JOM KITA KENALI PUISI HAIBUN PULA...BUKAN BERKEBUN YE...HEH..HEH..
HAIBUN ADALAH PUISI HAIKU YANG DIGABUNGKAN DENGAN PROSA...
SEPERTI YANG PI TULIS DIBAWAH INI...SECARA KASAR UNTUK MEMAHAMINYA BEGITULAH....TAPI KALAU MENGIKUT SIFU TABIR ALAM KARYA HAIBUN PI INI MASIH TIDAK KUKUH LAGI BINAANNYA....TAK SEMUDAH YANG KITA FIKIRKAN JUGA KAN...MEMPROSA HAIKU YANG PENDEK MESTI MENEPATI...NAK MENCIPTA HAIKU YANG BETUL PUN PENING...APALAGI NAK MEMPROSAKANNYA....TAPI MEMPELAJARI SESUATU ILMU SASTERA YANG BARU DARIPDA GURU YANG ARIF ILMUNYA MENYERONOKAN JUGA...
Haibun
Gunung Jerai yang megah berdiri gagah. Di sinilah
Merong Maha Wangsa melabuhkan bahteranya. Dongeng Melayu yang masih gah. Entah
bagaimana cerita sebenarnya yang tersurat periwayatnya perlulah diselak baca.
Meneliti sambil mengkaji akan realiti walau kadang sukar juga terpercaya
menurut logik akal yang sederhana. Namun cerita lisan yang terbawa sejak
generasi ke generasi, zaman berzaman tentu ada kebenaran lantaran perbidalan
kitapun mengatakan “tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.”
Dan ada pula tinggalan
artifak yang dikatakan berupa bahtera besar telah bertukar menjadi batu kerana
kelamaan usianya untuk menyokong kebenaran riwayat yang disangka metos semata.
Kisahnya bagaimana Merong Maha Wangsa yang menabur khidmat mempertemukan puteri
maharaja China dengan putera raja Rom dengan tujuan mengahwinkan pasangan itu
namun dilanggar burung geroda yang ingin menggagalkan niat itu. Niat baik
menghubungkan dunia timur dan barat dengan jalenan ikatan yang lebih murni
melalui perkahwinan.
Maka tersadailah
bahtera besar itu di puncak gunung Jerai dan kesudahan ceritanya tentu
tidak berlaku setakat itu saja. Lanjutan cerita kisah cinta timur dan barat
yang terabadi di kaki gunung Jerai menyimpan pertanyaan yang tidak
berkesudahan. Namun gunung jerai bagiku adalah objek seni lagi indah di mana
pun aku berada. Sawah padi terhampar sejauh mata memandang di kakinya seolah
menggamit aku pulang ke sisinya. Apabila berada di tengah bendang dan memandang
gunung Jerai menyapu awan putih seolah-olah sebahagian masalahku telah
terlerai. Tenang dan damai.
Jerai berkabus
Riwayat Kedah lama
Mengajak pulang
sukar untuk saya fahami tu, apapun terima kasih berkongsi ilmu pengetahuan
ReplyDeleteBUKAN NK FHM PUN PENING YAN..NAK CIPTANYA LAGI PENING HEH..HEH..TQ
ReplyDeleteBila jiwa seorang yg berseni macam PI walau sukar bagaimana pun memprosakannya pasti hasilnya indah utk ditatap besama. Kakak suka:)
ReplyDeletePernah dgr pasal merong maha wangsa.. Ayah aina dulu selalu cerita masa kecik kecik. Hikayat Merong Mahawangsa. =)
ReplyDeleteberseni sungguh ayat PI..")
ReplyDeleteMinat juga puisi ni...
ReplyDeletekna perlahan utk difahami bagi saya puisi ni...bkn jiwa seni kot
Sonian..Haibun..byk cabang sastera yg belum diketahui..
ReplyDeletetau cerita Merong Mahawangsa ni dlm filem...putera raja rom & puteri maharaja china..
minat juga puisi ni kak PI
ReplyDeleteBanyak lagi perkara yang belum saya tahu nampaknya.
ReplyDeleteTerima kasih ilmunya Kak PI
SAMA2 KITA BELAJAR ANEKA BENTUK PUISI DLM SASTERA KITA FIDAH..TQ.
ReplyDeleteTKSH KAKZAKIE SUKAKAB TULISAN KAK...TAPI MMG BETUL KAKZAKIE KALAU XSABAR MMG XMAMPU NK CIPTA HAIKU DAN HAIBUN NI.
ReplyDeleteMERONG MAHAWANGSA KISAH DONGENG DULU2 YG GLOBALISASI SIFATNYA MENGHUBUNGKAN DUNIA TIMUR N BARAT...TQ AINA.
ReplyDeleteYEKE WAWA..TKSH..INSYAALLAH..TLS BIASA2 SAJA TU.
ReplyDeleteSENI SASTERA KREATIF NI ADA YG SUKA N TAK GHAIFA..TAPI SUKA MENULIS OK SGT TU DH ADA SENINYA TU....
ReplyDeleteKAK PUN BARU DUK BLJR NOHAS..BELUM LULUS LAGI HEH..HEH..KISAH MERONG MAHAWANGSA NI MUNGKIN LAGENDA KEDAH N BUKAN METOS KOT...TQ
ReplyDeleteMINAT YA HANA..BAGUS TU...TQ.
ReplyDeleteBaru saya tahu kewujudan puisi Haibun ini... t kasih atas perkongsian kak PI
ReplyDelete