Azmi sedang
memperkenal Fareez sebagai Rizal anak Datuk Shaari yang akan mengambil tugasnya
sebagai Pengurus Resort Sri Jelapang, menggantikannya. Dan Rizal akan dibantu
Fareez temannya. Fareez berbisik begitu kepada Azmi. Azmi memandang Rizal dan
Fareez silih berganti dan akhirnya dia terangguk-angguk.
Fareez berdebar
dan kekok dilayani sebagai seorang terhormat. Rizal memandangnya selamba. Ada
desas-desus yang berbisik di kalangan gadis-gadis petugas yang membandingkan
kedua-dua lelaki muda yang berada di hadapan mereka.
Kedua-duanya
memang sama tampan bergaya dan berpesonaliti yang menawan. Seorangnya nampak
sangat berkarisma sebagai seorang ketua sementara seorang lagi hanya selamba
bersahaja namun kelihatan berwibawa..
‘Kalaulah si
jejaka tampan itu jatuh hati kepadaku alangkah bertuahnya badan, seorang gadis
yang bertugas sebagai penyambut tetamu itu memasang angan-angan. Dimatanya
terbayangkan di saat-saat melewati waktu indah bersama jejaka idaman yang
menjadi pujaan.
‘Hoi...jangan
beranganlah. Sergah mindanya sedarnya. Dia kembali ke dunia fana dengan sabar
menunggu gilirannya untuk di perkenalkan kepada kedua-dua jejaka itu. Matanya
bersinar memberi fokus kepada keadaan yang melengkunginya.
Membuang masa
sahaja membayangkan perkara yang bukan-bukan dan sukar hendak dijadikan
kenyataan kata hatinya.
* * *
Anita dan Sarina
sedang mempersiap diri untuk ke lokasi penggambaran. Sarina memasukan telefon
tangannya ke dalam beg galasnya. Telefon itu berdengut tiba-tiba. Melihat catatan nombor yang tertera di skrin
kecil itu dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Sarina bergegas ke biliknya untuk
menjawab panggilan itu.
“Siapa panggil
tu?” Tanya Anita.
“Ala budak production…suruh kita datang cepat.”
Balasnya pantas mengilas hakikat, menyembunyikan kebenarannya.
“Betul ke tu?”
Anita tetap sangsi dengan kenyataan yang didengarnya.
“Kenapa?... kau
tidak percaya aku?” Sarina berlagak jujur untuk menarik kepercayaan Anita. Aksi
klise.
“Kalau budak production yang call...selalunya kau jawab siap terpekik terlolong lagi. Ini tidak.
Masuk ke bilik pula, macam rahsianya besar sangat hendak di sembunyi.”
“Apalah kau ni.
Ada je salahnya aku ni di mata kau. Ok lah pasal semalam tu aku minta
maaf. Untuk menunjukan keikhlasan
aku…tengahari nanti aku belanja kau bila break
shooting. Lagi pun kita tidak terbabit dalam tiga scene selepas break
tengahari.” tutur Sarina dengan agendanya.
“Tidak payahlah
kau hendak belanja aku makan. Lagi pun aku rasa aku hendak bincang dengan abang
Johan tentang scene di pulau nanti.”
Sarina mulai kalut apabila Anita menolak ajakannya. Sesuatu yang terencana
disebalik pelawaan itu akan rosak tergendala tanpa kehadiran Anita kelak. Dia
mesti segera melakukan sesuatu.
Sarina menghampiri
Anita, memaut tubuhnya dengan mesra. Memicit-micit bahunya.
“Ala kau tu
merajuk lagilah tu. Kau kan suka makan tomyam. Di pulau tu nanti mana ada
tomyam. Jadi kau makanlah puas-puas di sini hari ni sebelum kita bertolak
esok.” Ujar Sarina dengan lembut memujuk.
Anita menepis
tangan Sarina. Dia merasakan mutakhir ini tingkah laku Sarina terhadapnya
sentiasa menyembunyikan maksud di sebaliknya.
Dia tidak mahu
peristiwa Sarina sengaja membawanya hendak mengenalkannya pada seorang Datuk
yang kini mengganggu kelancaran kehidupan normalnya berulang kembali.
“Boleh. Aku boleh
ikut kau pergi makan tomyam tapi kau ajaklah sekali pengarah kita tu supaya hotnya pada kau kembali stabil. Macam
mana?”
