Assalamualaikum...
Bidaah-phobia
Memandangkan rakyat Malaysia kini kembali menjadi "bidaah-phobia" atau terlalu phobia kepada bidaah, asyik-asyik itu bidaah, ini bidaah, itu sesat, ini sesat, dek kerana terpengaruh dengan dakyah wahhabi laknatullah, jenis jahil tapi pakat seronok nak share artikel yang dijumpa kat internet/facebook, meh saya bawakan semula status-status lama saya tentang takrifan sebenar bidaah, biar sedar diri sikit bahawa diri itu jahil dan perlukan ilmu agama dulu sebelum nak berkata/share:
========================
Hujjah Mufti Wilayah Persekutuan 2013 tentang "Adakah semua bidaah itu sesat?" (mufti sebelum Dr Zulkifli, iaitu Dato' Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, 2005-2014)
Sabda Rasulullah sallahu 'alayhi wa sallam dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan at-Tirmidzi:
"....Maka berpegang teguhlah dengan sunnahku (ajaranku) dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah ia dengan erat dengan gigi taringmu, dan jauhilah dirimu daripada melakukan perkara-perkara yang baru dalam agama, kerana setiap (كل) bid'ah adalah sesat".
Hadith ini adalah hadith yang sahih. Menurut seorang tokoh hadis yang terkemuka, al-Imam al-Hafiz an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, jilid ke 6, halaman 104 :
"sabda nabi Salla Allahu 'alayhi wa sallam (وكل بدعة ضلالة) ini adalah keumuman (perkataan كل) yang dikhususkan. Maksudnya kebanyakan (bukan semua) perkara bidaah itu sesat". Kerana sudah nyata di sana ada perkara yang bidaah tetapi tidak sesat bahkan ulama Ahlus sunnah menghukumkannya sebagai hasanah atau elok sebagaimana yang diterangkan di dalam Jarir ibn 'Abdillah al-Bajali, dia berkata bahawa Rasulullah Salla Allahu 'Alayhi wa Sallam bersabda :
"Sesiapa merintis (memulai) dalam agama Islam sunnah (perbuatan) yang baik maka baginya pahala dari perbuatan tersebut juga pahala dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang sedikitpun pahala mereka, dan sesiapa merintis dalam Islam sunnah yang buruk maka baginya dosa dari perbuatan tersebut juga dosa dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang dosa-dosa mereka sedikitpun"
[Riwayat Muslim]
Kalimah (كل) kadangkala datang dengan makna semua, kadangkala datang juga dengan makna kebanyakan. Jadi, dalam hadis (وكل بدعة ضلالة) ini, (كل) datang dengan makna kebanyakan. Penggunaan (كل) dengan makna ini (kebanyakan) banyak terdapat di dalam al-Quran. Sebagai contoh lain dalam memahami perkara ini sebagaimana firman Allah taala dalam surah al-Ahqaf, ayat 25 berhubung kaum `ad:
تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا فَأَصْبَحُوا لَا يُرَىٰ إِلَّا مَسَاكِنُهُمْ ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ
"Yang menghancurkan segala (kebanyakan) sesuatu dengan perintah Tuhannya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa".
Di dalam ayat ini (كل) datang dengan makna sebahagian atau kebanyakan kerana secara realiti tidak semua perkara yang ada dibinasakan tetapi kebanyakan perkara sahaja yang binasa sebagaimana keterangan ulama tafsir.
Justeru, segala amalan yang elok dan tidak bercanggah pula dengan akidah dan syariat Islam seperti membaca doa awal tahun, doa akhir tahun, bertahlil, baca yasin malam jumaat dan lain-lain tidak termasuk di dalam keumuman hadis ini kerana telah dikhususkan dengan hadis tentang adanya bidaah hasanah.
