MEI HARI KEDUA ISNIN 2016... SELAMAT BERCUTI LAGI GANTI CUTI PEKERJA HARI SEMALAM....MESTI SUDAH SEDIAKAN SANTAPAN ENAK SEBAGAI HIDANGAN TENGAHARI KOT...KADANG DALAM KESIBUKAN KITA NAK SELESAIKAN URUSAN HIDUP SEHARIAN KITA TIDAK SEMPAT JUGA NAK MASAK SEDAP IKUT SELERA NI....TAK PAYAH SUSAH HATI FIKIRKANNYA....PILIH SAJA RESEPI YANG MUDAH DIBUAT ...CEPAT DAN GERENTI SEDAP...YANG PENTING PERUT KENYANG TERISI.
NASI GORENG KAILAN IKAN MASIN
like emoticon
BAHAN-BAHAN
4 cawan nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin (digoreng)
300 gram kailan (dipotong kecil)
1 sudu sos ikan
1 pokok daun bawang
2 sudu minyak masak
BAHAN DITUMBUK
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
1. Tumiskan bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan, kailan dan sos ikan. Gaul rata.
3. Taburkan ikan tenggiri masin. Gaul sekali lagi.
4. Tabur daun bawang untuk dihidangkan.
Wah sedap ,ringkas dan mudah kan PI ,tak perlu masak lauk lain ....semua ada dua dalam satu.
ReplyDeleteseleranya tgk yg waner ijau tu...
ReplyDeleteNyam-nyam-nyam, lihat gambar ini jadi lapar mbak ...
ReplyDeleteSusah nk cari ikan masin tenggiri buatan bumiputera islam..
ReplyDeletetiba2 acik rasa lapar ni PI,,nak kena cari ikan masin..kailan ganti kangkung pun boleh la kan
ReplyDeleteKejap aje dah masuk bulan Mei..
ReplyDeleteSedap ni Kak..baca ikan tenggiri masin aje dah telan air liur. Kalau digoreng dgn nasi + kailan...mesti lagi sedap.
Ni mmg sesap, sedap dan memang sedappp... :)
ReplyDelete'Sedap'... sampai typo sesap pulak... :D
Delete