SELOKA IBU DAN ANAK.
Selingkar kisah hamba paparkan
Kisahnya anak di zaman ini
Jasanya ibu dia lupakan
Sedikit tidak dia hargai.
Kisahnya anak di zaman ini
Jasanya ibu dia lupakan
Sedikit tidak dia hargai.
Sedari kecil dibelai ibu
Dididik dengan kasih dan sayang
Bila dah besar musim berlalu
Kasihnya anak ke mana menghilang?
Dididik dengan kasih dan sayang
Bila dah besar musim berlalu
Kasihnya anak ke mana menghilang?
Semasa anak di dalam susah
Kepada ibu tempat mengadu
Bila dah senang ambil tak kisah
Ibu yang malang tidak dibantu.
Kepada ibu tempat mengadu
Bila dah senang ambil tak kisah
Ibu yang malang tidak dibantu.
Dalam keadaan begitu rupa
Sayangnya ibu tiada terhenti
Kepada anak didoakan sentiasa
Agar hidupnya Allah berkati
Sayangnya ibu tiada terhenti
Kepada anak didoakan sentiasa
Agar hidupnya Allah berkati
Sedangkan anak hilang haluan
Dibuai indah hidup sendiri
Tak pernah bertanya akan perkhabaran
Nasibnya ibu tak ambil peduli.
Dibuai indah hidup sendiri
Tak pernah bertanya akan perkhabaran
Nasibnya ibu tak ambil peduli.
Bertemu ibu teramat jarang
Bertanya khabar tak pernah sekali
Begitulah anak zaman sekarang
Syukurnya tiada kepada Ilahi.
Bertanya khabar tak pernah sekali
Begitulah anak zaman sekarang
Syukurnya tiada kepada Ilahi.
Kalau disebut wang dan ringgit
Jarang sekali hendak memberi
Tidak dijenguk ibu yang sakit
Bertanya khabar juga tak sudi.
Jarang sekali hendak memberi
Tidak dijenguk ibu yang sakit
Bertanya khabar juga tak sudi.
Ke mana sudah perginya hati
Ke mana hilang kasih dan sayang
Ibu sendiri tak ambil peduli
Terumbang ambing terbiar seorang..
Ke mana hilang kasih dan sayang
Ibu sendiri tak ambil peduli
Terumbang ambing terbiar seorang..
Ingatlah wahai anakku sayang
Ibu jangan dibuat begitu
Balasan Allah pastikan datang
Sesal tak guna dikala itu.
Ibu jangan dibuat begitu
Balasan Allah pastikan datang
Sesal tak guna dikala itu.
Usahlah nanti bila terjadi
Ibu pergi buat selamanya
Dikala itu menyesal tak henti
Segala sudah tidak beguna..
Ibu pergi buat selamanya
Dikala itu menyesal tak henti
Segala sudah tidak beguna..
NUKILAN PAK ENGKU.
Assalamualaikum kak,
ReplyDeleteKembali menjengah di sini. Terima kasih atas perkongsian sebuah pesanan yang sangat puitis. Tentunya saya turut terkesan kerana saya jua adalah seorang anak dan jua seorang bapa.
wsalam dik ustaz..berpesan-pesan sambil berseloka indah namun amat menyentuh rasa...tq abuikhwan.
DeletePesan yang baik sekali, seorang ibu bagaikan surga untuk anak anaknya. jika tak menyayangi beliau niscaya mencium bau surga pun tak bisa
ReplyDeletebenar tu ahcmad fazri...terima kasih.
DeleteJangan sesekali jasa ibu bapa dilupakan... Tanpa mereka siapalah kita ^-^
ReplyDeletebenar tu jgn sesekali abaikan ibubapa yg berkorban apasaja..demi anak2nya...tq zumal.
DeleteHarapnya anak-anak kita mampu menjadi seperti kita
ReplyDeleteSentiasa ambil berat hal ibu-bapa
Kalau jenis tahu dosa-pahala
Rasanya ibu-bapa sentiasa diutama
moga Allah tidak menduga kita dgn ujian berat di akhir usia tika kita perlukan sokongan anak2...tq kakzakie.
DeleteDalam membicarakan tentang hubungan kekeluargaan terutama hubungan anak2 dan ibu bapa sangat2 tersentuh rasanya...sebab kita pun seorang anak dan ibu/bapa kan..
ReplyDeletebenar tu moga hubungan kekeluargaan kita kekal ikatannya dalm jalenan kasih syg...tq bunda.
Delete
ReplyDeleteI really liked this story interesting website and increase knowledge for me . is there Obat Stroke The world 's most powerful
tq aji nugroho.
ReplyDeleteIbu, hanya satunya di dunia dan tak mungkin ada yang bisa mengganti tempatnya.
ReplyDeletebenartu lynn...tq
ReplyDelete