PIC GOOGLE SEKADAR HIASAN.
Sebaik turun dari
bas ekspsres Purnama, Rizal dan Fareez berehat sejenak di atas bangku panjang
yang tersedia di stesyen bas. Kedua-duanya melepaskan kelelahan yang dirasakan
merangkum seluruh tubuh. Perjalanan yang lama dari KL hingga ke sini memang
sangat-sangat meletihkan kedua-duanya. Sudahlah keletihannya terlalu ditambah
pula dengan rasa mengantuk yang memberat kelopak mata. Amat menyiksakan sekali.
Dari stesyen bas
Kuantan ini kedua-duanya menaiki teksi pula untuk ke jeti yang menempatkan
feri, pengangkutan yang akan membawanya ke pulau yang menjadi destinasi.
Sesampai saja di
jeti, Rizal begitu hampa. Feri yang diharapkan masih berada di pengkalannya
telah membongkar sauh berlayar menuju pulau nun di sana. Tidak kelihatan pun di
muka laut.
Fareez ternampak
sebuah bot bersama pengemudinya. Dia pergi mendapatkan lelaki yang sedang
mengemaskan keadaan botnya itu bertanyakan samada dia sanggup menghantarnya dan
Rizal ke pulau itu.
Lelaki itu
bersetuju dan memberikan harga tambang yang tidak munasabah pada perhitungan
Fareez. Tersangat tinggi. Dia tidak terfikir Rizal mampu membayarnya. Dan mahu
membayarnya.
“Gila...pakcik
tu...dia minta 250.00RM. Selalunya 15.00 RM je seorang. Kau tengok senarai
harga yang tertulis untuk pengangkutan feri dan bot yang diletakan di papan
kenyataan tu. Kan jauh sangat beza larinya. Hai mencekik darah betul. Nampaknya
kita bermalam sajalah di sini Rizal.” Ujar Fareez lemah diikuti dengan
saranannya.
Walau hatinya
tidak mengharapkan berlaku begitu tetapi di dalam keadaan begini nampaknya
terpaksa juga diharungi. Menyesal dengan tindakannya mengikuti seorang teman
yang baru dikenalinya sehingga menyusahkannya terpaksa melalui situasi sebegini
tidak perlu lagi. Redha dan pasrah semata.
“Tak apa…aku
bayar!” Fareez menentang bebola mata Rizal. Dia kehairanan amat.
“Hei…kau ni biar
betul Rizal. Bayar tambang dah begitu mahal, kita hendak makan apa nanti.
Jangan bazirkan duit Rizal. Simpan sikit untuk keperluan mendesak.” Rizal tidak
memperdulikan temannya yang menceceh itu.
Dia mengeluarkan
dompetnya dan menarik keluar not 50RM 5 helai
dengan nilai wang 250RM. Fareez memerhati dengan takjub kerana dia tidak
menyangka kawannya itu sanggup berhabis duit yang banyak kerana itu.
“Kau berikan wang
ni kepada orang bot tu. Aku hendak ke sana malam ini juga.” Fareez tersentak.
Terkedu seketika. Tidak tahu lagi apa yang hendak dikatakannya. Rupanya
temannya itu bukan seperti yang disangkanya. Tidak sesengkek dirinya.
Dia tidak membuang
masa lagi terus saja menghampiri lelaki pengemudi bot itu dan duit yang
dipegangnya telah beralih tangan. Malam semakin dingin. Embunnya mulai menitis
satu satu.
* * *
Majmin
membelek-belek novel ‘Anugerah’ hasil karya penulis tanah air yang terkenal.
Novel yang sangat tebal isi kandungannya. Tentunya penulisnya Zaharah Nawawi
terpaksa membuat kajian yang begitu lama untuk menghasilkan sebuah karya yang
sangat bernilai tinggi.
Bukan senang
hendak menulis novel setebal ini jika tidak ada minat, kesungguhan dan
kegigihan tegar untuk melakukannya. Sebuah karya yang menyebabkan penulisnya
menerima S.E.A Write Award 1996 dari kerajaan Thailand.
Membaca
karya-karya sastera sering juga dilakukan selain menelaah kitab-kitab agama.
Karya-karya kreatif adalah dihasilkan penulis-penulis yang ligat berfikir. Buah
pemikiran itu dicernakan di dalam tulisan pelbagai media.
Perlu diteliti
corak pemikiran ini kerana kadangkala ia sangat membantu sesaorang mencari
sesuatu solusi yang diingini.
Dia pernah
berkenalan dengan seorang penulis yang gemar bergendang menyanyikan lagi
Walinong Sari sebuah lagu rakyat Pahang yang indah dan unik. Ketika itu dia
masih gadis kolej. Kadang-kadang mengikuti juga teman-temannya yang mengambil
jurusan ijazah pengajian sastera bertemu penulis-penulis terkemuka tanah air.
Dia amat mengkagumi tulisan cerpen yang
dihasilkannya. Dan pernah bertanya penulis itu bagaimana beliau mempunyai idea
menulis cerpen dengan begitu baik. Jawabnya, “Bila semakin berusia, kita akan
semakin matang. Kematangan hidup akan memudahkan kita menggarap idea yang
tercerna.” Tetapi dia tidak berminat menulis cerpen. Dan tidak pernah
menulisnya.
Dia gemar sekali
menulis pantun dan puisi. Puisi dan pantun yang ditulis buat tatapannya
sendiri. Mengisi hari sunyi dan lapang bila sendirian.
Kini dia tidak
pernah lagi menemui penulis Aripin Said dan jarang sekali menemui cerpennya
yang tersiar di media arus perdana. Kemanakah dia agaknya? Pertanyaan yang
mengganggu mindanya tidak ada jawapannya.
Dia terhenti dari
menyelak lembarnya yang pertama nostalgia awal 80-an itu apabila tiba-tiba saja
sesaorang terdiri di sisinya. Novel Anugerah yang ada di tangannya tidak jadi
hendak dibuka. Sekeping kertas terjatuh dari bawah novel yang sedang diletak di
atas sebuah meja kecil. Dia menunduk. Mengutipnya dan mendongak mengadap wajah
dan tubuh yang terpacak di sisinya.
“Mana Rizal? Belum
balik lagi ke?” Terpacul suara menerjah deria dengarnya.
“Belum lagi. Abang
dah makan?” Tanya seorang isteri yang sangat perihatin terhadap kesejahteraan
suami yang dikasihinya. Apapun perlakuan lelaki itu yang mendera jiwanya dia
tetap mengatakan bahawa suaminya masih amat menyayanginya.
Persis pantun yang
ditulisnya;
Baju Kedah pakai
ke Kota
Bunga melati oles
ke pipi.
Tidak semudah
bagai dikata
Kerana realiti
bukan mimpi.
Buat rimpi padi
muda
Bakar setanggi
harum baunya.
Biar mimpi menjadi
nyata
Biar pelangi
warna-warninya.
“Mak Kiah tak
masak malam ni. Min ingat abang lambat balik macam selalu jadi Min suruh Mak
Kiah panaskan saja lauk yang ada. Kami dah makan tadi. Biarlah Min tengok apa
yang ada untuk dimasak kalau abang hendak makan.” Majmin berusaha bangun dari
duduknya.
“Saya tu tak
kisah. Saya masih kenyang lagi. Tadi dah makan di restoran dekat opis tu. Hah!
kalau Rizal balik nanti macam mana. Kesian dia tidak ada apa yang hendak
dimakan.” Majmin termangu. Tidak jadi hendak melangkah ke dapur. Ingatannya
melayang-layang mencari anaknya yang entah berada di sudut mana.
.
“Rizal…dia tu bukan suka sangat makan malam. Hendak diet jaga badan
katanya.” Majmin mereka-cipta alasan yang kukuh. Sukar hendak dipersoalkan
lagi.
“Saya hendak naik
ke atas mandi. Kalau Rizal balik beritahu dia saya hendak berjumpa dengannya.”
Dia sudah melangkah menaiki tangga satu-persatu membawa tubuhnya yang tegap
tinggi itu.
“Apa hal penting
sangat ni?” Tanya Majmin lunak.
“Eh tak boleh ke
saya hendak berbual-bual dengan anak saya sendiri?” Dia bertanya balas
membuatkan Majmin memandangnya terkulat-kulat.
“Malam tadi bukan
ke abang sudah ajak dia keluar bersama-sama, tidak puas lagi berbual,
bercerita?” pertanyaan yang tidak disambut dengan jawapan sebaliknya dengan
sebuah arahan.
“Ingat tu. Saya
hendak bercakap dengan dia. Jangan biar dia terus masuk tidur.” Arahan dan
pesanan Shaari membuat Majmin mengulum senyum sendirian. Shaari terus melangkah
memasuki bilik tanpa menyedari sesuatu yang diinginkannya tidak mungkin
terjadi.
Majmin melihat
sehelai kertas di bawah novel itu. Dia membaca tulisan cantik yang dinukil di
atasnya. Tulisan tangannya sendiri.
Sekuntum momen
Sekuntum momen
persis mimpi
gelisah di hujung ranting malam.
Gerimis luruh di
kelopak misteri.
Berlabuh di
pengkalan tandatanya yang mengelirukan.
Siapakah itu yang
mengisi sepi seorang Sita.
Yang berladung
titis sedihnya sepanjang usia.
Hanya momen
nostalgia yang membeku sebagai tugu.
12 Dis 03
aduh terkesan ayat akhir tu...aduhh best plk membacanya
ReplyDeleteJom Vote blog acik bagi msmw
mendalam yer Acik ^-^
Deleteyeke..heh..heh..
DeleteSampai 250 tambang naik bot tu? cekik darah yer kalau betul2...
ReplyDeleteterima kasih acik...menulis suka2 saja...nanti kak cuba vote blog acik utk anugerah tu...
ReplyDeletebiasa zumal walau mahal kalau trpksa dibayar juga..tq zumal.
ReplyDelete