Pic Malaysiakini
SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sudah menganggap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon mangsa nahas helikopter di Sarawak seperti adiknya sendiri.
Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rohani memberitahu beliau hadir ke IPK Sarawak untuk menyambut jenazah yang dipercayai Noriah.
Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak berkuasa.
“Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah yang merupakan mangsa pertama kemalangan helikopter,” tulisnya.
Sekitar jam 12 tengah hari tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita tersangkut di tebing Sungai Batang Lupur sebelum dibawa ke Bilik Mayat Hospital Umum Sarawak.
Noriah merupakan salah seorang penumpang yang menaiki pesawat jenis Eurocopter AS350 dari Betong ke Kuching yang hilang petang semalam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.
Pagi tadi, serpihan-serpihan helikopter ditemui pasukan mencari dan menyelamat.
Sinar Harian.
PS: SALAM TAKZIAH DAN ALFATIHAH KEPADA SEMUA MANGSA ISLAM YANG TERKORBAN DALAM NAHAS TERSEBUT DIDOAKAN ROH SEMUANYA DICUCURI RAHMAT ...BERADA DI SISI-NYA DI KALANGAN MEREKA YANG SOLEHIN...AMIIN.
innalillah.. hanya Allah jua sebaik2 perencana..
ReplyDeletesalam takziah.. semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh..
Al-fatihah..sedihnya..
ReplyDeleteINNALILLAH...PERANCANGAN N TAKDIR ALLAH RAHSIA ALLAH KAN CT..KITA TURUT BERDUKACITA..TQ
ReplyDeleteSEDIH SUNGGUHKAN NOHAS...TQ
ReplyDeleteinnalillah.
ReplyDeleteINNALILLAH...TQ WAWA...
ReplyDelete