Friday 27 March 2015

WAU ITU...

ASSALAMUALAIKUM..

BEBERAPA UNTAIAN PUISI
PARIDAH ISHAK.
1.
HATI BONDA

Putera-puteriku,
hadirmu buah cinta ayah bonda
bintang bersinar alam rumah-tangga
menerangi jagat raya.

Semalam,
ketika kau menangis
mengundang risau dan bimbang
ketika kau senyum ceria
sirna segala duka bonda.

Kudakap tubuh kecilmu
kauterlena di dada bonda
tanganmu melingkar di pundak bonda
dalam kusut rambut.

Kucium aroma wangimu
sambil mengelus pipi gebu
dengan sebuah harap
kautetap kecil dan montel
sentiasa dalam pelukanku.

Hari ini,
kautelah dewasa menongkah arus
gelombang hidup penuh pancaroba
dan mulai melupai masa kecilmu.

Putera-puteriku,
saat bonda meniti usia emas ini
dalam payah menempuh hidup
tanpa kudrat tenaga
sakitnya, menangung kesakitan ini.
Tetapi duka rasa sepi
biarlah hanya sebuah mimpi
menyempurnakan lena dinihari.



Ulu Jempol,
Pahang.
Januari 2014.


PARIDAH ISHAK
2.
EMBUN DI HUJUNG DEDAUN

Ingin kukutip embun di hujung dedaun
untuk kukarang kalungan mutiara mimpi
menghias sang pari-pari
bermain di birai kayangan.

Setiap pagi rasa teruja
mengintai buli-buli jernih embun
bersih dan suci, penuh bahagia
tetapi sementara cuma.

Embun di hujung dedaun
kian sirna disimbahi panas
cahaya megah ratu siang
menguasai alam.
Dan embunpun menghilang
dari pandangan.


Ulu Jempol,
Pahang.
Mac 2014.
PARIDAH ISHAK

3.
RERAMA

Rerama terbang membawa indah
warna-warni kepaknya
ke rimbun hutan dara
menghisap madu.

Rerama itu pernah hinggap
di sanggul nostalgiaku
memberi kemilau bahagia
memberi dalamnya luka.

Rerama semakin terbang jauh
ditelan rimba dara
meninggalkan aku di ranjang rindu
dan aku sering menyelak kembali
lembar silam itu.


Ulu Jempul,
Pahang.
2014.
PARIDAH ISHAK


4.
JERITAN GAZA.

Raung tangis menyayat tiada surutnya
luka merah darah mengalir
di kepala, di mata, di kaki.

Kau tetap berdiri teguh
di bawah langit malap berasap
dicerahi cahaya ledakan mortar
Allahu Akhbar!

Tegar jiwa dan diri
berlindung di sebalik runtuhan
angkara monster-monster
di kelilingmu.

Ya Rabbi, demi;
- kekuasaan-Mu
            - kekuatan-Mu
            - kekayaan-Mu
            - keagungan-Mu
Kau sengkelingkan tangan-tangan zalim
agar mereka tidak berdaya lagi
melakukan kehancuran dan kemusnahan ini.

Gaza kecil dan terpencil
menangis sendiri tanpa pembelaan
ketika, dunia sibuk dengan
wancana-wancana keselamatan
tetapi tiada tindakan.

Apakah dosa mereka?
saat sedang berpuasa Ramadhan
dilantarkan derita
mayat bergelimpangan
di celah-celah dentuman perang
yang tiada kesudahan.

Selayang,
Selangor.
Ramadhan 1435H.




PARIDAH ISHAK
5.
WAU

Wau itu leka bermain awan
dari utara ke selatan
dari barat ke timur
ceria senyum menghulur salam.

Tiba-tiba, tali takdir putus
saat tidak berdaya menahan
kencang angin
meredah langit lazuardi.

Wau itu jatuh
dalam gelap malam
terkapai di tengah samudera
sayapmu patah dalam basah.

Demikian takdir hidupku
seperti wau itu.
Walau hilang suara
walau hilang tenaga
dengan sisa kudrat
kuteruskan langkah tempang
untuk kembali menemui-Mu, Tuhan.


Selayang,
Selangor.
Disember 2014.



16 comments:

  1. Akhir2 ini..entah kenapa saya minat pulak dgn puisi...

    Best puisi2 Kak Paridah...kena pergi berguru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puisi2 fidah juga sgt indah n menarik..xsusah nk berguru cuma bnyk baca karya2 kreatif jer...tq fidah.

      Delete
  2. Ada yg menusuk di kalbu, ada yg membuka hati bagai nak berkata-kata
    Indah semuanya utk dihayati di sini. Kakak suka membacanya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg memahami simbolik puisi cuba merasai kebenarannya...tq kak zakie menyukai puisi ygsedrhana tapi tlh disunting sebaiknya penyair noorlaila ghafar.

      Delete
  3. Great... kak zai tak reti berpuisi tapi suka membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 saja zai...suka baca sajak mknanya sukakn susunan bhasa yg digubah indah...tq zaitun.

      Delete
  4. Replies
    1. heh..heh..sukanya..karya yg biasa2 saja mnzahir rasa...tq anies.

      Delete
  5. koleksi puisi kak PI..best...puitis n simbolik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...terlambung dgn pujian..heh..heh..tq nohas

      Delete
  6. Karya karya puisi kak Paridah banyak sekali...
    Semakin banyak inspiratif baru yang saya baca, Saya cuma bisa berikan semangat untuk terus berkarya :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih banyak Achmad Fazri...sekadar berkarya suka2 meluah rasa..

    ReplyDelete
  8. kalau saya sudah lama tidak menulis puisi, Jadi pengen menulis puisi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat puisi juga ya..kak pun kadangkala saja menulis puisi terutama kalau ada insiden yg mnyentuh hati..tq Mangs Aduls.

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist