ASSALAMUALAIKUM..
Rizal mengeluarkan beberapa helai pakaiannya dari begnya dan
diletakannya di atas katil di sisi Fareez.
“Kau pakai ni besok.” Rizal menerima pandangan polos temannya.
“Maaf!! Aku nak tarik diri. Surrender.
Bahaya buat kerja menyamar macam ni. Buatnya ayah dan mak kau datang, tidak ke
naya aku.” Fareez menolak gesaan temannya.
“Ah itu semua kau serahkan pada aku. Bila tiba masanya tahulah aku
apa yang hendak aku buat.” Ujar Rizal masih mendesak dan meyakinkan Fareez agar
melaksanakan saja rencananya tanpa ragu-ragu..
“Aku tidak sukalah buat kerja macam ni. Mana biasa aku jadi anak
orang kaya. Bapak aku peneroka je. Bukannya kaya raya macam bapa kau, aku ni
orang biasa je Rizal. Tidak kaya dan tidak juga miskin. ”
“Kita ni sama je Fareez. Kau fikir aku tidak tahu ramai peneroka
yang telah jadi jutawan sekarang ni dan menjalankan perniagaan yang tidak
semenggah pada mata kasar orang ramai tetapi memberi pulangan yang lumayan. Kau
pun pernah cakap ayah kau sekarang mampu meraih pendapatan 5,000RM - + sebulan
hanya dengan jualan sawit saja. Itu belum lagi dikira dengan hasil dari projek
lembu ternak lagi. Sudahlah Fareez, jangan kau hendak merendah diri pulak.
Sekarang ni bukan soal siapa kaya siapa miskin. Tapi soal siapa lagi yang
hendak menolong kawan kalau tidak kawannya sendiri.” Rizal terdiam menatap
wajah kawannya yang bungkam.
‘Aku sangat mengharapkan
pertolongan kau Fareez…hanya seorang sahabat yang baik mahu menolong kawannya.
Aku mengangap kau adalah sahabat yang sanggup berkongsi susah-senang yangku
rasa. Seorang kawan aku yang kini menjadi Pensyarah Phsykologi di sebuah maktab
perguruan di Ipoh mengatakan ‘persahabatan
ibarat tangan dan mata. Apabila mata menangis tangan akan menyapu air mata.’
Entah dari mana Baharudin Ismail mengutip pepatah yang indah berseni
itu. Barangkali dari sumber bacaan yang banyak. Bukan senang seorang pensyarah
hendak berinteraksi dengan siswa-siswa yang bergeliga otaknya untuk memberi
konsul dan bimbingan sekiranya ilmu di dada hanya ‘setampuk pinang.’
“Tolonglah Fareez. Aku sudah terdesak ni. Aku tidak mahu orang
hormat aku sebab aku anak Datuk Shaari. Aku rimas. Aku hendak rasa hidup macam
orang-orang lain juga...macam orang biasa.”Lirik anak matanya yang bening
merenung temannya itu.
“Hairan sungguh aku. Orang macam kau ni pun ada juga ya. Aku
ingatkan hanya fiksyen rekaan penulis saja. Selama ini aku ingatkan…” Rizal
tidak memberi peluang Fareez meneruskan dialognya, dicelahinya dengan pantas.
“Apa? Seronok dengan kemewahan bapak dia orang? Kau silap Fareez.
Sejak zaman dulukala lagi ada anak orang kaya yang tidak suka dilahirkan di
tengah-tengah keluarga kaya.”
“Susah…susah nak percaya.” Sahut Fareez tergeleng-geleng menolak
hakikat.
“Aku rasa kau pernah baca buku
The Prince and The Pauper. Filem dia pun ada. Sudah banyak kali aku tengok
filem tu…sejak aku sekolah menengah lagi. Ataupun Filem Musang Berjanggut
lakonan P. Ramlee. Aku selalu bayangkan akulah watak yang dibawakan P Ramlee
tu.” Fareez tersengih memandang wajah Rizal yang bercerita dengan penuh
perasaan.
