SALAM JUMAAT YANG MULIA.......
Berkatalah atas sesuatu perkara yang kita boleh, pernah atau sering melakukannya. Janganlah kita memperkatakan sesuatu tetapi kita tidak pernah melakukan atau mengerjakannya. Kita bercerita tentang fadilat solat sunat, solat satu pertiga malam, tentang kewajipan membantu anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta mengimfakkan harta ke jalan Allah namun kita yang bercakap tidak pernah sekali pun melakukannya. Begitu jugalah dalam banyak hal dan perkara-perkara yang lain.
Demikianlah halnya yang terjadi pada Hari Ibu yang baru berlalu. Ramai yang bercerita tentang kasih dan sayang terhadap ibu. Tulis atau ‘copy paste’ di status Fb masing cerita yang indah-indah kononnya terlalu sayang dan amat menghargai pengorbanan ibu. Namun hakikatnya adalah disebaliknya! Mungkin boleh dikira dengan jari mereka yang benar-benar menghayati apa yang mereka katakan. Dalam perlakuan seharian mungkin ada yang tidak melambangkan langsung sifat kasih dan sayang terhadap ibu itu. Mengapakah kita mahu membohongi orang lain serta membohongi diri sendiri? Kalau kita benar-benar kasih dan sayangkan ibu bapa kita tunjukanlah dengan perbuatan dan bukan hanya dengan kata-kata. Janganlah cakap tak serupa bikin.
Di dalam Al-Quran, Surah As-Saf, ayat 2 dan 3 menceritakan akan teguran Allah itu. Amat sangat bencinya di sisi Allah jika kita berkata sesuatu tetapi tidak melakukannya.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.
Org kita kata cakap tak serupa bikin. Palsu!
ReplyDeleteMasya-Allah semoga kita tidak begitu dan anak-cucu keturunan kita juga tidak begitu.
HMM BETULTU KAKZAKIE DENGARKAN CAKAP BUKAN MAIN LAGI...TQ
DeleteAMIIN INSYAALLAH.
semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan dibenci Allah
ReplyDeletebak kata pepatah Inggeris "Practice what u preach"
ReplyDeleteAMIIN INSYAALLAH ACIK..TKSH
ReplyDeleteYELA SAL APA YG DIKATA JADI AMALAN...TQ
ReplyDeleteAmin..in sya Allah.terima kasih peringatan ini kak..setuju sangat...
ReplyDeleteinsyaallah pc mengingatkan diri sendiri sebenarnya...tksh.
ReplyDeleteSetuju sangat.budaya potong dan tampal menjadi2..sampaikan kasih sayang terhadap ibu pun boleh main tampal aje..
ReplyDeleteSemoga kita tidak tergolong dikalangan org2 munafik... nauzubillah...
ReplyDelete