“Untuk kali ini
aku rasa tidak boleh sebab bajet yang aku ada cukup-cukup untuk kita berdua
saja.” Sarina memberi alasan. Dia yakin Anita akan menerima bohongnya itu
kerana dia seorang sentiasa prihatin dengan masalah kawannya.
“Kalau macam tu
tak payahlah belanja aku. Kau simpan sajalah bajet kau tu untuk diri kau
sendiri. Aku tak ralat jikalau tempat yang kita pergi tidak ada tomyam, tapi
aku rasa memang ada. Malah rasanya tentu lebih sedap sebab diperbuat dari
makanan laut yang segar. Bukankah tempat yang kita nak pergi tu sebuah pulau di
tengah laut. Tentulah mewah dengan makanan laut. ” Anita meninggalkan Sarina
yang terkapa-kapa kerana tidak berjaya memenuhi keinginannya sebagaimana
direncana.
Langkahnya menuju
ke arah Johan yang sedang membuat revisi skrip drama tulisan Fuziah Samad itu.
* * *
Shaari baru saja menyelesaikan tugasnya
menyemak data-data operasi syarikatnya yang berada di dalam dan di luar negara.
Kira-kira kewangan yang ditutup yang disediakan akauntannya menunjukan
peningkatan keuntungan sekali ganda kerana keaktifan kapal-kapalnya mengangkut
minyak sawit ke China dan Negara-negara Asia Tengah. Dia menarik nafas lega.
Ditolaknya ke tepi
dokumen-dokumen yang usai ditelitinya. Menyandarkan tubuhnya yang separa gempal
itu dengan santai di kerusi. Dia memejamkan matanya. Mulai mengalamun membina
istana impian. Tiba-tiba saja dahinya berkerut. Berkecai impiannya laksana
bunga-bunga kristal yang dihempas ke lantai simen.
Amin meluru ke
dalam biliknya. Dia tersentak. Menggenyeh-genyehkan matanya.
“Baru...baru…baru…panas…panas…panas!”
“Apa kau memekak
ni? Sudah hendak letak jawatan? Hendak jual goreng pisang panas pulak?”
Sergahnya keras. Ketenangannya yang terganggu dengan olah khadamnya itu.
“Aikk...lain macam
aje bunyinya. Kenapa perniagaan rugi banyak ke? Pagi-pagi ni tidak baik buat
muka monyok, nanti rezeki lari Datuk.” Datuk Shaari menerjah pandangannya ke
dalam anak mata Amin.
“Mulut tu jaga
sikit ya. Bercakap jangan sebarangan. Bab rugi…rugi jangan sebut. Untung,
untung, ong boleh sebut. Kau boleh
tolong aku tak?”
“No problem. Mana pernah saya cakap
‘tidak’ bila Datuk minta tolong.” Balas Amin menunggu-nunggu butiran
pertolongan yang dimahukan.
“Boleh tak kau tolong
diam…”
“Ala lawak Senario
le pulak. Datuk ni memang pandai buat lawak.” Amin terkekeh tertawa. Bulat mata
Datuk Shaari memandangnya dengan tajam.
“Maaflah
Datuk..apahalnya ni ...monyok je. Ceritalah kepada saya. Mungkin pembantu Datuk
yang amat setia ni boleh menolongnya.”
“Aku tidak dapat
pergi ke resort tu dengan Anita!” Datuk Shaari bersuara keras melepaskan
tekanan yang menghempap benaknya.
“Ish… apa ni
Datuk. Jangan meraung. Malu didengar staff lain nanti. Banyakkan bersabar.”
Ucap Amin cuba menenangkan perasaan gundah-gulana Datuk Shaari. Belakang
tuannya itu diurutnya lembut.
“Kenapa Datuk? Apa
masalahnya? Datin sudah tahu ke rancangan Datuk?” Bertalu-talu pertanyaan yang
terlontar dari bibirnya, terlalu ingin menjejaki permasalahan bosnya yang ketara
amat tertekan perasaannya itu kini.
“Bukan Datinlah.
Tapi anak aku. Rizal sudah jadikan resort tu territory dia!!” Amin
tercengang-cengang. Berat masalahnya ni, getus hatinya.
“Territory tu, amende Datuk”Tanya Amin
jujur. Pertanyaan Amin membuatkan Datuk Shaari tersenyum sekilas. Lagak Amin
yang lughu tapi tidak lurus bendol itu menawarkan sedikit kegeraman hatinya.
“Datuk kan tahu
bahasa Inggeris saya ni lemah sikit.” Sambungnya tanpa rasa malu mengakui
kelemahannya.
“Dia sudah duduk
di sana menggantikan tempat Azmi menjadi pengurus resort tu.” Masalah yang
membungkal di dadanya terluah juga, meski payah.
“Apa susah Datuk
panggil saja dia balik ke sini. Habis cerita. Pulau tu bukan ke Datuk yang
punya.” Ujar Amin dengan saranan yang bernas pada firasatnya. ‘Apalah Datuk ni
benda mudah macam tupun tak boleh nak fikir.’
“Kau ingat senang
hendak suruh dia balik. Dia pun macam aku juga, kalau dia kata dia hendak buat
sesuatu, dia akan buat. Jangan hendak dipaksa dia buat apa yang dia tidak
mahu.” Amin melongo. ‘Oh anak bapaklah ni… tapi nampaknya perangai bapaknya
sikit je yang diambilnya. Bagus…bagus…ambil yang baik-baik saja. Perangai bapak
yang teruk tu kau tolak tepi.’
“Lagi pun pulau tu
bukan aku yang punya. Tapi hak Datin. Warisan keturunannya.”
“Begitu pulak ya…”
Amin terangguk-angguk menyedari simpang perenang duduk perkara dan hala tuju
yang sukar ditentukan puncanya..
“Ala… sebulan je
Nita di sana. Dalam masa tu saya cari spare tyre satu untuk Datuk. Biar saya
call Sarina ajak dia makan tengah hari ni. Dapat juga jumpa Anita sebelum dia
pergi” Harapannya kegusaran hati Datuk Shaari segera mereda dengan bantuan yang
ingin dihulurkannya.
“Tidak payah. Aku
lagi cekap dari kau. Malam tadi aku call
dia. Dia kata pukul lapan pagi kena pergi shooting.
Jadi lepas subuh tadi aku call Sarina. Tengahari nanti aku ada lunch dengan dia orang.”
“Wah Datuk sudah
buat kerja saya ni. Nampaknya susahlah saya hendak cari makan lepas ni...”
“Hidup ni mesti Up to date. Tidak boleh lembab sangat.
Nanti kita ketinggalan.”
‘Up to date cara Datuk tu merugikan’
bidasnya dalam diam dengan sengihnya yang ketara.
“Kenapa kau
tersengih-sengih macam kerang busuk ni. Mesti dengan niat nak mengata akuni.”
Bebola matanya bulat terjegil memandang Amin.
“Tak adalah. Datuk
ni pandai saja nak serkap jarang. Takkanlah saya nak mengata bos sendiri.” Amin
berusaha menangkis telahan yang sememangnya mengena. Senyumnya semakin lebar.
seliratan cinta bab 22 sangat mengharukan tentu pada saliratan bab 23 akan menjadi bahagia dong.
ReplyDeleteRAJIN JUGA IKUTINYA YA..TERIMA KASIH...BAB SETERUSNYA LBH MENARIK LAGI...TQ CHILEMBU THEA.
DeleteKalau nak faham cerita ni, sya kena cari dan baca seliratan2 yang terdahulu, kalau tak mesti saya
ReplyDeleteternganga nanti.
YAAH LYNN NOVEL ADAPTASI SKRIP DRAMA TV NI KALAU XIKUTI DARI MULA MMG SUKAR NAK FHM SBB PLOTNYA MELOMPAT-LOMPAT...TQ LYNN.
ReplyDeletebaca separuh-separuh begini sukar nak faham la..
ReplyDeleteya kena ikuti dari bab mula...kalau rajin cek kat label..tq mrhanafi BEST.
ReplyDeletesy nak baca dalam bentuk buku novel
ReplyDeleteada tak?
heh..heh..belum ada lagi...tq irfa.
DeleteKalau ada dalam bentuk buku lagi best kan.. senang nak faham.. hihi
ReplyDeleteyelah atie..bacaan masa senggang ni...tq atie yusof.
DeletePeninglah kepala datuk hahaha...
ReplyDeleteHarap-harap Anita tak nak ikut Serina biar padan muka datuk tu - geram kakak.
ps: siapa yg tak mengikuti dari awal memanglah susah nak faham. Sila ke ruang blog achieve boleh baca dari awal - best tau:)
heh..heh..datuk mmg dh pening.
ReplyDeletetq kak zakie rajin ikuti n tolong promot lagi.