Rizal telah
membuat satu keputusan yang berat hendak dilaksanakannya. Tetapi dia merasanya
seperti sudah tidak ada sebarang pilihan. Hanya itulah sahaja sepatutnya
dilakukannya.
Dia tidak ingin
melalui rentak kehidupan yang sedang ditandak ayahnya dan suku-sakatnya.
Sekiranya masih di sini dia tentu akan terpaksa menerajui syarikat perniagaan
ayahnya dan bergelumang dengan kegiatan sosial yang tidak digemarinya. Seperti
ayahnya juga. Ayahnya pasti berkata, lakukanlah semua itu demi kepentingan
syarikat. Untuk kemajuan bisnis supaya beroleh keuntungan yang berlipat ganda.
Rizal ingin
menjalani kehidupan yang tenang sebagai muslimin yang baik dan bersih dari
sebarang maksiat yang akan menodai kesuciannya.
Dia tidak
berpendapat bahawa cara hidup yang diyakini ayahnya itu tidak sempurna dan
menyalahi. Tetapi perlu dibaiki. Berniaga itu sunnah Rasullullah. Rezekinya
amat luas. 9/10 dari sumber rezeki yang lain. Tetapi perlu berada di landasan
yang betul menurut syariat yang sebenarnya.
Jadikanlah
perniagaan itu sebagai amal ibadah yang mulia dan tidak dicemari dengan
elemen-elemen kemaksiatan. Lakukanlah perubahan yang bermanafaat. Bukankah
hidup ini sentiasa perlu berubah? Dan menuntut perubahan yang lebih baik. Hari
demi hari.
Hari esok mestilah
lebih baik daripada hari ini dari segenap aspek pencapaian.
Demikian yang
sering dianjurkan para alim-ulama dan cendiakiawan terbilang. Rizal ingin
mengadaptasikannya ke dalam hidupnya seterusnya. Sebagai manusia yang cemerlang
dengan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Kehidupannya di US , sendirian di rantau orang sangat memeritkan. Dia
sentiasa pasrah kepadaNya. Bersungguh-sungguh hati. Berada di tengah suasananya
yang tegar dan perlukan benteng pertahanan diri dan iman yang teguh untuk
menghadapi sebarang dugaan dan godaan.
Hanya berlindung kepadaNya. Mengharapkan
rahmatNya untuk memelihara keselamatan dari anasir-anasir yang tidak diingini.
Sentimen masyarakat New York
selepas tragedi 11 September terhadap muslimin dan pendatang luar ketara amat
kebenciannya. Tragedi yang sangat mengejutkan dunia itu meranapkan bangunan
tinggi World Trade Center
dan mengorbankan ribuan nyawa mangsa.
Gara-gara angkara
muslimin Osama Bin Laden dan kuncu-kuncunya. Begitu sumber pertahanan US menyebutnya.
Kenyataannya tidak pula terbukti secara sahih.
Setelah itu,
barangkali semuanya beranggapan kesemua muslimin yang berjubah dan menutup
kepala itu menyembunyikan serangkaian bom yang akan meledak di mana-mana saja,
samaada di pasaraya di bangunan tinggi waima di gereja tempat pemujaan Tuhan.
Ketakutan yang
membelenggu ekoran tragedi itu membungkus perasaan prasangka yang kejap
terhadap muslimin adalah total teroris. Dan para teroris perlu dipanah untuk
menjatuhkannya.
Seperti Serb
Bosnia yang berusaha melakukan pemusnahan ethnik Islam Bosnia dengan
membunuhnya tidak mengira jantina dan umurnya. Andai sahaja Islam perlu
dimusuhi dan dihapuskan kewujudannya..
Ketika itu dia
baru saja tiba di situ untuk memulakan pengajiannya.
Ketakutan yang
menyelubunginya seakan diekori jejak hantu ke mana saja berpergian. Apa lagi
dalam keadaan pertama kali berada di rantau orang. Tanpa mama dan ayahnya di
sisi untuk memberinya perlindungan.
