Monday 9 March 2015

KENALI KELAPA BUAH SERBAGUNA...

ASSALAMUALAIKUM...

DI RUMAH PI ADALAH SEPULUH BATANG POKOK KELAPA JENIS MAWAR YANG DIBELI BENIHNYA DI BAGAN DATOH TEMPAT PENGELUAR KELAPA YANG TERKENAL TU. KELAPA PANADAN ADA SEPOKOK SAJA.. BOLEHLAH MERASA KELAPA YANG HARUM SEUMPAMA PANDAN INI.

.SETAKAT KEPERLUAN SENDIRI LEBIH DARIPADA MENCUKUPI. KADANG DIJUAL KEPADA MEREKA YANG MEMBELI DENGAN JUMLAH YANG BANYAK.

KEPADA JIRAN-JIRAN ATAU MASJID YANG HENDAK BERKENDURI DIBERI SAJA. REZEKI PEMBERIAN ALLAH WAJAR DIKONGSI BERSAMA.

KELAPA MEMANG SERBAGUNA DARIPADA BATANGNYA,DAUNNYA, LIDINYA, BUAHNYA APA LAGI.

DAUNNYA YANG MUDA DIGUNAKAN UNTUK MEMBUNGKUS KETUPAT ANEKA BENTUK. LIDINYA CANTIK DIBUAT LEKAR PENGALAS PERIUK ATAU DIIKAT BANYAK-BANYAK JADIKAN PENYAPU. PENYAPU TAK PAYAH DIBELI CUMA PERLU RAJIN MERAUT LIDINYA  SAJA.
DARIPADA BUAHNYA . AIR, ISI,SABUT, TEMPURUNG, SEMUANYA BERGUNA.
.



DI MUSIM PANAS BEGINI AIR KELAPA MUDA SANGAT MENYEGARKAN TEKAK JIKALAU DIMINUM. MINUMAN ISOTONIK SEMULAJADI YANG MAMPU MENURUNKAN PANAS BADAN BAGI MEREKA YANG DEMAM. TERUTAMA ANAK-ANAK KECIL.

  Isi buah kelapa muda boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat kuih-muih dan biskut. Air kelapa pula enak diminum bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan terutamanya pada hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah kelapa tua yang telah diparut boleh diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan nasi lemak. Isi buah kelapa juga boleh diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.

          Selain itu, batang pokok kelapa yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut kelapa pula boleh dibuat tali, berus dan bahan api. Tempurung kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan barang hiasan yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya.

http://donnaong-esei.blogspot.com/2011/09/kegunaan-pokok-kelapa.html



KELAPA PANDAN.

PI BERCADANG NAK TANAM KELAPA MATAG PULA. POHONNYA RENDAH BUAHNYA LEBAT. SENANG NAK MEMETIKNYA, MAIN PULAS SAJA YA...

KELAPA LAUT NI PI TENGOK ADA YANG MENJUALNYA DI TEPI JALAN TAPAH MENGHALA CAMERON HIGHLAND. BUAHNYA LEBIH KECIL DARIPADA KELAPA BIASA..

pokok double coconut yang kuat

POKOK KELAPA LAUT.
Image result for air kelapa lautAIR KELAPA LAUT DAN ISINYA SEDAP DIMINUM.

KHASIAT KELAPA LAUT.
Buah kelapa laut muda yang dicampur dengan bahan tertentu dijadikan ubat jika seseorang mempunyai banyak hingus. Buah tal dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul sering digunakan di Laos. Beberapa bahagian pokok ini boleh melawaskan kencing di berbagai negara, di Kemboja orang menggunakan bahagian batang daun, di jawa pula bahagian jambak bunga jantan, di India bahagian unbut dan akar. Penggunaan pokok kelapa laut dalam perubatan memang telah diakui keberkesanannya. Selain pokok kelapa laut spesis pokok kelapa yang lain juga banyak mengandungi khasiat untuk merawat pelbagai penyakit.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Buah Tai @Buah Kelapa laut

Di Pulau Pinang Buah Kelapa laut di kenali sebagai Buah Tai.Kalau di pulau pinang Buah kelapa laut memang banyak terutamanya di kawasan waterfall. Di sebelah KL buah kelapa laut biasanya jenis yang telah di proses untuk dijadikan minuman.Harganya sebiji ialah RM2.50 dan saiznya lebih kurang 6 cm diameter.Kulitnya bersabut seperti buah kelapa dan biasa terdapat dalam 4-5 ulas isi buah kelapa laut . Rasanya sedikit tawar tapi mungkin

kebetulan aku dapat buah yang kurang manis.Kalau tanya orang KL buah kelapa laut macam mana , confirm tak tahu ler jawapannya.

8 comments:

  1. Pokok kelapa..dari pucuk sampai ke akar semuanya berguna. Kalau masak guna santan fresh yang diparut dan diperah dari kelapa sendiri mesti best kan Kak Paridah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela fidah guna santan drpd kelapa parut lbh asli n nikmat rasa masakn kita...tq fidah.

      Delete
  2. Lidi daunnya boleh buat penyapu lidi dan rangka layang-layang juga ^-^

    ReplyDelete
  3. buat rangka layang-layang mmg ok guna lidi tapi utk layang2 besar kena guna buluh lbh kuat sikit...tq zumal.

    ReplyDelete
  4. masih igt lg kata2 cikgu ms sekolah rendah pokok kelapa = pokok seribu guna

    ReplyDelete
  5. HEH..HEH..CIKGI NI PULA MENGULANGNYA...TQ ANIES.

    ReplyDelete
  6. zmn sekolah saya , tempurung kelapa dibakar dan diambil baranya untuk dimasukkan ke dalam seterika tembaga ...

    ReplyDelete
  7. heh..heh..sempat merasa lagi seterika guna tempurung ya...kak pun rasa tapi zaman kak tahun 70-an qv ni msh baru lagi...tq qv.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist