Thursday 15 October 2015

PUISI RUBAIYAT..

ASSALAMUALAIKUM...

TUTORIAL: MENULIS RUBAIYAT
Rubaiyat ialah genre puisi Persia.
Sejarah
Rubáiyát ialah puisi Persia yang terbentuk daripada beberapa kuatrain (bait empat baris). Namanya berasal daripada kata "Rubá'íyah", iaitu bentuk majmuk bahasa Arab untuk perkataan "kuatrain". Bentuk ini diterbitkan daripada kata Arab Rubá (yang bermaksud "empat").
Bentuk
Puisi Persia ini dibentuk oleh kuatrain berima akhir a-a-b-a.
Maka semua baris mempunyai rima akhir kecuali baris ketiga. Baris-baris Rubaiyat adalah accentual-syllabic, biasanya tetrameter (empat degup, "duh-DUH" empat) atau pentameter (lima degup, "duh-DUH" lima kali).
"Rubáiyát" berkait" ialah Rubáiyát dengan rima seperti yang berikut (untuk rubaiyat tiga stanza):
a-a-b-a
b-b-c-b
c-c-a-c
Bilangan stanza dalam sesebuah "Rubáiyát berkait" tidak ada hadnya.
Contoh Rubáiyát (dari Rubáiyát Omar Khayyam yang dialihbahasakan ke bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald):
Wake! For the Sun who scattered into flight
The Stars before him from the Field of Night,
Drives Night along with them from Heaven and Strikes
The Sultan's Turret with a Shaft of Light.
[Stanza 1]
Come, fill the Cup, and in the fire of Spring
The Winter garment of Repentance fling;
The Bird of Time has but a little way
To fly - and Lo! the Bird is on the Wing.
[Stanza 7, Edisi ke-1]
A Book of Verses underneath the Bough,
A Jug of Wine, a Loaf of Bread -- and Thou
Beside me singing in the Wilderness --
Oh, Wilderness were Paradise enow!
[Stanza 12]

The Moving Finger writes; and having writ,
Moves on: nor all your Piety nor Wit
Shall lure it back to cancel half a Line,
Nor all your Tears wash out a Word of it.
[Stanza 71]
-Dipetik daripada tulisan Ariadne Unst dihttp://www.baymoon.com/~ariadne/form/rubaiyat.htm
====================
Kemas kini: 4.10.2015 @ 12.09AM

PROF IRWAN BERUBAIYAT..




kemana pandang jiwa terpukau

Berderu angin berkocak air
Pulau dituju semakin hampir
Hati kagum jiwa tenang
Terasa makhluk-Nya khusyuk berzikir.

Sampai di pulau hari dah petang
Segera ditawari Batak pedagang
Kalau lambat 'kan jadi kacau
Mata di sini, katil di seberang.

Sampai di pulau hari dah petang
Segera ditawari Batak pedagang
Kalau lambat 'kan jadi kacau
Mata di sini, katil di seberang.
irwan abu bakar
kuala lumpur, 7.10.2015

33 comments:

  1. rima nya unik ya, sobat...
    agak berbeda dengan pantun-pantun melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya berbeza dgn pantun2 melayu tradisi.
      tq jery.

      Delete
  2. tahu nama dia panggil rima je..
    time skolah blaja eehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..rima sebutannya ya..kak pun baru tahu.
      tq siti.

      Delete
  3. Kakak tidak mahir dalam hal ini semua
    Kena belajar banyak lagi hal puisi semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pun baru kenali puisi rubaiyat ni kakzakie...biasanya berpantun syair gurindam seloka jer.
      tq kakzakie.

      Delete
  4. Tanpa ilmu, minat dan penghayatan memang sukar nak menghasilkan puisi bernilai spt ni. Menusuk jiwa dan kalbu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela KK..perlu ilmu n penghayatan utk berkarya puisi yg kreatif indah ni.
      tq.

      Delete
  5. Aiza kurang arif mengenai penulisan dan puisi begini.. Bagus perkongsian ini kak paridah, ilmu baru untuk aiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pun baru tahu aiza tu yg dikongsi kat sini.
      tq aiza.

      Delete
  6. Mengolah sebuah puisi rubaiyat ini bukan sekadar perlukan kata-kata indah dgn makna yg mendalam tetapi perlu mengikut aturan. Macam pantun pula... Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah BM pun tahu format menulis puisi rubaiyat ya..
      kak pun baru tahu.
      tq.

      Delete
  7. wow..speechless SB kejap. SB nak bina pantun 4 kerat pun belum tentu lepas, Kak

    ReplyDelete
  8. baguskan puisi rubaiyat ni sue.
    tq.

    ReplyDelete
  9. Bab puisi kak Zai memang kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puisi baru ni zai di sini tapi dh lama dicipta tu.
      tq.

      Delete
  10. Pi singgah kejap ya..akan bw lagi baru keluar kursus letih badan duduk ..ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cikgu etuza walau penat sgt msh bw ke sini..berehatlh dulu.

      Delete
  11. Ilmu baru untuk Zumal, selama nie tak tahu pula tentang puisi rubaiyat nie...

    ReplyDelete
  12. kak pun sama zumal...baru juga tau.
    tq.

    ReplyDelete
  13. Pengetahuan baru..tq kak perkongsian..

    ReplyDelete
  14. Tak pandai nak buat puisi macam ni..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pun dh cuba n kirim pada prof tu tapi salah ktanya fidah heh..heh..
      tq.

      Delete
  15. Assalamualaikum kak dan salam Jumaat

    hmm...Syair Rubaiyat, bagus ni.
    Kalau Adab wa Nusus Arabiah dan `Arudh Qafiah tahulah sikit-sikit, masa ngaji dulu-dulu. itu pun dah banyak yang lupa...maklumlah dah tua hehehe

    ReplyDelete
  16. wsalam..salam jumaat dik ustaz..
    ya syair yg bagus n lain formatnya dgn syair melayu.
    mengaji sastera arab dulu2 ya..hebat tu...sastera arab amat indah n Islam Allah turunkan tika sastera arab amat penting era tu.
    tq abuikhwan.

    ReplyDelete
  17. 1st time dengar pasal rubaiyat ni.. dia nk sama jenis dengan syair2 arab tu ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sbb jadi top pengomen tegar dalam blog saya..
      saya ada nak bagi hadiah sikit sebagai tanda penghargaan..
      http://www.budakpening.com/2015/10/pengomen-pening-suku-ke-3-2015.html

      Delete
  18. tksh phais susah payah nk beri kak hadiah. kak mmg suka nk terima hadiah tapi selalu rasa srbasalah di hati nk menerimanya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist