BERJENIS-JENIS JAMBU YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA NI YA. DARIPADA YANG TUMBUH MELIAR DI HUTAN HINGGALAH YANG DIJADIKAN TANAMAN LAMAN. ADA YANG BESAR, ADA YANG KECIL. ADA YANG MANIS ADA YANG MASAM. ADA YANG BANYAK BIJINYA ADA YANG TIADA. PILIH SAJA YANG MANA MAHU.
Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahantropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur
Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.
Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.Jambu batu juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit anda dan mengelakkan masalah kulit dan kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan.
DAUN PUCUK JAMBU BATU BOLEH DIMAKAN UNTUK MENGUBATI SAKIT PERUT.
JAMBU SUSU.
JAMBU AIR...SEDAP JUGA DICOLEK DENGAN ASAM BOI NI..
JAMBU BERTEH..MASAM RASANYA SEDAP DICOLEK/CICAH SAMBAL.
JAMBU BOI MASAM MANIS RASANYA.
JAMBU MADU MANIS DAN BERJUS.
JAMBU GOLOK MANIS RASANYA SEDAP JUGA DIGULAI ATAU DIMASAK PAJERI.
pic google image sekadar hiasan.
sedap2 semuanya..jambu susu dah lama x jumpa..
ReplyDeletejambu susu ni org xjual kot..tq nohas.
DeleteSis faridah jambu susu tu kita orang panggil jambu gelas... manakala jambu boi yang merah jalur putih tu kita orang panggil jambu ball. Jambu susu dan jambu boi tu daun pokok dan pokoknya lebeh kurang nak sama. Jambu susu masih ada lagi pokoknya dibelakang rumah aruah mak kat kampung. Jambu boi pula dah lama tak dapat makan sebab buahnya banyak busuk dan lagi pokoknya dah tua jadi buahnya dah tak cantik besar macam kat atas tu. Lamanya tak jenjalan rumah akak.
Deleteyeke..jambu boi ni mmg gitu kalau pokoknya dh tua buahnya xelok lagi..pakabar notie lama xjumpa msti bz sgt ni...tq notie.
Deletekak rumah hanya ada jambu air je yg merah tu sedap jugak dicicah colek
ReplyDeletesedptu buat colek ramai2..tq noor.
Deletejambu madu yang kaler pink putih tu tak pernah tengok ehehe..
ReplyDeletejambu susu sedap walaupun masam.. makan ngan gula garam aaa dapnye..
rumah nenek ada satu pokok tu.. tunggu jatuh brtabur bru kutip
gigih buang bahagian busuk
manis kalau msk ranum kan..tq siti.
Deleteseger sekali kalau di buat jus ini,,Obat Asam Urat
ReplyDeletemmg sedap dijus ni...tq aji nugroho.
DeleteFeveret Zumal jambu madu tu... Teringinnya ^^
ReplyDeletejambu madu ni manis di rnr tapah banyak dijual...tq zumal.
DeleteJambu golok tu kakak panggil jambu gajus PI. Pucuk daun yg muda sedap tau utk dijadikan ulam. Sekarang payah nak jumpa. Dulu masa kakak kecik-kecik rumah embah (atok) kakak ada pokoknya. Kami panjat. Ambil biji luar dia tu kami bakar, belah makan - tak sakit perut pun (sedap tau) hihi...
ReplyDeletetempat kak dipanggil janggus...sedap bijinya digoreng dlm pasir...tq kakzakie.
Deletejambu batu dan jambu madu pujaan hatiku. hahaha
ReplyDeleteyeke...sedap tu..tq syafik kamaludin.
DeleteSaya suka jambu air..
ReplyDeleteyeke jambu air sedap juga..tq fidah.
Deletepaling suka jambu batu. ms kecik2 selalu panjat pokok jambu semata2 nk rebut jambu yg msk dgn kwn2 ;-)
ReplyDeleteramai yg suka jambu ni..tq anies.
Deletejambu batu ni sedap mengunyahnya krup-krup anies...tq
ReplyDeletejambu batu isi merah tu pokoknya sedang membesar di belakang rumah . dah 2 kali berbuah sebenarnya ... jambu madu tu kami panggil jambu bol . kat kg dulu ada tapi arwah abah tebang sbb nak buat masak utk kenduri kahwin ... huhuhuuu
ReplyDeletejambu kalau dh mula berbuah xtermakn bnyaknya..
Deletebiasalh qv kalau nk kenduri kawin bnyak pokok yg jadi mngsa..kasi terang semua.
tq qv.
igt kecik2 kenangan manjat pokok jambu
ReplyDeletebawah last tu buah gajus kan?
brw tq fr address ye
kak pun sama irfa kecik2 asyik kat atas pokok jambu jer.
ReplyDeleteya buah gajus r ketereh.
tq irfa rajn tnya addrs kak..heh..heh..kak beri jer.
tak sangka jambu batu antara yg tinggi khasiatnya..sesuai tak untuk org mengandung....
ReplyDeletebagus juga untuk kulit gebu ni tq Jie.
ReplyDeletestrive for the sake of a happy future? Thank you for the help
ReplyDeleteCara Mengobati Infeksi Saluran Kemih Secara Alami
Pengobatan Alternatif Asam Urat Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Wasir Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Hipertiroid Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Kanker Hati Secara Tradisional
Pengobatan Alternatif Sakit Pinggang Secara Tradisional