“Oh kau berangan hendak jumpa awek cun macam watak yang dibawakan
Seniwati Saadiah tu ke?” Fareez tertawa sebelum menyambung cakapnya semula.
“Nama je belajar di New York tapi khayalan kau masih di Bollywood! Sah pemuda Melayu sejati, sentimental habis.” Fareez berterusan tertawa. Lucu
sungguh hatinya menilik perwatakan Rizal itu.
Sungguh pun begitu dia mengagangap Rizal seorang yang berbudi mulia,
unik sifatnya dan berkeperibadian tinggi. Boleh jadi manusia sepertinya hanya
satu dalam berjuta-juta.
Memang segar bunga yang mekar
Seroja kecil banyak kelopak
Memang sukar teramat sukar
Memilih yang baik antara banyak.
“Ah! Sudahlah. Aku dah mengantuk ni. Jangan lupa pakai baju aku tu
besok. First impression is so very important. Besok kau akan dikenalkan sebagai
anak Datuk Shaari. Lepas tu tak kisahlah kalau kau nak pakai baju ala anak
peneroka tu!”
“Opps…jangan menghina…aku tarik diri…haa… melopong kau. Kau jangan
tak tahu ramai peneroka yang dah jadi jutawan tau…tapi mereka tak adalah nak
berlagak. Hidup selamba je macam biasa. Cuma aku je anak peneroka yang bapanya
belum jadi jutawan.” Rizal memeluk bahu temannya dengan senyum yang lebar.
“Aikk...merajuk pula hero kita ni. Maaflah! aku tu gurau je. Tidak
bermaksud sampai ke situ.”
Fareez membaling bantalnya ke arah Rizal seraya berkata. “Banyaklah
kau punya maaf.” Rizal tertawa melihat reaksi temannya itu.
“Tapi aku rasa seorang pengurus tentu perlukan seorang pembantu kan.
Nampaknya kau akan jadi assistant manager
aku... er…kalau kau tidak hendak aku pun…haa…”
“Oklah bos. Kau ni macam budak-budak. Semua kerja perlu dibantu.
Kuatlah sikit semangat tu. Berdikari. Berminda glokal ikut TPM (Timbalan
Perdana Menteri) cakap. Global dan lokal. Ini tidak..” Lega hati Fareez
mendengar pengakuan Rizal. Maknanya dia tidak berseorangan melakukan tugasan
yang amat asing baginya.
Dia mencapai bantal dan meletakan kepalanya. Angin laut berhembus
halus dan dingin. Kain selimutnya ditarik sehingga berkelumbung menutupi
kepalanya hingga ke hujung kaki. Namun kedinginannya tetap terasa.
Malam semakin berensut membawa pergi bersamanya catatan kisah
manusia yang akan ditulis malaikat pencatit Rakib dan Atib ke dalam kitab
laporannya yang akan dibentangkan di Padang Mahsyar di hadapan Allah
Azzawajalla kelak.
Rizal dan Fareez beradu dengan nyenyak dan hilang dari dunia fana
menembusi dimensi baru. Mimpi.
KA dg baca lepas abis cuti2 mesia hehehe
ReplyDeletetq KA baca jgn xbaca
ReplyDeleteKejap aje dah sampai bab 22
ReplyDeleteheh..heh..tq fidah.
ReplyDeletetq aji nugroho.
ReplyDeleteKakak nak tunggu episod datul Shaari diperkenalkan dgn Fareez mesti terkejut agaknya. Atau artis tu jatuh cinta dgn Rizal sebab dia ingat Fareez yg anak Datuk. Eh... tak sabar nak tahu selanjutnya. Baca macam ini lagi suspen kan...
ReplyDeleteHEH..HEH..PANDAI MENEKA YA..EPISOD SETERUSNYA LBH MENARIK CITERNYA...TQ KAKZAKIE.
ReplyDeleteOhooo...tunggu bab yg seterusnya ni...
ReplyDelete