Friday, 3 April 2015

TAMAN TASEK PERDANA.

ASSALAMUALAIKUM...

BANYAK TEMPAT MENARIK DI BANDARAYA KUALA LUMPUR NI SEKIRANYA BERPELUANG BERKUNJUNG KE SINI UNTUK DI LAWATI DAN BUKAN HANYA BERSIBUK SHOPPING DI HYPER/MEGA MARKET YANG BERSELERAK DI SEGENAP CERUK BANDARAYA INI.

JALAN-JALAN BERSAMA FAMILI MENIKMATI INDAHNYA SUASANA HUTAN BERTAMAN INDAH YANG LENGKAP FASALITASNYA  UNTUK BEREKREASI, MENGHILANGKAN STRES MELALUI KESESAKAN JALAN RAYA.
DI CELAH KEPESATAN BANGUNAN YANG TINGGI-TINGGI.

Jalan Parlimen, Taman Tasik Perdana,50480 Kuala Lumpur,Kuala Lumpur Malaysia


Map of lake garden kuala lumpur



Tasik ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah pada zaman penjajahan British. Ketika itu lombong ini diusahakan pelombong bijih timah menggunakan lombong palung. Setelah jumlah bijih timah berkurangan, lombong ini tinggal terbiar dan dimajukan sebagai sebuah tasik rekreasi.
Kawasan sekitarnya telah dijaga dengan rapi dengan menanam pelbagai spesis pokok hiasan. Trek joging, kerusi rehat, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan lain-lain telah disediakan di sini.
Lake Gardens merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Antara lokasi yang menarik di sekitar Lake Gardens ialah:
  1. Tugu Negara
  2. Panggung Anniversari
  3. Muzium Negara
  4. Planetarium Negara
  5. Galeri Seri Perdana - dahulunya kediaman Allahyarham Tun Abdul Razak.
  6. Taman Bunga Raya
  7. Taman Orkid
  8. Taman Burung Kuala Lumpur






lake-garden





11 comments:

  1. Kalau kat Taiping kita bangga dengan Taman Tasik Taiping....disini pula denga Taman Tasik Perdana.......memang indah pemandangannya....sejuk mata memandang...

    Sesekali kita keluar dari hiruk pikuk dan kesesakan kota, kita nikmati suasana nyaman alam semula jadi pulak kan? peace jugak untuk budak tomey tu... ' PEACE '

    ReplyDelete
  2. memang tenang di sini..last pergi masa event orchid n bonsai show last year..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat taman orkid tu mmg teruja mandang orkid2nya cantik sgt..tmbh kalau di situ ada pamerannya..tq nohas.

      Delete
  3. Taman Tasek Perdana ni tempat bersantai orang KL ni cantik sgt...berada di sini mcm dunia terpencil pula...padahal kwsnnya dikelilingi bngunan tinggi kotaraya...nyaman n tenang sekali..jauh dari kesibukan kebiasaannya.

    heh..heh..peace bunda...cucu kak yg kedua tu...tq bunda.

    ReplyDelete
  4. Zaman dulu2 ada jugak buat aktiviti kat sini..
    Dah lama tak pergi..banyak perubahan nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman ni jadi tempat pelajar sekolah n IPT melakukan plbgai prgorm aktvti luar n di sini juga klhtan pengantin2 yg bergambar prewedding yg disukai org sekarang ni...tq fidah.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak,
    Terima kasih atas infonya, foto2 pun menarik. Dalam banyak2 tu, cuma tugu negara dan muzium negara sahaja yang pernah pergi, Itupun masa zaman sekolah rendah dahulu...lama sangat dah! hehe

    ReplyDelete
  6. wsalam dik ustaz...la ni taman ni semakin cantik n banyak tempat yg perlu dilawati di KL hanya di sini...best juga pusing-pusing dipersekitaran yg sekelilingnya tumbuhan hutan mnghijau n pokok2 bunga
    tq abuikhwan.

    ReplyDelete
  7. lama dah tak singgah sini.. best bawak anak2 jalan2 kan petang2.. yang x ada anak pun best gak..
    duduk melepak gosip haahha..

    ReplyDelete
  8. YEKE PETANG2 SESEKALI MELEPAK SINI RONDA2 TENGOK KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI...TQ SITI YG MENAIP.

    ReplyDelete
  9. dulu , di situ ada taman herba . sekrg x tau ada lagi ke tidak ...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist