulan kita digalakkan berpuasa sebagai persiapan menghadapi Ramadan tidak lama lagi,” kata Ishak.
Namun, rakannya, Ali menegur: “Kalau tak silap aku, kita tak boleh puasa sunat selepas 15 Syaaban tapi entahlah, aku pun tak berapa pasti”.
Demikian antara dialog yang kerap kedengaran apabila kita sudah berada pada Nisfu Syaaban (15 Syaaban). Ternyata, masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban. Ada yang menyangka, logiknya makin hampir dengan Ramadan makin elok kita puasa untuk membiasakan dengan puasa fardu itu.
Memang ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang membenarkan puasa selepas 15 Syaaban dan ada juga yang melarangnya. Menurut qaul yang muktamad dalam Mazhab Syafie hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban adalah haram dan tidak sah. (Namun, ada beberapa pengecualian yang akan dijelaskan di bawah)
Dalil-dalil yang melarang puasa selepas 15 Syaaban antaranya:
* Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa.” (Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud).
* Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika telah separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadan”. (Riwayat Ibnu Majah)
Sungguhpun dihukumkan haram, pengharaman berpuasa pada nisfu kedua Syaaban ini tidaklah mutlak. Ia bukan seperti pengharaman berpuasa pada lima hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa iaitu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijah (hari raya puasa dan haji) dan juga tiga hari tasyrik.
Sebaliknya, pengharaman berpuasa selepas Nisfu Syaaban dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum haram dan tidak sah puasa selepas nisfu kedua Syaaban mempunyai pengecualian seperti berikut:-
1. Puasa sunat itu disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada dalam nisfu pertama (separuh pertama) Syaaban walaupun dengan hanya satu hari (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Syaaban) dengan syarat ia berterusan sehingga Ramadan.
Jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Syaaban dan hari-hari berikutnya. Tetapi jika setelah berpuasa pada 15, 16, 17 Syaaban, dia tidak berpuasa pada 18 Syaaban, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 19 Syaaban dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah masuk Ramadan.
2. Puasa sunat yang dilakukan menjadi amalan biasa seseorang (orang yang ahli puasa). Contohnya, seseorang yang mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis, maka tidaklah jadi halangan untuknya meneruskan puasanya itu.
3. Puasa qada sama ada qada puasa fardu atau qada puasa sunat yang berwaktu.
4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ia tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua Syaaban.
Contohnya, seseorang bernazar mahu berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis itu sudah masuk dalam separuh kedua Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut. Namun, jika dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua Syaaban, tidaklah boleh dia berpuasa dan tidak sah nazarnya itu.
Saturday, 21 May 2016
JUS BUAH-BUAHAN YANG SEDAP...
ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT MERAIKAN NISFU SHAABAN DENGAN AMAL IBADAH SEMPENA KEHADIRANNYA..BERDOA BANYAK-BANYAK AGAR SEGALA AMAL IBADAH KITA DITERIMA ALLAH....KALAU TERASA HAUS BOLEHLAH SEDIAKAN JUS MINUMAN YANG LAZAT NI...BOLEH PILIH ANTARA TIGA RESEPI YANG PI KONGSIKAN DI SINI...
MILKY RAMBUTAN

1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
gula secukup rasa jadikan air gula
ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam
Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu kedalam jug
masukkan air gula dan rasakan secukup rasa
tambah air jika perlu
Letakkan ketulan ais dan biji selasih
Sedia di hidangkan dingin

AIR BUAH COCKTAIL
Respi Oleh : Kak Fida
Rujukkan : My Resepi

1 tin buah-buahan campuran ~ fruit cocktail
1 tin susu sejat
2 tin susu air ( guna tin susu sejat tadi untuk sukatan air)
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
Secukupnya agar-agar siap atau sumi
Ketulan ais secukupnya
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Satukan air, susu, gula, tepung kastard, secubit garam dan sedikit esen vanilla dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih
Senantiasa kacau adunan supaya kastard tidak melekat di dasar periuk
Bila dah didih, sejukkan
Setelah benar-benar sejuk, masukkan dalam mangkuk, letakkan sumi jelly dan buah-buah cocktail
Letakkan juga ketulan ais bila menghidang nanti
Jika suka boleh perahkan juga jus lemon atau hirisan lemon di dalamnya

