Johor Bahru - Melihat kelibat pontianak dan terjumpa sekumpulan ikan lumba-lumba adalah antara pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh Syahril Mohamad, 30, dan Korperal Mohd Firdaus Jalil, 34.
Kedua-dua kaki pancing itu bagaimanapun tetap kuat semangat dan yakin bantuan tetap akan tiba meskipun turut diuji dengan angin kuat, selain turut melihat berlakunya pusaran air.
Mereka adalah antara 12 pemancing termasuk tekong dan awak-awak yang dilaporkan hilang di Pulau Aur, Mersing, Khamis lalu, berikutan terkandas selama tiga hari di lautan berkenaan.
Berdepan detik cemas itu juga membuatkan Mohd Firdaus yang berkhidmat di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, menggunakan pengalaman lebih 10 tahun dalam unit beruniform itu.
“Semasa mendapat tahu saluran minyak bocor dan kehabisan bahan tersebut, saya hanya mampu terdiam dan cuba bertenang sebaik mungkin dan kelebihan sebagai anggota polis, saya gunakan untuk bantu menenangkan rakan lain.
“Tidak dinafikan, ada waktu keadaan menjadi tegang antara kami dan tekong, namun kami berusaha untuk cuba menenangkan antara satu sama lain dan saya turut mengajak mereka sentiasa berfikiran positif,” katanya.
Bapa dua anak dan berasal dari Melaka itu memberitahu, tambah merisaukan apabila kedudukan bot yang mereka naiki hampir memasuki perairan Indonesia kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing, selain bekalan makanan juga hampir habis.
“Alhamdulillah, kami amat bersyukur apabila melihat kelibat helikopter Maritim semalam. Tiada kata-kata yang terkeluar, hanya mampu mengucapkan syukur kepada ALLAH SWT, sekali gus mahu segera pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.
Bagi Syahril yang berasal dari Pulau Pinang pula, pelbagai pendekatan digunakan mereka untuk bertenang dan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan ia termasuk meneruskan aktiviti memancing selain menyanyi bersama-sama.
“Ada waktu kami menyanyi sekuat-kuatnya semata-mata untuk menghilangkan tekanan, selain menenangkan diri, malah kami turut membuat isyarat SOS menggunakan kabus dengan harapan ada kapal dagang yang melihat,” katanya.
Sungguhpun terpaksa berdepan pengalaman getir itu, kedua-dua mereka memberitahu, tidak akan pernah serik keluar memancing pada masa akan datang kerana ia adalah hobi sejak lapan tahun lalu serta sukar untuk dilupakan.
Saya pula yg takut kak PI..
ReplyDeleteKalau kena kat saya..
Serik tak nak memancing hihihi
YELA YATI KAK PUN XTAKUT ALAMI CAMNI..MMG NGERI TU...TQ
ReplyDeletepengalaman ngeri bagi saya...ya allah takutnya
ReplyDeletemcm2 jumpa...
PENGALAMAN NGERI PUN REZKI YG ALLAH BERI QHAIFA HEH..HEH..TQ
Deletealfatihah..
ReplyDeleteAMIIN...TKSH MKL.
ReplyDeleteAMIIN...TKSH MKL.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Walaupun hanyut rupanya masih diatas bot. Ingatkan hanyut dalam air..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteMemancing di laut lepas adalah antara hobi saya. Entah sudah tidak terkira berapa kali saya pergi memancing di laut.
Membaca pengalaman mereka, teringat pula pengalaman saya dipukul ribut ketika mencandat sotong di perairan pulau kapas dulu. Gelombang menghempas kiri dan kanan bot kami. Hanya Allah yang mengetahui betapa cemasnya kami ketika itu.
Yang seronok pula memancing malam di laut ini tatkala bersolat. Di atas bot yang teroleng-oleng, dengan langit yang terbuka luas. Di tengah kegelapan malam yang hanya ada taburan bintang2. Mudahnya diri merasa sangat kerdil. Ketika itu penyerahan bulat2 hanya kepada-Nya. Allahu rabbi...
memang orang kaki pancing ni mempunyai hati yg kuat kan P
ReplyDeletekalau tak cemana boleh di tengah laut boleh nyanyi2 lagi hee
alhamdulillah akhirnya selamat jugak
sy x suka memancing krna x suka menanti...
ReplyDeleteYa Allah..klu sy tak tahu lh mcm man nak hadap situasi.. huhu
ReplyDeletenasib depa kuat semangat.. Memancing ni klu dah hobi, mmg susah nak tinggal.. sama mcm hubby sy kak.. tak pernah bosan...
memang berani2 semua orang kuat mancing ni kan PI..kalau takut..dah tentu terjatuh dlm air masa nampak pontianak tu
ReplyDeleteish ngerinya, nasib baik suami bukan kaki pancing
ReplyDeleteperrgghh! takutnya... Tapi ALhamdulillah la terselamat juga akhirnya
ReplyDeletetakut jugak kalau jadi macam tu.
ReplyDeleteNasib baik suami bukan kaki pancing...
takut laa pulak bila jadi mcm niiii
ReplyDelete