Tamat jawapan Mufti Wilayah
========================
========================
Perkara bidaah yang dilakukan oleh Imam Syafie
Ibnu al-Muqri berkata, “Telah mengabarkan padaku Ibnu Khuzaimah dari ar-Rabi’ dari asy-Syafie, bahawasanya beliau (asy-Syafie) jika hendak melakukan solat, beliau mengucapkan: “Bismillah, aku menghadap ke baitullah, menunaikan kewajiban Allah, Allahu Akbar“
[al-Mu’jam, Ibn al-Muqri : 336]
Dan antara lainnya, Imam Syafie menghukum sunat pada perbuatan melafazkan niat sebelum melakukan solat (usolli...), sedangkan Rasulullah saw dan para sahabat tidak pernah melakukannya malah tiada dalil yang dapat diqiyaskan tentang kesunatannya. Jadi adakah Imam Syafie pelaku bidaah? Adakah Imam Syafie sesat?
========================
Imam Syafie membahagikan bidaah kepada dua
Imam Syafi'e berkata: "Bid'ah ada dua. Bid'ah yang terpuji dan bid'ah yang tercela. Bid'ah yang SESUAI dengan sunnah adalah bid'ah terpuji, dan bid'ah yang menyalahi sunnah adalah bid'ah tercela"
[Rujuk kitab Fathul Bari, karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani]
[Rujuk juga kitab Hilyatul Auliya Abu Nu’aim, 9/113]
[Rujuk juga Tafsir Imam Qurtubiy, juz 2, hal 86-87]
"Sesuai" yang dimaksudkan Imam Syafie ialah apa-apa amalan bidaah terpuji yang mempunyai suatu dalil yang dapat diqiyaskan atau disandarkan meskipun tiada dalil khusus mengenainya. Contoh, majlis tahlil, boleh diqiyaskan dengan dalil perbuatan Allah menggalakkan kita berzikir dan pendapat ulama bahawa pahala bacaan kita insyaAllah sampai kepada si mati.
========================
Perkara bidaah yang dilakukan oleh Imam Bukhari
Imam Bukhari juga melakukan amalan bid'ah. Ini pembuktian bahawa wujudnya bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) di kalangan pendapat ulama-ulama. Apa bid'ah hasanahnya itu?
Sebelum memasukkan sesebuah hadis ke dalam kitab Sahihnya, Imam Bukhari akan solat sunat dua rakaat. Adakah Rasulullah saw pernah menyuruh berbuat begitu? Adakah tertib atau syarat tersebut terdapat dalam hadis atau sunnah Rasulullah saw? Adakah Rasulullah saw pernah menyuruh solat dua rakaat sebelum menulis hadis atau ayat Al-Quran? Tidak ada.
[Huraian Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati al-Musthafawi al-Husofy al-Azhari, di dalam majalah Q&A, Isu 27 (Mac 2014)]
========================
Pandangan Syeikhul Islam, Sultan al Ulama’, Imam al Izz ibn Abd as Salam terhadap pembahagian Bid’ah
“Bid’ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah dan ia terbahagi kepada Bid’ah wajib, Bid’ah haram, Bid’ah mandub (sunat), Bid’ah makhruh dan Bid’ah harus.”
[Lihat Qawa’id al Ahkam fi Mashalih al Anam, Ibn Abd as Salam. Beirutt: Dar al Ilmiyyah, cetakan pertama, 1420H/ 1999M, 2/133-134. Lihat juga al Fatawa al Maushiliyyah, Ibn Abd as Salam, m/s: 129]
Siapakah dikalangan para Ulama’ yang bersetuju dengan pembahagian Imam al Izz ibn Abd as Salam terhadap Bid’ah ini?
Ulama’ mazhab Hanafi: al Kirmani, Ibn ‘Abidin, at Turkimani, al ‘Aini dan at Tahawani.
Ulama mazhab Maliki: at Turtushi, Ibn al Hajj, al Qarafi dan az Zurqani.
Sepakat (Ijma’) di kalangan semua Ulama’ mazhab Syafie termasuk Imam Nawawi [Tahzib al Asma’ wa al-Lughat, an-Nawawi, 3/20-22] dan al Hafiz ibn Hajar al Asqalani.
Al Hafiz Ibn Hajar al Asaqalani berkata:
“Dan sebahagian Ulama’ membahagikan bid’ah kepada hukum yang lima (Wajib, Sunat, Haram, Makhruh dan Harus) dan ia adalah jelas (begitu).”
[Fath al Bari fi Syarh Sahih al Bukhari, Ibn Hajar al Asqalani. Beirut, Dar al Fikr, 1414H/ 1993M, 15/179. Lihat juga Irsyad al Sari li Syarh Sahih al Bukhari, Syihab al Din al Qisytillani, Mishr: Bulaq, cetakan keempat, 1305H/ 10/303]
========================
Saidina Umar melakukan perkara bidaah selepas kewafatan Rasulullah saw
Dalam sebuah riwayat, telah disebutkan bahawa Sayyidina Umar r.a apabila beliau membicarakan tentang solat tarawih, dia berkata: “Amalan ini adalah sebaik-baik bida’h”
[athsar Riwayat Bukhari]
Saidina Umar memaksudkan tentang perbuatanya dan para sahabat mengumpulkan semua sahabat dan tabi'in agar bersolat terawikh berjemaah di masjid, sedangkan Rasulullah hanya berjemaah dengan mereka pada 3 malam pertama sahaja, kemudian baginda menghentikan solat terawikh berjemaah kerana bimbang Allah akan mewajibkan ibadat itu kepada umat Islam.
Ini menjadi bukti jelas apa yang pernah dihentikan atau yang baginda tidak pernah lakukan, boleh kita lakukan sebagai bidaah yang baik, selagi perbuatan itu mempunyai sandaran atau dalil yang dapat diqiyaskan.
========================
Huraian Imam Nawawi tentang pembahagian bidaah
Imam Nawawi menukilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jarir r.a: Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang baik dalam islam, dia akan mendapat pahalanya dan pahala mereka-mereka yang beramal dengannya tanpa ada kekurangan pada pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang melakukan suatu perkara yang keji, dia akan menanggung dosanya dan dosa mereka-mereka yang beramal dengannya tanpa ada kekurangan pada dosanya.”
Huraian Imam Nawawi:
“Hadis ini mengandungi galakkan kepada memulakan sesuatu amalan yang baik. Dalam masa yang sama, ia mengancam terhadap mencetuskan amalan-amalan yang tidak baik dan tercela. Sebab hadis ini dibicarakan oleh Rasullah saw adalah bahawasanya telah datang seorang dengan membawa sebuah kantung yang berisi makanan yang memenuhi kedua tangannya untuk diberikan sebagai sedekah.
Apabila orang lain melihatnya, mereka mengikuti jejaknya. Pahala yang besar akan diberikan kepada mereka-mereka yang memulakan sesuatu amalan yang baik dan menjadi sebab pembukaan pintu keihsanan kepada yang lain. Hadis ini mengkhususkan hadis “Tiap-tiap amalan yang baru adalah bidah, dan setiap bidah adalah kesesatan ”. Maka makna bidah di dalam hadis ini adalah amalan/perkara yang baru serta batil dalam unsurnya. Ia adalah bidah yang tercela (mazmumah).
Telah disebutkan juga keterangan ini dalam bab solat jumaat dan saya (Imam Nawawi) juga telah menerangkan bahawa bidah itu terbahagi kepada lima bahagian yaitu wajib, mandub (digalakkan), makruh dan harus.
[Syarah sahih muslim bab menggalakan sedekah]
[An-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, VI : 154]
========================
Huraian Hujjatul Islam Imam Ghazali
Sementara Hujjatul Islam, Abu Hamid Al Ghazali berpendapat bahwa tidak semua perkara baru yang tidak dilakukan di zaman Nabi saw itu dilarang, akan tetapi yang dilarang adalah perkara bid'ah yang bertolak belakang dengan Sunnah dan menghilangkan apa yang sudah ditetapkan syari'at.
[Ihya' Ulumuddin, juz 2, h. 248]
========================
Kesimpulan
Kalau jahil, duk diam.
Rasulullah pernah pesan "berkata baik, atau diam". Ulama tafsir hadis mengatakan, berkata baik termasuklah mengatakan tentang ilmu agama yang kita tahu. Kalau kita tak tahu tentang ilmu tu, better diam, sebab akan nampak kejahilan diri serta mengundang kemurkaan Allah kerana perbuatan anda melagakan orang, mengelirukan orang yang selama ni tak keliru, dan membuahkan fitnah.
Via Syapik Hassan
like page 1001 sirah rasullullah.