Subscribe to:
Comments (Atom)
MyBloglist
-
-
Terima kasih daun keladi blogger kak PI - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Alhamdulillah, parcel ni selamat tiba ke tangan anies Sabtu lepas. bila pegang, wah... berat juga ni! apa agaknya yang *...7 hours ago
-
Terima kasih wira kami : Sampaikan penghargaan buat kakitangan Hospital Putrajaya - TERIMA KASIH, WIRA KAMI! Pernahkah anda menerima layanan yang menceriakan hari anda di Hospital Putrajaya atau Institut Endokrin? Mungkin seorang d...8 hours ago
-
-
-
19 ways smartphones have changed our lives - There's an App for That If you've never experienced life before the rise of smartphones, it's probably hard to imagine exactly that. After all, that f...11 hours ago
-
-
Mendarat Di Jeddah Ke Ansar Hotel, Welcome To Madinah.Jumpa Mutawwiff. - *Bagaikan mimpi, sekelip mata nampak " Welcome To Madinah " Subahanallah.* *Perjalanan Menuju Madinah dan Bermalam Dalam Kapal Terbang* Debaran kini sema...13 hours ago
-
Pulang Dengan Jiwa Yang Tidak Lagi Sama - 04 Ramadan 1447H Alhamdulillah. Kaki ini akhirnya menjejak kembali bumi 'Malaya' yang bertuah. Menamatkan musafir ke tanah jiran serumpun. Bermula di A...23 hours ago
-
Belian ResV Shaklee Oleh Ibu Berpantang - Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah bestnya bila dapat share cerita macam ni 🥰 [image: Resv shaklee, free membership shaklee, keahlian percuma shaklee, b...1 day ago
-
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2026 TERUS MENGORAK LANGKAH UNTUK TAHUN KE-5 - Festival Raya ikonik, *Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR)*, kembali pada tahun 2026 dengan membawa kemeriahan yang lebih besar bersempena penganj...3 days ago
-
-
CAHAYA RAMADAN DAN JIWA YANG MERINDU - *CAHAYA RAMADAN DAN JIWA YANG MERINDU* Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Hujan masih lagi turun Sekejap deras Sek...6 days ago
-
Berkimono Dalam Titisan Salji di Ishikawa... - Mak tertarik dengan pokok bunga ni, mulanya mak ingatkan kobis bunga. Pagi di Kanazawa. Hari ni tidak ada rancangan untuk keluar jauh. Hanya bersiar-siar...6 days ago
-
-
Ramadan Kareem 1447 - Alhamdulillah, esok, 19 Februari 2026umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasadi bulan Ramadan Al-Mubarak Selamat Menyambut Bulan Ramadan 20...6 days ago
-
Homestay Rizkry Pekan, Pahang Tawarkan Harga Berpatutan - Assalamualaikum Hampir setiap minggu 3,4 jemputan.Mesti perlukan rumah untuk bersanggah atau untuk ahli keluarga berehat terutama di Pahang. Setiap...1 week ago
-
Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Makan-Makan Terakhir Bersama Adik Intern. *Kisah lunch hour Jumaat lepas 23012026....4 weeks ago
-
Jeruk buah binjai - Sambung dari kisah udang geragau kak ana dari entri yang lepas, satu lagi yang jiran kak ana , Zura bawa dari kampungnya di Rembau, adalah jeruk buah binj...4 weeks ago
-
Mencari Gembira Dalam Kerjaya. - Mencari kegembiraan dalam pekerjaan adalah keperluan. Mendapat kegembiraan adalah salah satu terapi kehidupan. Sahabat pula mewarnai perjalanan. 🌹🐜 ...5 weeks ago
-
Nota Kaya Halal: Tuhan, Aku Ingin Kaya - Disebalik kesibukan saya bermain dan leka dengan imej dan video AI, saya tetap meneruskan hobi 'old school' ini iaitu membaca buku. Buku Nota Kaya Halal:...4 months ago
-
-
SWIPEL AFY HANIFF | BAGAIMANA SWIPEL DIHASILKAN – KUALITI BERTARAF DUNIA DARI MELAKA - *SWIPEL AFY HANIFF | BAGAIMANA SWIPEL DIHASILKAN* Assalamualaikum guys. Nak tanya ni…. Rumah korang ada lipas tak? Ada semut tak? Kadang-kadang ada l...6 months ago
-
Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya - Kali ni saja aku nak try buat satu segmen blogger. Tapi nak bagitau siap-siap, segmen ni tak ada hadiah. Sekadar suka-suka je. Bonus point bagi blogger y...8 months ago
-
Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...8 months ago
-
APLIKASI INFO GEMPA BUMI DUNIA - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Zumal muncul lagi untuk nukilan seterusnya. Dalam tulisan ini Zumal ingin menyatakan kebimbangan tentang gemp...9 months ago
-
Jurnal 1 Syawal Hari Raya Aidilfitri 2025 - Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025! Kelapangan masa menulis, saya terpanggil berkongsi jurnal 1 Syawal 2025 pada catatan artikel kali ini...10 months ago
-
Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...11 months ago
-
Giveaway Kerajaan Kelapa - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua.. Jom kita sama2 memeriahkan GA Cuya.. Klik banner kat atas untuk join.. Cepat2!!! Dah na...11 months ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...1 year ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...1 year ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......1 year ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*2 years ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...2 years ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...2 years ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...2 years ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...2 years ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...4 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...4 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...4 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...4 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...4 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...4 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...4 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...5 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...5 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...5 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...6 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...6 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...6 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...6 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...6 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...6 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...6 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...6 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...7 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...7 years ago
-
WW#29 Doa Pergi Bekerja - Assalamualaikum Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup kita....aamiin.7 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...7 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...8 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...8 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...8 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...8 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...8 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...8 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...9 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...9 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA9 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...10 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...10 years ago