Mamanya sering
menaliponnya memberinya semangat dan kekuatan untuk meneruskan pengajian yang
telah dimulakannya.
Kata mamanya
berdoalah sentiasa memohon perlindungan dariNya kerana Dia yang maha berkuasa
ke atas segala-galanya. Jangan lalai menunaikan solat fardu atau solat sunat.
Mohonlah keampunan dan keredaannya, nescaya hidupmu berkah dan terlindung dari
mara-bahaya. Sesuatu apa pun tidak akan terjadi, tanpa izin dariNya.
Mamanya menitipkan
pelbagai pesanan yang diikutinya untuk menjadi pendinding dirinya menghadapi
pandangan serong mat saleh tempatan terhadapnya yang memiliki wajah iras-iras
orang-orang Asia Barat. Salah-silah jurai keturunannya yang terdahulu sememangnya
berasal dari situ.
Pengalaman ngeri
yang hampir meragut nyawanya kerana dibelasah remaja tempatan yang menyangkanya
bersangkut-paut dengan tragedi 11 September kerana rupa Arabnya itu tidak akan
dilupakannya. Ketakutan yang mengerikan menjadi trauma.
Mujur ada dua
orang rakannya, warga tempatan yang menyelamatkannya. Masih ada insan berhati
mulia ditengah keboborokan manusia di sini. Memang Dia Maha Berkuasa. Jika
tidak diingini sesuatu itu berlaku maka ianya tidak akan berlaku. Dia mengucap
berbanyak syukur.
Apa yang
dilaluinya mengajarnya jangan terlalu remeh dengan hidup yang singkat ini.
Mesti di isi dengan amalan-amalan yang tidak merugikan untuk dibawa menemuiNya
kelak. Faktor usia samada tua atau muda bukan penentu masa sesaorang akan meninggalkan
mayapada ke alam hakiki.
Dia ingin mencari
sesuatu yang menenangkan jiwanya. Tidak ditemuinya di sini. Mungkin ada di
tempat lain, dia menduga-duga. Dan dia perlu ke situ.
“Rizal
berkemas-kemas ni hendak ke mana?” Dahi mamanya berkerut-merut melihat
perlakuan anaknya itu. Dia duduk di sisi anaknya di atas katil.
“Entahlah
mama…memang susah Rizal hendak buat keputusan.” Sahut suaranya yang kedengaran
tersekat-sekat di tenggorokan. Pandanganya menyeluruhi pakaiannya yang
berserakan di atas katil. Sebentar lagi dia akan mengemaskannya kembali.
“Janganlah jadikan
peristiwa semalam tu sebagai penentu pandangan Rizal terhadap ayah. Ayah
seorang yang baik. Dia ingin mendekatkan dirinya dengan Rizal. Mungkin caranya
saja yang tidak kena. Sejak dulu memang demikian cara sosialnya. Walau
bagaimana pun dirinya, dia amat
sayangkan Rizal.” Suara lirih mamanya yang memujuk itu tidak mampu melembutkan
hatinya. Dia berpaling mengadap mamanya.
“Mama ni kenapa?
Biarkan saja ayah begitu. Rizal hairan mengapa selama ini mama diamkan diri.
Mama biarkan ayah hanyut dalam dunianya. Kenapa mama tidak tuntut hak mama.”
Dia mendengus keras. Jari jemarinya diremas-remas. Wajahnya tegang.
“Ada wanita lain yang lebih teruk kehidupan
mereka daripada mama. Kita harus kenal erti kesyukuran.” Ujar wanita tabah dan
banyak bersabar di atas ujianNya itu.
“Sebab itulah
Rizal hendak pergi dari sini. Rizal tidak sanggup melihat mama menderita di
dalam senyap. Menangis di dalam diam. Rizal juga ingin mencari ketenangan jiwa
yang akan memberi ilham untuk menjalani hidup seterusnya.” Wajah polos anaknya
yang rusuh kerana bersiponggang dengan liku-liku ketentuan yang menyulitkannya
membuat keputusan itu ditatapnya hiba.
“Kalau Rizal
sayangkan mama, Rizal pergilah ke resort kita tu. Mama akan lebih tenteram
jikalau Rizal ada di sana .
Mama sudah yakin anak mama selamat di sana .”
Mamanya merenungnya dengan kedua-dua bola matanya yang jernih bersinar tetapi
tetap terkandung kesayuan yang biru di situ.
Anaknya itu sekali
lagi akan berpisah dengannya. Kali ini dia ingin pastikan anaknya berada di
tempat yang terjamin keselamatannya. Dan tidak meragukan apa-apa lagi
tentangnya.
“Mama akan
beritahu ayah, jika Rizal ke sana
nanti?” Mencerlang anak matanya menerjah kristal mata mamanya mengisi pertanyaannya.
“Kenapa? Rizal
hendak mama rahsiakan?” Tanya mamanya
“Rizal tidak mahu
ayah ke sana
dan pujuk Rizal pulang...” Seketika dia diam.
Ayatnya tergantung
dan bersambung kembali.
“Ayah dah bangun
ke?” Majmin pasti suaminya belum lagi bangun dari tidur. Masih terbungkang di
atas katil. Barangkali kerana terlalu letih turut berpesta meraikan majlis
temannya dan pulangnya pula hampir dinihari.
“Baguslah. Rizal
hendak keluar sebelum ayah bangun.” Rizal memandang mamanya yang tidak berdaya
menahan sebak. Titislah air jernih dari kedua-dua kelopak matanya. Buli-buli
darah yang menukarkannya kepada rupa sifat air yang jernih berkaca.
Hatinya dirobek
dengan kesayuan kerana akan berpisah dengan cahaya mata kesayangan nan seorang.
Sukarnya perasaannya hendak melepaskan anak yang dikasihi daripada melangkah
pergi meninggalkannya.
“Rizal tidak akan
pergi selama-lamanya. Suatu hari nanti Rizal pasti pulang. Mungkin membawa
sinar baru yang akan memberi kebahagian kepada kita sekeluarga.” Rizal memeluk
mamanya. Menyeka titik air yang membasahi pipi mamanya.
Majmin mendakap
erat anaknya itu. Seperti tidak mahu di lepaskannya.
Rizal melangkah
membawa sebuah beg yang sarat dengan pakaiannya keluar dari banglo putih yang
tersergam itu menunggu teksi yang ditempahnya dari syarikat teksi ibu kota yang
akan datang membawanya pergi ke destinasi pilihannya..
ke mana destinasi pilihannya.
ReplyDeleteADALAH TU...TQ MKL.
Deletewah orang pertama komen
ReplyDeleteHEH..HEH..OKLAH TU MNYERI BLOG KAK..TQ MKL.
ReplyDeletemungkin seorang ibu yg harus belajar dari cerita nih... anak jantan kena jadi pengembara dan jangan terlalu ingin berkepit di bawah ketiak ibubapa... sampai masa dia akan jadi pemimpin jadi dia harus belajar mengharungi pancaroba dunia...
ReplyDeleteHEH..HEH..BIJAK NAJIB...SETUJU DGN PANDANGAN NAJIB..TQ
ReplyDeleteMengingatkan kita bisa selalu bersyukur :)
ReplyDeletebenar tu perlu banyak2 bersyukur dlm hidup ni...tq dik budi purnomo.
DeleteSedihlah PI...
ReplyDeleteKenapalah Rizal tak bersemuka aje dgn papanya kata perlakuan itu salah di sisi agama
Kesian mamanya Datin majmin. Kakak membayangkan mungkinkah ada Datin di negara kita yg mengalami nasib macam Datin Majmin ini. Sedih:(
ya sedihkan...kisah2 bgini mungkin ada n penulis biasanya menulis drpd pengalamn n pemerhatiannya sambil berkarya kreatif. tq kakzakie sentiasa ikuti sambungannya.
ReplyDeletelain org lain caranya diana...heh..heh..tq.
ReplyDelete