Tuesday, 17 May 2016

HUTANG BUDI...

ASSALAMUALAIKUM


Hidup kita ini memang saling bergantungan dan perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak kira samaada mereka itu jelas hubungannya dengan kita umpamanya ibu ayah, adik beradik, saudara mara terdekat atau sesiapa saja yang berada di sekeliling kita.

Selain itu tentulah jiran-jiran tetangga kita. Jiran-jiran itu adalah saudara kita yang paling akrab sehinggakan mereka dirasakan seolah berhak ke atas harta kita menurut Nabi SAW. Namun tidaklah sampai begitu sekali.

Aku merasa amat bersyukur justeru sepanjang hidupku ini, aku di kelilingi jiran-jiran yang amat baik lagi prihatin terhadap aku dan keluargaku. Mereka ini membantu apa saja kesulitanku tanpa imbalan apa-apa. Bukan senang hendak hidup sebagai OKU sekiranya tiada tangan-tangan yang sudi menghulur pertolongan.

Jiranku yang di sisi kanan rumah adalah kak Idah dan suaminya Jusuh serta anak-anaknya. Kak Idah ini pantang melihat laman rumahku diserabuti rumput-rumput atau anak-anak pokok, beliau tidak senang duduk untuk membersihkannya. Aku boleh buat juga. Tapi tentu saja kerja-kerja yang dibuat OKU lambat siapnya. Dengan pertolongannya bertambah mudah kerja-kerja yang perluku buat.

Beliau ini juga gemar sekali menghantar apa saja penganan yang dibuatnya kepadaku. Bersusun pinggan makanannya yang tidak sempatku pulangkan di rumahku. Jikalau aku ditimpah musibah banjir, pokok-pokok tumbang atau apa saja beliaulah yang pertama akan muncul di muka pintu. Terima kasih banyak-banyak kak idah kerana seringkali membantuku. Dan aku pasti jiranku yang sangat baik ini akan terus membantuku selagi aku hidup dan beliau masih bernafas.

Demikian kisah salah seorang daripada jiran-jiranku yang kesemuanya baik-baik. Baru-baru ini aku mengadakan kenduri akikah cucu bersekali dengan sambut menantu. Kesemua jiran-jiranku satu peringkat 4 datang membantu menguruskan majlisku sehingga selesai segala-galanya. Mereka berlenggeng tangan bergotong royong menyiapkan semua keperluannya sedang aku cuma memerhati. Aku berterima kasih sungguh kepada semua jiran-jiranku yang bersusah-payah membantu menyempurnakan majlisku itu.

Syukur Alhamdulillah. Terasa bertuah sungguh hidupku berada di tengah-tengah masyarakat dan jiran-jiran yang baik lagi prihatin terhadap OKU seperti aku.

4 comments:

  1. Assalamualaikum P
    beruntung lah kan di kelilingi oleh jiran tetangga yang baik hati semua nya
    kekadang kalau dapat jiran yg baik tu mmg sangat berterimakasih pada ALLAH
    yang telah memudahkan semua kerja2 dengan pertolongan mereka
    Bersyukur lah kan Allah telah menetapkan P di kurniakan dgn jiran2 yg sngt prihatin

    ReplyDelete
  2. Jiran2 yg baik pasti membawa berkat utk seluruh kehidupan juga... subhanallah walhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Beruntung akak kerana dikelilingi jiran-jiran yang baik dan mengambil berat. Yalah, kita ni hidup berjiran kena saling berbaik antara satu sama lain.

    Macam saya ni takdalah beruntung sangat seperti akak sebabnya jiran-jiran saya semuanya berlainan bangsa. Itu mujurlah juga mereka ni baik-baik cumanya kita tak tahu sejauh mana mereka akan pergi bila kita ditimpa musibah. Berbaik-baik sangka ajelahkan, kak ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist