Sunday 28 June 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-2 PENGALAMAN SAHUR.

ASSALAMUALAIKUM...



Yang membezakan puasa hamba-hamba-Nya yang Islam dengan yang lain-lain itu adalah kerana sahurnya. Kalau tidak bersahur pun sah puasanya. Biasalah kadang kita terlalu kepenatan sehingga deringan jam pun tidak mampu mengejutkan tidur yang sangat jenera. nyenyak amat. Elok melambatkan waktu makan sahur sehingga akhir waktunya

Kenangan PI bersahur suatu waktu dulu tika zaman gelap gelita kerana tiada bekalan eletrik yang dialirkan ke kawasan pertempatan felda begitu nenyentuh rasa. Mengelilingi cahaya pelita menghadap hidangan yang amat sederhana. hanya nasi berserta lauk sejenis saja berserta tamar sudah memadai.

Menjengah keluar rumah masih gelap gelita tapi tidak kelihatan cahaya pelita yang menerangi rumah jiran sebelah. Pastinya mereka sekeluarga belum bangun untuk bersahur. Selamba saja bergegas  ke rumah sahabat PI itu menepuk dinding  rumahnya sambil menyeru namanya untuk mengingatkannya dan keluargaya segera bangun bersahur.

Kalau di kampung bolehlah buat begitu kan sebab kita saling kenal mengenali tapi kalau di bandar jangan nak memandai-mandai. Privasi jiran-jiran kita perlu dijaga sebaiknya.Menghormati dan mengasehi jiran adalah perkara yang sangat dituntut agama sebab mereka adalah saudara terdekat kita.

5 comments:

  1. kenangan manis yg mengusik jiwa,kan...kalau lah boleh diulang semula peristiwa tu...

    ReplyDelete
  2. Hari nie pun Zumal terlewat juga akak, Hehe ^-^

    ReplyDelete
  3. Dekat taman perumahan ai, atok sedara memainkan peranan.. jeritan beliau akan kedengaran ketika waktu sahut,, mengejut jiran2 berhampiran termasuklah cucu sedaranya ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Huhu.. memang dulu dan kini berbeza.. bandar dan luar bandar juga berbeza..

    ReplyDelete
  5. Ada waktu bersahur buatkan kita sayu mengenang waktu dulu2 kan.. nostalgia..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist