Friday, 6 March 2015

ROJAK PASSEMBUR.

ASSALAMUALAIKUM...


sSALAM JUMAAT YANG MULIA.

MASA UNTUK BERSOLAT JUMAAT SEMAKIN MASUK. BERSIAP-SIAPLAH MEMBERSIH DIRI, BERPAKAIAN KEMAS CANTIK, BERWANGI-WANGIAN MENGATUR LANGKAH KE MASJID. LEBIH AWAL BERIKTIKAF DI MASJID BERPAHALA. SAMBIL-SAMBIL MEMBACA ALQURAN ATAU MENYELAK KITAB-KITAB AGAMA.

SETELAH PULANG BERSOLAT JUMAAT SEDAP JUGA KALAU PEKENA ROJAK PASEMBUR NI...KALAU RASA TAK MENGENYANGKAN MAKAN SAJA BERSAMA NASI. OK JUGA TU...KANDUNGAN MAKANANNYA LENGKAP SEMUA..SEIMBANG;LAH TU..

 RESEPI FB
Suri Aman shared
Cara Membuat Rojak / Pasembur
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris

23 comments:

  1. Senang je... tak perlu tumis-tumis... cuma renyah sebab banyak sangat bahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu kuahnya rebus saja..tq sweetie.

      Delete
  2. Favourite saya rojak pasembur ni. Pada saya, rojak pasembur yang terbaik adalah rojak yang kuahnya sempurna dan kuih cucurnya yang tidak berminyak dan enak dimakan begitu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah peminat passembur ni teliti dgn kuahnya..mestilh kan...tq sylarius yusof.

      Delete
  3. Jujur tau kakak tak pernah buat sendiri. Biasa beli aje.
    Lagi-lagi kalau bulan ramadhan kan macam-macam versi. Ada tu yg jenis diletak mee kuning sikit.
    Sedap juga kan.

    ps: Kak PI tak payahlah jenguk blog kakak yg sepi tu. Kakak dah malas dah hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya passembur ada yg letak mi kuning sedap juga..kak pun xpernah buat..mkn pun jarang.
      rugi kakzakie xmenulis lagi. kak zakie ramai followernya..xpalh berehat dulu cari ilham nanti blogging semula...tq kakzakie.

      Delete
  4. nk buat mmg laa mls tp kalu beli x sedap tau nk komplen? sapa? sy la ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli kat tempat yg kita tahu pssemburnya mmg sedap..kalaux jd rezeki tanah..penat pula anies nk bebel heh..heh..tq

      Delete
  5. sedapnya..

    cucur keras yg ada kelapa tu kurang suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucur keras tawar jer rasanya ya...keras pula tu...tq nohas.

      Delete
  6. nak buat tu agak malas sbb banyk songeh sngt tapi makan rajinnn hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk mkn beli jer yer..kak pun gitu heh..heh...tq nooriah.

      Delete
  7. Wah.. nampak sedap tu kak. Kalau ada bahannya teringin juga nak mencuba. =)

    ReplyDelete
  8. Feveret zumal nie akak... Rabu lepas baru makan. Sekarang time panas makan rojak buah lagi menyejukkan badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan rojak buah musim panas ni melegakn tekak..tq zumal.

      Delete
  9. kira feveret saya jugak ni...

    ReplyDelete
  10. Sedap.. tapi saya nak masak malas.. hahaha

    ReplyDelete
  11. saya selalu sebut mee rojak ... dah lama x mkn .

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist