Anita dan Sarina
memasuki sebuah restoran yang berhampiran dengan lokasi penggambaran. Sebaik
habis penggambaran yang melibatkan watak yang dipegang kedua-duanya, Sarina
segera menyeret tangan Anita dan membawanya ke kereta.
Dia tidak mahu
berlengah-lengah lagi kerana bimbang Anita akan mengubah fikirannya apabila
bertemu Johan yang kebetulan sedang sibuk mengurusi set prop latar untuk
penggambaran seterusnya,
“Kau pandang apa
lagi tu…jomlah. abang Johan sedang sibuk tengok prop tu. Dia tidak ada masa
hendak bercakap dengan kau.”
Terpaksa juga
Anita mengekori Sarina ke sini kerana tidak ada alasan konkrit yang boleh
diberi. Sekiranya sang Sutradara Johan memberinya sedikit perhatian, tentu dia
berjaya mengelakan dirinya dari Sarina.
Setiap kali keluar
kemana-mana bersama Sarina hatinya cuak dan risau. Bimbang terperangkap dengan
helah Sarina yang sentiasa hendak mengenalkannya dengan lelaki-lelaki yang
sentiasa bermaksud sebaliknya. Mudah-mudahan kali ini tidak ada maksud Sarina
yang tersembunyi yang tidak diketahuinya. Demikian doanya.
Anita dan Sarina
sedang menunggu pesanan makanan. Tiba-tiba saja muncul wajah dua lelaki yang
tidak disukai Anita. Yang ingin dijauhinya. Wajah Anita berubah. Dia sudah
menduga sesuatu yang direncana Sarina sebaik melihat wajahnya yang ceria
dihiasi senyuman manis manja menyambut kehadiran kedua-dua lelaki yang muncul
secara ‘kebetulan’ itu.
“Kamu berdua pun
ada di sini?” Tanya Datuk Shaari, seakan terkejut.
“Orang kata
begitulah, kalau ada rezeki, ada jodoh memang macam nilah, pusing sini
terjumpa, pusing sana…aik dah nikah pulak..” sela Amin dengan lagak lucu yang
menyukakan hatinya. Tetapi Anita memandangnya dengan jengkel. Wajahnya dipaling
ke arah lain. Kenapalah kedua-dua makhluk yang ingin dijauhinya itu tiba-tiba
saja menempel di hadapan matanya. Hatinya tertanya-tanya.
“Jomlah join
kami.” Tutur Sarina lembut dan manja mempelawa. Terkesima Anita. Dia tidak
menjangkakan situasi yang tidak diingininya akan dilaluinya juga.
“You don’t mind kan Nita?” Anita hanya
angkat bahu. Bibirnya terkemam. Giginya dirapatkan. Menahan geram yang tidak
dilepas menjadi perkataan.
Amin dan Datuk
Shaari mengambil tempat yang tersedia. Kedua-duanya melepaskan senyuman manis
kepada Anita dan Sarina. Anita membalasnya hambar tetapi berusaha dimaniskan
wajahnya agar tidak terlalu ketara dia tidak menyenangi kehadiran dua manusia
ini di sisinya.
“Awak oder apa
tadi?” Tanya Datuk Shaari memandang kedua-duanya bersilih ganti.
“Biasa-biasa saja,
nasi paprik dengan tomyam.” Balas Sarina.
“Ala itu tak sedap
sangat.” Datuk Shaari menggamit seorang waiter, agar datang kepadanya.
“Awak beritahu
dengan Manager awak, Datuk Shaari ada
di sini. Dia tahu makanan yang selalu saya oder.” Waiter mengangguk. Dan
berlalu pergi.
“Jangan lupa udang
goreng butter ya. Pilih udang yang besar-besar sikit tau.” Sahut Amin membuat
pesanan dengan suara yang kuat.
Tingkah laku
kedua-duanya itu sangat memualkan Anita. Dia memalingkan wajahnya ke hala lain
untuk mententeramkan perasaan geram dan meluatnya menanggapi situasi sebegitu.
‘Ramai lagi tokoh
korporat yang lebih kaya raya. Tetapi kehidupan mereka biasa dan selamba.
Tidaklah terlalu menunjuk-nunjuk dan ego tidak menentu. Nampak gayanya si
pembantu pun lebih kuah dari sudu.’ Anita berbisik dengan dirinya.
“Besok kami sudah hendak ke pulau Datuk,”
tutur Sarina. Shaari hanya mengangguk sedikit. Dia sudah maklum mengenainya.
“Datuk hendak
pergi dengan kami, atau datang kemudian?” Anita menjuihkan bibirnya mendengar
pertanyaan itu. ‘Sarina ni tidak habis-habis hendak mempelawa orang tua ini ke
pulau. Agaknya apa hajatnya? Apa motifnya?’ Anita menyoal dirinya.
“Datang di hari
terakhir shootinglah bagus. Biar
budak-budak lain balik dulu. Lepas tu bolehlah kita enjoy sakan.” Sahut Amin.
“Ini yang saya
susah hendak beritahu. Saya harap Anita dan Sarina tidak kecil hati ataupun
kecewa. Besok saya ada a very important
corporate meeting selama seminggu mulai esok. Klien saya dari Germany
hendak datang untuk menandatangani MOU antara bisnis kami.” Ujar Shaari
melepaskan keluhan yang lelah dan amat mengecewakannya.
Anita pula merasa
girang dan lega sekali. Kemudian berpura-pura merasa turut kecewa kerana aral
yang menghalangi langkah Datuk Shaari yang hendak mengganggu kestabilan
emosinya kerana keberadaannya di pulau kelak.
“Laa... betul ke
ni Datuk?” Tanya Anita seakan bersimpati.
“Saya betul-betul
sedih. Malam tadi saya langsung tidak dapat tidur memikirkan hal ni.”tukas
Datuk Shaari dengan mimik muka yang sedih dan muram. Anita menekan perutnya
agar tidak tertawa melihatkan telatah Datuk itu.
“Sebab tu selepas
subuh tadi Datuk call Sarina, ajak
makan hari ni, hendak beritahu hal nilah…” Sarina tersedak. Anita menjegil
menerjah anak matanya. Berusaha dielaknya pandangan tajam menikam temannya itu.
Dia tersenyum
membalas jegilan mata Anita yang bercahaya dengan api kemarahan itu. ‘Rupanya
ini kerja kau ya! Sarina. Nanti kau, sekejap lagi kau rasalah penangan aku.’
* * *
Sesampai di rumah
setelah pertemuan dengan datuk Shaari yang direncanakan Sarina itu, Anita
menghamburkan api kemarahan yang membara di dadanya terhadap Sarina. Baginya
perbuatan Sarina itu sudah terlalu melampau. Tidak boleh dibiarkan permainan
Sarina yang menjejaskan reputasi imej gadis mulia yang diertahankannya selama ini
berterusan. Kestabilan emosinya begitu terganggu. Dan dia tidak dapat
menerimanya.
“Ini amaran
terakhir Ina. Kau bawak aku jumpa orang tua tu lagi siap kau!” jari telunjuknya
di tuding ke muka Sarina. Wajahnya merah bera kerana amarahnya.
“Apalah kau ni…asyik
marah aje dari tadi. Gatal dia pun tengoklah apa yang kau dapat. Kau ingat kau
mamu ke beli handbag macam tu. Branded gila. Aku rasa harganya lebih dari
seribu.”
“Peduli apa aku,
seribu ke sejuta ke! Yang kau perlu tahu aku tak suka dan aku tak mahu ada
sebarang kaitan dengan datuk tu. Kau faham tu. Sematkan kemas-kemas di dalam
batu jemala kau tu.”
“Janganlah begitu
Nita. Kita tu berkawan saja. Datuk tu takkanlah sampai nak ajak kau
tidur…”Kalimat itulah yang paling tidak digemarinya. Mencerlang matanya
menentang wajah Sarina.
“Berani dia nak
ajak aku begitu…belum apa-apa kasut aku dah sampai ke mukanya.”
“Garangnyalah kau
ni. Belajar tinggi-tinggi tapi bodoh lagi. Tak tau nak ambil kesempatan pada
peluang yang berada di hadapan mata. Datuk tu bukan sebarang orang. Antara
orang yang terkaya di bandaraya ni tau...”
“Sedapnya mulut
mengata aku. Akukah yang bodoh atau kau? Kau sanggup buat apa saja demi
hadiah…demi dapat bergaul dengan orang kaya macam tu. Orang tua tak sedar diri.
Kau tak malu ke bergaul dengan orang macam tu. Dia tu sudah sebaya dengan ayah
kau tau…” Sarina merasa terpukul dengan kenyataan Anita itu. serta-merta digri
kemarahannya turut mencanak.
“Hey…kau nampak
aku tergila-gilakan orang tua tu? Kau ingat tidak ada orang muda yang nakkan
aku. Okay kau cabar aku ya… tak apa. Kau tunggu dan lihat.”
“Aku tak cabar
kau. Bukan itu niat aku. Tapi selama ini aku tengok kau asyik melayan orang tua
gendut je…” Sinis sekali kenyataan Anita itu. Walau dia sedang menggeram
marahnya tetapi sikap Sarina yang tampak bengang dan kebingungan kerana
sindiran pedasnya namun jauh di sudut hatinya dia merasa bersalah kerana
menyebabkan emosi Sarina begitu.
“Kau jangan nak
cari pasal dengan aku Nita!”
‘Sebenarnya siapa
yang cari pasal dulu? Kau ke aku?’ Anita bermonolog.
“Ah…sudahlah…malas
aku nak layan kau.”
jalan cerita yang baik 👏👏
ReplyDeleteheh..heh..tq acik AP.
ReplyDeleteAku tersenyum membaca
ReplyDeleteCerita berbahasa melayu anda
Menambah kosa kata saya
Sama eja arti terkadang bedamakna
tq anis rajin membaca
Deletebahasa kita xmudah nk fahaminya
walau berbeda cara tuturnya.
Dalam dunia nyata nie pernah kenal orang macam Datuk tu... Sekarang belum Datuk, kalau dah dapat Datuk tak tahu la macam mana...
ReplyDeleteyelah zumal, biasanya penulis mengadptasikan pemerhatiannya di dlm karya...bukan sengaja direka meski ada tmbhan sini sana...tq
Deletesaya tertarik dengan cerita ni ,
ReplyDeletehmm bagus nya idea dtg
jom shopping bawah RM50 :) Awasss !! Hanya wanita sahaja boleh baca , lelaki tak boleh tapi sang suami nak belikan sang isteri boleh baca . jemput jemput :)
http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/04/mascara-fibre-love-alpha-pink.html
tq emma diana sudi singgah.
Deletebestnya cerita nya sis :)
ReplyDeleteyeke atie..kalau rajin ikutinya ya..tq.
DeletePadan muka Sarina. Kakak suka juga Anita bertegas. Sesekali kena tempelak macam itu baru dia sedar. Yg tua Datuk Shaari tu memang dah dgn perangai gatalnya..
ReplyDeleteTunggu seminggu lagi nak baca sambungan alahai lamanya kakak rasa PI..:)
sarina dgn watak yg kontra...ada ramai yg bersifat gitu bukan dlm drama saja kan.
ReplyDeleteLain minggu sambung citer Rizal n fareez menguruskan resort pula...tq kakzakie xmiss ikuti sambungannya.